Popular Posts

Monday, May 28, 2012

KG LILUD MUNDUR DARI PEMBANGUNAN BN

Dalam pilihan raya umum ke 12 telah timbul isu kawasan kampung ini cenderung kepada parti pakatan rakyat. dalam tohmahan, haji manshor telah mengesahkan tindakan segelintir penduduk kampung yang menyokong pembangkang. keputusan piliharan raya juga telah membenarkan kenyataan ini di mana calon dari kawasan ini sdr Awg Laiman mendapat tempat di hati penduduk di situ dengan memberikan status kekalahan kawasan daerah mengundi Tamau kepada Datuk musbah.

tanda protes undi yang beralih arah peti undi itu adalah tindakn penduduk Lilud yang telah jemu dengan pelbagai janji yang di berikan sebelum pilihan raya lagi. beramcam-macam janji wakil rakyat yakni mengaspalkan jalan, bekalan air berish. rumah PPRT kepada yang layak dan banyak lagi 
permohonan yang di abaikan oleh wakil rakyat masa itu. 

sudah mencapai 30 tahun pemerintahan UMNO di daerah kota belud, namun kampung yang tidak jauh dari pusat pekan ini di sajikan kepada kita bahawa dalam konteks pembangunan, kampung ini terlalu mundur dan daif jika di bandingkan dengan kampung-kampung yang berdekatan. jalan raya tidak berTar, tiada talian telepon, bekalan air bersih tidak ada, rumah yang tidak ada bekalan elektrik dan masalah kemiskinan sangat membelenggu penduduk yang tinggal di kampung itu. rumah yang terlalu daif dan uzur masih lagi di diami. tanpa satu lawatan khas membasmi  kemiskinan yang di lakukan oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat, penduduk disitu masih mengharapkan pembangunan akan di bawa masuk walaupun kepastian itu tidak mencapai peratusan yang tinggi. bak kata orang menunggu " bulan jatuh ke riba".

soal menyokong kerajaan ataupun wakil rakyat sememangnya tidak timbul dan bberlaku kepada wakil rakyat, kerana, pemimpin yang memdapat mandat dari penduduk seharusnya membawa pembanguna yang di salurkan oleh kerajaan tanpa mengira kepartian. nama nya pun sudah wakil rakyat bukan wakil parti bermakna menjadi tanggunjawab semua wakil rakyat untuk membasmi segala masalah yang selama ini membelenggu penduduk Lilud ini. namun, perkara itu berlalu di telan masa tanpa di beri perhatian oleh mana-mana pihak mahupun wakil rakyat, penduduk Lilud setiap hari hidup dalam kedaifan tanpa keselesaaan. Datuk Musbah langsung tidak menjenguk kawasan ini walaupun sekali selama beliau menjadi wakil rakyat tempasuk. apatah lagi Datuk rahman sebagai Ahli palimen Kota Belud.




kini telah menjadi tanggungjawab sdr Awg Laiman untuk membuka rantai belenggu penduduk kampung Lilud itu bagi merasai keselesan dalam mengharungi pahit getir kehidupan. memilkul tanggungjawab ini bukan senang tapi kerana Kampung lilud akan di tempuhi jua. malang nya modal depan mata tidak di manfaatkan oleh sdr Awg Laiman dengan semaksimum nya. Kini Kg Lilud adalah JENTERA BERAT pakatan rakyat di kota belud. akibat jemu dengan janji-janji pembangunan semasa pilihan raya, maka, penduduk di situ mengalih arah sokongan kepada pakatan rakyat. murai bangga punyai warga masyarakat yang berpendirian dan demokrasi.

Saturday, May 26, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BUKAN CERAMA PERDANA



