Popular Posts

Tuesday, September 21, 2010

KEMANA HALA TUJU PAGISA SELEPAS LAHIRNYA PERISA

PAGISA adalah pertubuhan Graduan Irranun yang di tubuh kan oleh para cendikiawan irranun sewaktu ketika dahulu. Namun timbul juga persoalan yang bermain di minda kemana PAGISA sekian lama menyepi tanpa sebarang berita? Kesian nya graduan irranun yang lelah mencari dengan siapakah mereka mengaduh dan menyumbang idea bagi generasi muda bangsa? Pengemudi PAGISA juga sekian lama mendiam diri tanpa aktitviti yang melibatkan graduan irranun menabur bakti, hanya setiausaha PAGISA sahaja yang berdiam menjalan aktiviti. Kenapa graduan irranun tidak di jejaki? Adakah dengan pengemudi, timbalan, setiausaha, bendahari, dan ajk-ajk yang lain telah menganggap kuat untuk menerus perjuangan bangsa sendiri?

Kini timbul wadah baru irranun (WBI) untuk menyuluhi kegelapan bangsa, saat ini juga PAGISA memaparkan setiap aktiviti, setiap permasalahan, setiap kelemahan dan sebagai nya.adakah ini akan mengubat luka bangsa yang sekian lama darah nya mengalir mencari penawar sengsara. Adakah perjuangan PAGISA akan berakhir di sini atau terus berjuang dalam kelam yang tidak seorang pun tahu tindak gerak catur perjuang, rintihan dan kemaslahatan yang mendatang? Walau bagaimana pun perjuangan PAGISA akan tersemat di jiwa selama lama.

KEMANA HALA TUJU PAGISA SELEPAS LAHIRNYA PERISA? Juga satu persoalan yang perlu di sinari chahaya jawapan pelangi oleh para celik ilmu dari suku irranun. Adakah status nya masih sama sebagaimana tahun-tahun yang lepas? Atau mula mengorak langkah membersih noda? Adakah juga PAGISA perlu di rombak ahli jawatankuasa nya untuk mula memperbaiki lampu chahaya jalan raya perjalanan nya? Walau bagaimana pun,harapan generasi muda, PAGISA perlu di terus kan walau pun lahirnya PERISA sebagai pertubuhan bangsa irranun yang baru.

Respone dari generasi muda irranun yang sempat saya rakam kan :-

  • Adakah kamu tahu bahawa irranun mempunyai persatuan graduan irranun dan adakah kamu mendaftar sebagai ahli persatuan?

- Saya tidak tahu pun irranun ada pertubuhan seperti itu, jika saya tahu, bukan setakat menyertai malah akan turut menyumbang semampu yang boleh. Kalau di lihat, generasi muda irranun, tidak sehaluan sekarang ini. Ada yang berpeluang ke menara gading, itu beruntung lah tapi kepada yg keputusan spm cukup makan dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, mereka buntuh dan putus asa. Akhir nya mereka hanya tinggal di kampung, sebahagian nya memilih untuk bekerja di kuala lumpur dengan alasan gaji besar dan DLL. Hakikatnya mereka pulang juga seperti dahulu tanpa perubahan. Sekurang kurang nya, kalau ada persatuan seumpama ini, mereka boleh mengutarakan masalah juga meminta pendapat dan dorongan untuk maju setapak kehadapan.

  • Pernah kah kamu menyertai sebarang aktiviti PAGISA?

- Kalau saya tidak tahu PAGISA adalah persatuan graduan irranun, mana mungkin saya mengikuti sebarang aktivti yang di anjurkan.

  • Sekarang kamu sudah habis belajar bukan. Adakah kamu sanggup menyertai PAGISA seterusnya berkorban masa, dan tenaga untuk bangsa.

- Why not..!! saya berdarah irranun, saya ingin bangsa saya maju seperti bangsa –bangsa yang lain. Jika sekarang ini saya telah bekerjaya, kenapa saya tidak membantu mereka-mereka ini. Pendek kata saya bersedia menyumbang untuk PAGISA juga BANGSA..!

8 comments:

Datu pitung said...

salam murai.kb

mungkin isu ini boleh di jelaskan sendiri oleh setiausaha pagisa. sebelum kalau tidak silap, beliau pernah dedahkan segala aktivti dan kegiatan pagisa dalam blog nya. sdr boleh lawati blog nya di :http://abuhilmie.blogspot.com/.

kemana hala tuju pagisa selepas lahirnya perisa, sy rasa itu beliau saja yang dapat menjawab nya.


membangun bersama islam


-datu pitung-

Unknown said...

terkubur lebur lah pagisa tu kalau tidak di hidupkan semula. banyak nya persatuan bukan bermakna banyak kelemahan. malah itu menambah kekuatan dalam persatuan kerana banyak nya idea dari cendikiawan.