Selaku yang hadir pada malam ramah mesra Datuk Rahman dan Datuk Musbah bertempat di kawasan perkarangan rumah sdr Roslan Manshor yang juga merangkap ketua pengerusi Majlis ramah mesra tersebut. Bunyi antonasi “ ramah mesra” sudah tentu terpahat di minda kita bahwa akan berlaku satu kemesraan dan komunikasi antara pemimpin dan rakyat. Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila penduduk yang hadir sekitar 300 orang hanya duduk dan mendengar ceramah dari wakil rakyat yang berucap dengan bangga nya.
Majlis di mulakan dengan laungan “ hidup UMNO” sebanyak tiga kali dan bukan nya doa seperti mana majlis rasmi tertentu dan di ikuti nyanyian lagu negaraku dan lagu Barisan Nasional. Kemudian doa selamat pula di menutupi pembukaan majlis itu. Ucapan di mulakan oelh sdr Roslan Manshor selaku ketua pengerusi majlis ramah mesra pemimpin bersama rakyat. Beliau menerangkan bahwa tohmahan pakatan rakyat yakni golongan muda di kawasan daerah mengundi tamau-merabau di sapu oleh pakatan adalah tidak benar, bukti nya sekitar 20 orang anak muda telah mengiringi kereta mewah wakil-wakil rakyat dalam perjalanan ke mari. Ucapan beliau di akhiri dengan mengingatkan janji dan permohonan yang di buat oleh penduduk kg Tamau-merabau  kepada dua orang wakil rakyat untuk mempertimbangkan kelulusan nya.
Murai tidak mengulas panjang ucapan sdr roslan, akan tetapi saya ingin mengulas tindakan Datuk rahman yang memilih isu Nasional sebagai modal ucapan nya semalam. kita sendiri tahu, yang hadir semalam seramai 300 orang anggaran adalah 90% golongan veteran yakni orang-orang tua. Secara harfiah, bagaimana isu nasional seperti 20 perkara boleh di bangkitkan dalam ucapan beliau? Datuk seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit siang juga di dedahkan kepada golongan tua ini. Tidak cukup dengan isu itu, beliau membangkitkan isu LGBT kepada golongan tua ini. Di mana rasionalnya sebagai seorang Ahli parlimen membangkitkan isu-isu nasional kepada penduduk yang hadir? Seharusnya rahman membangkitkan isu-isu besar seperti kelewatan Sk Tamau dan isu Tanah Adat Rampayan ( NCR) kepada penduduk untuk menerangkan kedudukan sebenar dan respone kerajaan pusat terhadap isu ini. Tapi rahman sedikit pun tidak menyentu apatah lagi mengulas panjang isu ini. Yang hadir adalah orang-orang tua, adalah tidak logic jika membangkit isu terlalu nasional sehingga membangkitkan isu perang di Negara Thailand dan filifina. Kenapa harus membandingkan walhal isu di kawasan daerah mengundi Tamau-merabau ini masih lagi di tengelamkan dan di perlambatkan? Penduduk ingin mendengar apakah pembangunan dan frasaran baru di tamau ini dan isu-isu baru yang timbul?

menyentuh ucapan Datuk musbah pula, beliau membangkit isu-isu lama seperti isu Agropolitan dan jelapang padi di daerah ini. Apakah isu kelewatan Sk Tamau yang besar dan penting ini beliau tidak Nampak dan tahu? Ini soal kepentingan awam yakni pendidikan anak-anak kampong tamau dan sekitarnya. Soal bekalan air bersih 60% telah dapat di atasi dengan pemasangan batang paip di setiap tepi jalan menuju ke pekan kota belud. Penduduk bersyukur dengan perubahan yang di bawa masuk oleh UMNO di Kampung itu. Akan tetapi ada isu-isu yang penting beliau ketepikan dan langsung tidak mengulas dan menyentuh isu ini yakni Sk Tamau? Apakah  kehadiran Datuk Musbah sekadar memperdengarkan kejayaan beliau kepada penduduk tamau dan sekitar bagi meraih sokongan undi pada pilihan raya umum ke 13 nanti jika beliau di calonkan? Walhal di mula ucapan sdr roslan telah menekan isu pengabaikan permohonan insfrastruktur para penduduk seperti pukat, jala, bot dan sebagai nya tidak mendapat perhatian daripada datuk Musbah sendiri sedangkan sudah 4 tahun berlalu beliau menajdi Adun N.6 Tempasuk.
Murai merasa program seumpama ini jika diadahkan benar-benar seiring dengan kehendak penduduk untuk lebih ramah dan mesra antara pemimpin dan rakyat. Apa yang boleh di bandingkan program seumpama ini adalah sebuah cerama perdana wakil rakyat atau di simbolik kan dengan kempen awal wakil rakyat kepada penduduk. Seharusnya pada malam itu penganjur yakni sdr roslan selaku ketua pengerusi majlis tersebut menyediakan satu ruang komunikasi antara penduduk dan wakil rakyat. Sesi soaljawab antara wakil rakyat dan penduduk akan dapat merapatkan lagi silaturahim sesama dan wakil rakyat juga dapat mendengar sendiri secara “direct” keluhan dan permasalahan penduduk sebenar tanpa mengunakn system perantaraan seperti sdr roslan sampaikan di akhir ucapan beliau.

Tuesday, May 22, 2012

ROSLAN MANSHOR CALON N.6 TEMPASUK

Kawasan Dun Usukan yang di katakan  kawasan " panas " politik di Sabah telah meramalkan calon yang merangkul kembali tahta kepimpinan lama sebagai Adun di Usukan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini. sumber dapatan maklumat tempatan dan nasional telah memberi satu info yang boleh di percayai bahawa Datuk Salleh akan kembali menakluk kawasan ususkan sebagaimana yang di analisa oleh para penganalisis politik Kota Belud. persoalan nya tiada muka baru kah dalam UMNO KB  yang mampu menandingi kehebatan DSSK di usukan? Tokoh ini bukan memperjuangkan rakyat akan Tetapi karier politik peribadi nya. apa lagi yang Datuk Salleg impikan di negeri sabah terutama di daerah Kota Belud yang kecil ini? bermacam-macam jawatan telah pernah beliau pegang Tapi apa yang terjadi kepada daerah ini? murai tdk mengulas panjang strategi politik DSSK di Kota Belud akan tetapi penduduk yang berjiwa merdeka mampu membezakan yang kilauan intan dan kaca.

Bagi Kawasan Dun Tempasuk pula, telah di beritakan seorang rakan murai mendakwa TSPA tidak akan di pertandingan di Dun ini begitu juga Datuk Musbah yang di ramalkan oleh ramai penganlisis politik Kota Belud akan setia pada kerusi Dun Tempasuk ini pada PRU13 nanti. makna nya Dun ini akan mencari muka baru dalam UMNO KB untuk di turunkan dalam medan pilihan raya umum nanti. seperti yang di wartakan oleh seorang rakan murai dari suruhanjaya pilihan raya, antara nama yang tersenarai dalam mengisi kekosongan adalah sdr Roslan Manshor. beliau di katakan di dalam perhatian Datuk Seri Najib untuk di pertandingkan di Dun tempasuk diantara kawasan panas selepas Dun Usukan itu. jika ini dibenarkan oleh Najib dalam PRU maka sdr Roslan seharusnya mempersiapkan diri dalam memerangi pihak lawan di Dun Tempasuk.

jika ini, di realitikan oleh Najib, maka satu masalah lagi yang harus dalam perhatian Najib untuk menggugurkan Nama DSSK dalam senarai di DUN Usukan untuk mengelakkan ramai ahli UMNO melakukan "sabotaj" dalam proses pengundian nanti. dan di khabarkan oleh blogger Kelapa Mawar, Datuk Musbah akan di pertandingan di kawasan parlimen seterusnya menyingkirkan Datuk Rahman dari Kota Belud.

Saturday, May 19, 2012

UMNO KEKAL DI KOTA BELUD DENGAN SYARAT


Pilihan Raya Umum ke 13 telah mula berlegar di bibir setiap penganalisis politik tempatan mahupun peringkat Nasional setelah Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat ketika memberi ucapan pada perhimpunan gergasi merah UMNO yang ke 66 kali nya. Ramai yang menyifatkan pengumumkan itu berbentuk “ olokan “ daripada perdana menteri itu setelah melihat kehadiran yang begitu mewarnai pelusuk stadium dengan berbaju merah.

Kehangatan itu, telah memukau semua pihak terumata di Kota Belud untuk masing-masing mempersiapkan jentera pilihan raya di daerah ini. Mengumpul data dan maklumat umum, murai telah mendapati 99.9 % pada pilihan raya umum nanti, Datuk Rahman akan di gugurkan daripada Ahli parlimen Kota belud dan akan digantikan dengan pemimpin berstatus veteran iaitu Tan sri Pandikar Amin hj Mulia sebagai Ahli parlimen baru menjelang pilihan raya kelak. Dan pada bahagian Dun Usukan pula, Japlin akan di rehatkan buat sementara waktu diatas skandal nya yang di ketahui kebanyakan umum. Pergantian akan berlaku  sekali lagi kepada pemimpin berstatus veteran yang juga kawan baik kepada TSPA iaitu Datuk Salleh Keruak. Manakala bahagian Dun Tempasuk 80 % Datuk Musbah di kekalkan kerna permintaan ramai. Tidak mustahil Najib juga membuat kejutan untuk mencalonkan calon muda di daerah ini seperti Roslan Manshor.