Unknown said...

thanks pagari..

persoalan yang baik. mohon penjelasan dari setiausaha pagisa selanjutnya.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

terima kasih muraikb...kalau PERISA itu wadah baru iranun ...baguslah ...apa pula kaitannya dengan PAGISA...PAGISA terus dengan perancangannya...PERISA terus dengan aktivitinya....setiap orang boleh pilih mana satu dia nak masuk... kalau nak laga-lagakan PAGISA dan PERISA itu kerja tak betul...maka betullah tuduhan terhadap WBI ini yang akan memecahbelahkan masyarakat.. TQ

Murai.KB said...

salam sdr setiausaha pagisa,

jika penulisan ini membuat jiwa terasa, mohon di ampunkan. artikel ini cuma ingin membuka minda, tidak terlintas pun untuk melaga-laga kan PERISA atau PAGISA. semua ini adalah perasaan INGIN TAHU status PAGISA selepas ini.

di harap para pembaca di luar sana tdk berfikiran sempi. sebaliknya harus memandang ke hadapan. saya tidak berniat memecahbelahkan masyarakat. mungkin artikel seumpama ini hanya orang yang bebas minda nya dari sebarang pengaruh luaran.

terima kasih atas respone sdr setiausaha pagisa.

Unknown said...

sdr milus,

saya rasa muraikb hanya memaparkan kemana hala tuju pagisa selepas ini. sdr sendiri yg terasa sbb sdr terlibat sebagai setiausaha.ini bukan tuduhan, ini adlah realiti. perlu bertanggunjwb memberi respon yg positif.

sekarang ramai masyarakat di luar sana tahu, sebelum muncul wadah baru iranun, banyak statement mengenai pagisa dan pisba di keluarkan oleh blogger2 kota belud sebelum itu. tapi persoalan nya kemana sdr? kenapa tidak mempertahan kannya?(boleh rujuk di posting blog, kelapa mawar, sirengit dab batu gadung dll sebelum isu perisa di wujudkan yg lalu). sekarang timbul wadah baru, baru buat paparan mengenai pagisa. siapa sebenarnya yang mengelirukan masyarakat?

bila sekarang masyarakat mahu tahu apa status pagisa, sdr pula mnegamuk tdk tentu hala. masyarakat bkn nya tdk berpndidikan langsung tidak dapat menilai semua ini.

sdr milus, kalau pun penulisan muraikb ini sdr anggap salah, betul kan lah bagi mempertahan pagisa. buat satu ulasan penuh kemana hala tuju pagisa. biar masyarakat di luar sana tahu akan kedudukan nya sebenar.

kita mahu pagisa hidup, perisa pun hidup. bukan mencari kelebihan atau kekurangan antara mereka.

Pejuang Bangsa said...

Salam Saudara Milus,

Sebagai orang yang dianggap pemimpin, saudara sepatutnya menjaga tutur kata dan tidak mudah melinting. Ini baru dalam bentuk pertanyaan saudara sudah melinting. Sikap saudara tidak ubah macam si Apaitai bapa si Muari raja Tapawal. Sudahlah Tapawal tidak mahu dengar pendapat orang lain pula. Macamlah kamu ini terlalu kamil sehinggalah tiadanya cacat celahnya.

Jagalah mulut kerana mulut badan binasa. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

mambangtiora said...

Salam Murai KB...walaupun saya bukan ahli PAGISA..tetapi saya menyokong penuh usaha persatuan ini demi kebaikan orang irranun khasnya..lagi banyak persatuan ..lagi bagus ..sebab banyak manafaat masyarakat iranun dapat daripada pelbagai program yang yang dianjurkan.Lagipun PAGISA bukan ditubuhkan untuk menyaingi PISBA atau mana-mana persatuan iranun lain...kalau diibaratkan PAGISA adalah "perisa" kepada persatuan irranun lain..dengan kata lain pelengkap kepada persatuan irranun lain seperti PISBA...dan dengan penubuhan "PERISA" ...bagi saya ia bukan ancaman kepada PAGISA...PAGISA tetap PAGISA yang berjalan seperti biasa seperti matlamat asalnya....Sementara penubuhan PERISA adalah satu lagi rahmat kepada kaum irranun demi menutupi kelompangan yang terjadi kepada PISBA....saya amat teruja sekiranya PERISA dapat menyatukan suku irranun..dengan pelbagai program yang memberi menafaat kepada suku irranun...cuma permintaan saya kepada penulis dan pengerusi penaja..jangan cuba melaga-lagakan..PISBA, PAGISA dan PERISA..kerana yang rugi adalah suku iranun.....kerana setiap persatuan mempunyai tujuan yang baik kepada sukunya...jadi posting 'Kemana Hala Tuju Pagisa selepas Lahirnya PERISA" adalah mengarut dan nampak kecetekan pemikiran...dan seterusnya nama tu harus diubah PERISA kepada lain..spt yang diulas oleg MO dan saya serta yang lain dalam blog kelapa mawar...pereka logo dan penaja harus mengambil nama yang sesuai..sekaian selamat maju kepada persatuan PERISA..wassalam

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.