Dalam menjejaki respon umum yakni penduduk di daerah ini, ramai yang menolak dua pemimpin veteran ini untuk tidak di beri tempat untuk di calonkan pada PRU ke 13 nanti kerana rekod yang tertulis dalam sejarah kepimpinan Kota Belud sangat mengecewakan ramai penduduk. Mengutamakan karier politik peribadi lebih di utamakan berbanding daripada kebajikan penduduk di daerah ini. Bukti nya Dun Usukan sewaktu di wakili DSSK dahulu apa yang boleh di banggakan sangat di usukan? Bermacam-macam masalah yang di pinggirkan oleh DSSK waktu itu sehingga sekarang masalah seperti bekalan air bersih belum dapat di selesaikan. Siapa kata DSSK tidak memegang jawatan penting dalam kabinet negeri sabah? Ketua menteri kerusi nombor satu sabah juga pernah di diami nya. Fikirkan..!

TSPA telah pernah mewakili Tempasuk seperti kawan baik yang juga musuh politik nya DSSK yang tidak membawa apa-apa kepada bangsa mahupun penduduk yang di wakili nya. Siapa kata TSPA tidak memegang jawatan terpenting dalam cabinet Negara. Menteri di jabatan perdana menteri pun sudah dan sekarang ketua speaker dewan rakyat. Lebih menjelaskan kepada penduduk bila beliau di gugurkan pada pru 12 bersama DSSK, beliau telah membawa diri ke kota marudu waktu itu. Dan bersama DSSK  menubuhkan USBO bagi kelangsungkan politik mereka. Adakah ini yang masih mewakili penduduk Kota Belud? Fikirkan..!!
Murai mendapati, ramai penduduk yakni penyokong Barisan Nasional dan UMNO di daerah ini mula menunjukan protes bila duan Nama Pemimpin Veteren di dengari akan kembali mewakili Kota Belud selaras yang di kehendaki oleh Najib yang mahukan pemimpin yang boleh menang. Protes tersebut bukan lah berbentuk demonstrasi jalanan tapi kemungkinan mereka ( penduduk ) akan melakukan “sabotaj” pada undi pilihan raya untuk memberi laluan kepada pihak lawan untuk menjuarai piliha raya kelak walaupun  mereka (penduduk) di umpan dengan wang ringgit. Kata sekolompok golongan anak muda dan belia.

Apakah kita juga buta melihat taktik dua pemimpin selama ini yang pernah menjadi ADUN dan Parlimen di Kota Belud? Fikirkan demi kesejahteraan bangsa akan datang. Kata seorang Ajk Bahagian UMNO kota Belud, “ TOLAK LAH PEMIMPIN SEPERTI ITU DI DAERAH KITA “ bila hadirnya pemimpin seperti itu bukan untuk menjernihkan tapi akan mengeruhkan lagi scenario politik akibat pencaturan mereka yang terlalu licik dan bermotif itu. Kita bukan menolak Barisan Nasional Tapi kita menolak pemimpin seperti ini. Kalau betul kenyataan ini kenapa kita sebagai penduduk yang bermaruah tidak mengambil pandangan positif ini untuk melihat generasi kita terbela nasibnya tak kira yang berpendidiakn mahupun yang tercicir dari dunia pendidikan. Buanglah fikirkan yang taksub menyokong pemimpin seperti itu bagi menyuluh jalan kepada generasi baru memilih pemimpin yang baik dan mementingkan rakyat.

Monday, May 14, 2012

POLITIK PEMBANGUNAN UMPAN PADA PRU 13 KEPADA KOTA BELUD

pada 28 Apr lalu kita di sajikan dengan kedatangan Tan Sri Muyiddin Yasin sempena program "Mesra Rakyat" di daerah ini. rumpun kepimpinan UMNO di Sabah juga kelihatan mengeililingi TPM itu bagi meraih kedatangan TPM buat julung kalinya di pekan koboi yang telah persembahkan kepada penduduk Kota Belud barisan kepimpinan pusat yang sewajarnya mendengar sendiri luahan derita pembangunan penduduk di daerah ini.

walupun begitu, kehadiran para penduduk di pekan untuk turut sama meraih program "Mesra Rakyat" bersama TPM telah menarik ramai penganalisa politik Kota Belud bagi mengulas kehadiran orang ramai yang tidak memuaskan. adakah ini di simbolik kan telah mula tumbuh ketidakpercayaan penduduk kepada UMNO Pusat? Sumber dapatan telah membuka setiap lembaran taktik kotor yang tiada keadilan pemimpin UMNO KB dan Pusat kepada seluruh suku etnik yang ada di daerah ini. pelbagai isu yang di ibaratkan di sembunyikan kepada TPM waktu itu. fikirkan wahai bangsa ku..!

kelmarin 13 Mei 2012 juga kita di persembahkan lawatan ketua menteri sabah Datuk Musa Aman di sekolah rendah Pandasan yang kedua tertua di daerah ini yang telah mengecewakan pelbagai pihak terutama pihak Guru-Guru di sekolah itu. Musa di katakan tidak membawa apa-apa hadiah buat warga sekolah apatah lagi sumbangan kerajaan ataupun sumbangan secara peribadi kepada penduduk yang hadir. murai tidak mengambil untuk mengulas panjang senario ini yang berlaku. bukan rekaan tapi kenyataan. kita lah sebagai berstatus penduduk yang mengadili semuanya.

kita sebagai penduduk Kota Belud yang bermaruah hendaklah berani mempertahankan hak yang selama ini di permain bodohkan oleh para pemimpin KB mahupun pusat. dekatnya bahang PRU13 telah membuka mata seluruh pelusuk penduduk kampung yang ada di daerah ini untuk menilai sendiri watak dalam lakonan pilihan raya yang di persembahkan acapkali PRU kepada penduduk daerah ini untuk memancing "UNDI" bagi tujuan mengekal kuasa di Kota Belud. bahasa pasarnya " dekat pilihan raya baru mahu sibuk turun tengok rakyat, umum peruntukan itu, peruntukan ini dan sebagainya, sumbangan demi kebajikan rakyat pun tidak cukup di bagi kepada penduduk, pemimpin pusat bagi RM100 sampai dengan penduduk RM50 yang separuh mana? jawabnya masuk poket". adakah ini yang kita pertahankan selama ini? bersama memperjuangkan kelangsungan parti dalam masa yang sama hak penduduk di mundurkan. walhal daerah ini khusus nya dan Amnya negeri Sabah telah di labelkan sebagai "fix deposit BN" pada setiap Pilihan Raya Umum. di mana hilang nya intergiriti maruah penduduk Kota Belud dengan senario ini? jangan mudah di beli bagi kepentingan diri tapi pertahankan lah maruah bangsa untuk generasi akan datang. tidak salah memilih kepimpinan baru di daerah ini. fikirkan wahai bangsa ku yang bermaruah..!!

Thursday, May 10, 2012

UST AWG LAIMAN SILAP ATAU SALAH?

Menyingkap sejarah perjuangan Ust Laiman Ikin di Kota Belud khususnya di Dun N6 Tempasuk pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu telah memeranjatkan semua pihak di mana beliau mendapat undi 4109 dengan mewakili parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang calon muda UMNO Datuk Musbah Haji Jamli 6541 dan Ibrahim Linggam 191 pada tahun 2008. walaupun kekalahan memihak kepada sdr Laiman waktu itu akan tetapi telah menampakkan satu rentetan sokongan penduduk di daerah ini kepada beliau dengan hanya memberikan kemenangan tipis kepada DMHJ dalam pilihan raya tersebut.

sokongan padu, dari suku KDM, suku majoriti BajauSama dan terutama suku persisir pantai iranun kepada sdr Laiman telah membuatkan beliau utuh berjuang dalam parti pakatan rakyat untuk memberi satu perubahan corak kepimpinan yang selama ini di terajui oleh UMNO di Kota Belud khususnya di Dun Tempasuk. beliau memilih seangkatan pakatan rakyat di sebabkan suku bangsa yang telah lama di jadikan kambing hitam dalam pilihan raya. puluhan janji menjanjikan sesuatu yang tidak di tepati oleh pemimpin UMNO walaupun UMNO Kota Belud sudah mencapai 30 tahun menerajui kepimpinan di daerah ini. justeru beliau bangkit dengan kesedaran meleraikan bahawa Penduduk Kota Belud MESTI tahu strategi politik kotor kerajaan Barisan Nasional di tunjangi UMNO ini.

sebagai anak jati Kota Belud, beliau di lihat berpotensi mengekang setiap susun atur UMNO di daerah ini yang ramai mendakwa hanya membicara kosong memutarbelit janji kepada penduduk kota belud. walaupun begitu di mana silap nya sdr Ust Laiman yang telah berhijrah meninggalkan parti Keadilan dengan memilih PAS sebagai tunjang perjuangan baru beliau. ramai penganalisis politik di daerah ini telah meramalkan sokongan padu suku KDM yang lalu akan mula susut pada pilihan raya umum akan datang di sebabkan beliau telah memilih parti islam semalaysia PAS yang hanya di lihat pokok perjuangan tertumpu pada masyarakat yang beragama islam khususnya.



pencaturan taktik baru sdr Laiman telah menampakkan kelemahan beliau dalam arena perjuangan bangsa di daerah ini. memilih PAS adalah bukan pilihan bijak untuk mengikat sokongan semua suku etnik di daerah ini. namun pun begitu, perjuangan sdr Laiman tetap di gilap untuk meraih sokongan bangsa di daerah ini. beliau di katakan akan bertanding dalam PRU13 akan datang menentang calon PKR, UMNO dan parti tempatan KITA.

Wednesday, May 9, 2012

PENDUDUK N.8 USUKAN MESTI BIJAK PILIH PEMIMPIN

KG Tanjung Batu Kota Belud Salah satu Kg dlm Dun Usukan.
Menziarahi kawasan yang di katakan "PANAS" suasana politik nya sejak era kepimpinan Tun Mustapha hingga sekarang telah membuka mata semua pihak bahawa kawasan yang "PANAS" bukan sahaja senario politik nya tapi pembangunan di kawasan tersebut terlalu "PANAS" sehingga ada kawasan kampung yang belum cukup kemudahan awam seperti bekalan air dan jalan tidak berturap yang sekian lama di perintah oleh pemimpin celik dan pandai.

Dun Usukan "PANAS" kerana menjadi rebutan para pemimpin di daerah ini. Dun Usukan juga telah banyak melahirkan pemimpin bertaraf global. TAPI apakah infrastruktur nya sehebat pemimpin yang mampu  menundukkan kehebatan pihak lawan waktu itu? jawapan nya ada di kawasan Dun Usukan sekarang yang puluhan tahun di jajah oleh pemimpin UMNO. Datuk Japlin Akim selaku Adun Kawasan Usukan juga tidak jauh beza dengan pemimpin no 1 kota belud DSSK. menjaga karier politik lebih penting berbanding menjaga kebajikan penduduk yang berada di bawah jagaan nya.

sudah sampai masanya penduduk Usukan MESTI menolak pemimpin AYAM MATI yang hanya sibuk menjaga kreadibiliti kelangsungan politik nya tanpa mendengar keluh kesah penduduk di situ. siapa kata Dun Usukan membangun? siapa kata Dun usukan lengkap infrastruktur nya? dan siapa kata Dun Usukan tidak mahu pembangunan?

DSSK di dengari sekali lagi mengambil alih tapuk kepimpinan usukan pada pilihan raya akan datang. adakah ini wajar kepada penduduk usukan untuk menerima kembali pemimpin seumpama ini yang membiarkan kebajikan penduduk terbiar dan terbengkalai. kini sudah tiba masanya penduduk mesti mencuba kepimpinan baru bukan dari pimpinan lama yang telah meninggalkan kesan dan parut diatas kepincangan sewaktu bersama dalam Adun N8 Usukan.

cukup tidak wajar bila DSSK di calonkan kembali dan penduduk memberi peluang menerajui kembali kepimpinan sebagaimana sebelum nya. ingat kesan mungkin bukan pada generasi kita sekarang TAPI akan melarat dan dirasai kepada negerasi ANAK-ANAK dan CUCU-CICIT kita kelak nanti. fikirkan lah wahai penduduk yang budiman PILIH LAH PEMIMPIN YANG MAMPU MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA GENERASI AKAN DATANG...!!

Tuesday, May 8, 2012

PEMBANGKANG TIDAK KONSISTEN DI KOTA BELUD

Meneliti perjalanan pembangkang di kota belud PKR, PAS, DAP dan parti pembangkang tempatan seperti STAR di lihat tidak berani membongkar isu yang berpontensi membakar kepercayaan penduduk kepada UMNO/BN di daerah ini seperti isu Tanah Adat, pembinaan empangan tambuoton, pembinaan sekolah sk Tamau Dll peringkat nasional. isu sebegini membolehkan pembangkang mendapat mandat dari penduduk kota belud khususnya dalam meneliti perjalanan setiap isu yang di bangkitkan oleh UMNO di daerah ini. namun di lihat ianya sekadar menjadi habuk papan apabila di sapu akan berterbangan di sambar angin keredaan.

pembangkang tidak memanfaatkan kelebihan dengan semaksimum nya di daerah ini, sewajarnya isu panas itu mendapat perhatian di peringkat nasional. pembangkang di daerah ini hanya menunggu pemimpin pusat pakatan rakyat turun dan memberi pidato terhadap permasalahan di daerah ini walhal mereka seperti ust Awang Laiman (PAS) dan Abd shukor Mumin (PKR) lebih diutamakan dalam memperjuangkan hak penduduk di daerah ini. dengan itu murai berkata, pihak pembangkang yang ada di daerah ini tidak konsisten dalam perjuangan bangsa khususnya.

mengambil contoh sebagai pembinaan Sk Tamau yang lewat 3 tahun dari tarikh siap pembinaan tidak mendapat sambutan kepada pembangkang di mana mereka akan mendapat modal dalam setiap ruang bicara di daerah ini. projek ini adalah salah satu projek kerajaan Barisan nasional yang GAGAL di siapkan dan terbengkalai yang melibatkan kemudahan awam yakni sekolah rendah. wakil pembangkang yang paling dekat dalam isu kelewatan ini ialah sdr Ust Awg Laiman Ikin (PAS) yang selaku setiausaha agung perhubungan PAS Negeri. menampakkan isu ini tidak mengundang perhatian beliau walaupun tempat tinggal beliau hanya sejangkal di ibaratkan. setiap hari melalui jalan yang mendedahkan kelewatan ini adalah tidak wajar jika pembangkang khususnya sdr Ust Awg Laiman tidak menjadikan isu ini sebagai manifesto dalam setiap ceramah perdana yang diadahkan. saya percaya isu sebegini akan mendapat tempat di peringkat nasional jika media pro pembangkang memainkan peranan seperti Harakahdaily dan TVPAS di peringkat pusat pucuk pimpinan.

sewajarnya, pihak pembangkang perlu bersikap proaktif dalam setiap isu yang timbul akibat kepincangan dalam pimpinan UMNO Kota Belud seperti isu 250 juta projek Lembu yang di berikan kepada keluarga sharizat di lihat telah berjaya mendapat perhatian pelbagai pihak tak kira UMNO mahupun pembangkang khususnya. permainan isu itu telah membongkar di sebalik apa yang berlaku dan seharusnya mereka(pembangkang KB) mengambil ikthibar dalam isu hangat itu.kalau lah isu di kota belud mendapat perhatian pimpinan pusat dan di ajukan kepada perdana memberi untuk membuat penjelasan, kira nya kota Belud seperti burung Helang yang menyambar angin kepincangan UMNO.

Monday, May 7, 2012

PERKARA YANG PERLU DI KETAHUI DARIPADA MUSBAH


Antara peranan dan turun padang para pemimpin budiman di daerah kota belud ini, Datuk Musbah adalah juara diantara TSPA, DSSK, DJA, DHTL dan ahli parlimen DARD. Ini bukan lah pencarian publisiti kepada DMHJ tapi apa yang cuba di paparkan adalah kelebihan budi yang tiada dengan barisan pemimpin tersebut. Secara harfiah, masyarakat mengenali DMHJ dengan projek jutaan ringgit Agropolitan dan jelapang padi di daerah ini walaupun diatas kerja keras pemimpin sebelum nya.

Berbicara tentang kreadibiliti pemimpin Adun N.6 Tempasuk yang juga sebagai Ahli perniagan yang Berjaya, setiap  majlis kampung seperti kenduri kahwin, gotong royong, dan kematian akan menampakkan batang hidung DMHJ ini di perkarangan rumah orang kampung. Pemimpin ini di labelkan oleh masyarakat kota belud sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Mendekati hati luahan rakyat nya adalah amanah yang perlu beliau dukung sebagai Adun kawasan Tempasuk.

Perbezaan boleh di buat ketika arus kepimpinan TSPA yang pernah menjulang pemimpin Adun N.6 Tempasuk adalah sangat jauh jaraknya. Kewibawaan sebagai pemimpin berjiwa rakyat membuatkan DMHJ senang mendekati rakyat nya di mana-mana sahaja. Beliau sering berpesan kepada penduduk jika kalian hendak berjumpa saya yakni wakil rakyat anda, jumpa lah bila-bila masa dan jika perlu saya turun padang saya akan lakukan dan jika ianya permasalahan secara privacy bolehlah berjumpa di rumah saya di taun gusi ataupun Likas KF. Di sebabkan kemesraan DMHJ kepada penduduk, kini beliau sering di jemput oleh masyarakat jika mereka melakukan majlis tertentu.

Sebagai wakil rakyat, diakui memikul tanggungjawab itu adalah sangat berat dan perlukan kesabaran yang kuat. Mendengar rintihan penduduk di bawa jagaan nya membuatkan DMHJ rasa terpanggil mendengar luahan keluarga Tina Samsudin yang tinggal di kawasan kampung nanamun yang juga sebelum itu TSPA pernah menjadi wakil rakyat namun Tina sekeluarga tercicir dalam arus pembangunan waktu itu. Kini DMHJ memikul tanggungjawab itu dengan menemui Tina dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Itulah budi seorang Ahli perniagaan yang pernah mengalami susah perit seorang penduduk di daerah ini. Terima kasih Datuk..!!

Saturday, May 5, 2012

PERISA TERKUBUR TANPA BERITA

Barisan pimpinan iranun berkumpul mencari titik kesatuan rumpun bangsa iranun pada tahun lepas yang di ketuai oleh Datuk Almudin telah sama-sama meluangkan masa dan tenaga memikir hala tuju bangsa iranun 10 tahun akan datang. Pertembungan idea para intelek iranun telah di mendapat satu persetujuan fikiran dengan terbentuk nya persatuan bukan kerajaan NGO yang di namakan sebagai PERISA diatas sepakat semua ahli jemaah yang hadir ketika itu.

Mengikuti jejak perjuangan PERISA tahun lepas, segala kemaslahatan yang wujud dalam proses penubuhan ini telah di kaji dengan teliti oleh semua yang hadir. murai di maklumkan dalam proses terakhir, Almudin telah membawa PERISA untuk mengemukakan permohonan kepada ROS untuk di daftarkan sebagai NGO yang baru kepada suku bangsa iranun. Kesedaran golongan intelek ini telah menyirami tidur pemimpin nombor satu iranun TSPA waktu itu. Walaupun begitu, beliau dikatakan tidak sepakat dalam penubuhan itu kerana PISBA, dan PAGISA telah wujud dan masih benafas. Melihat secara harfiah dua persatuan itu memang masih bernafas akan tetapi segala urat saraf persatuan itu telah lumpuh terkujur di jalanan. Dengan itu, para cendikiawan iranun telah memandang ke hadapan bagi merealisasikan penubuhan itu secapat mungkin. Begitu hebat semangat mereka waktu itu.

Dalam ruang “chat FB” murai sempat bertanya kepada Datuk Almudin tentang khabar berita PERISA yang telah membangunkan lelap seluruh intelek iranun waktu ianya ingin di tubuhkan. Satu respon positif yang dapat dalam perbualan singkat itu. Murai di maklum kan ahli jawatankuasa tertinggi PERISA yang terdiri Datuk Alamudin, sdr Razak, sdr roslan dan lain-lain berusaha untuk mendaftarkan persatuan ini kepada ROS.

Walaupun begitu. Khabar itu terhenti tanpa satu berita pun, adakah PERISA terdaftar ataupun permohonan itu di tolak? Segala persoalan bermain di minda dengan pelbagai persepsi negitif mahupun yang positif.  Ramai yang menyangkal penubuhan PERISA akan memecahbelahkan suku minority ini, adakah ini juga telah menjadi satu halangan besar kepada peneraju kepimpinan muda Datuk Almudin supaya menenggelamkan PERISA yang tahun lalu di lihat telah memberi tiupan semangat baru kepada anak muda iranun amnya dan khususnya kepada suku etnik minority iranun di daerah kota belud? Atau telah berlaku satu konspirasi di sebalik penubuhan itu? Semua nya ada pada Datuk Almudin Kaida. Mohon penjelasan yang teliti Datuk..!

Wednesday, May 2, 2012

KOMEN TUN DR MAHATHIR MENGENAI BERSIH 3.0

Komen Tun Dr Mahathir mengenai Bersih 3.0, pengundi atas pagar, pemansuhan ISA dan kebebasan media 29 April 2012. KLIK VIDEO DI BAWAH..



PINJAMAN TOKOH IRANUN YANG HILANG TAPI TETAP BERSINAR

"Beliau pernah beberapa kali ditawarkan jawatan penting dalam USNO, asalkan saja beliau mendiamkan diri. Begitu juga, beliau pernah beberapa kali mendapat tawaran Parti BERJAYA tetapi beliau hanya menerima pelawaan Berjaya yang dibuat melalui Setiausaha Agung Berjaya, Datuk Haji Mohd.Noor Mansor yang ketika itu Menteri Kewangan Sabah pada tahun 1979. Satu majlis telah diadakan di Kampung Tamau, berdekatan perkarangan masjid Lilud dan beliau mengumumkan penyertaan dalam Berjaya di hadapan para penyokongnya."


Murai tertarik dengan artikel dalam blog kelapa mawar. post ini telah mengimbas kembali detik-detik perjuangan murai suatu ketika suatu ketika dahulu bersama dengan pakcik pinjaman ini. dia memang sangat berpengaruh ketika itu. terima kasih kelapa mawar kerna memaparkan posting ini dan membuka lembarang sejarah pakcik pinjaman ini.




copyfrom : http://kelapamawar.blogspot.com/2012/05/benarkah-pinjaman-hassin-dijangka-calon.html?spref=fb

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.