Popular Posts

Sunday, August 15, 2010

BENARKAH IDEALISME POLITIK IRRANUN SUSAH DI SATUKAN

Pada 7 ogos yang lalu menyaksikan satu pertemuanyang di adakan oleh para pemimpin irranun dahulu dan sekarang untuk menyelami masalah sebenar politik irranun yang semakin luntur di pentas politik kota belud mahu pun di peringkat nasional. Perbincangan yang terancang itu telah di hadiri oleh para pemimpin dengan jaya walaupun isu kelapa mawar sebenarnya masih berlegar di ruang persoalan minda.

Irranun perlu “wadah baru” satu pencapaian akal telah di lontarkan oleh seorang tokoh politik irranun yang begitu komitmen dengan arah tuju politik irranun di daerah kota belud. Sejauh mana wadah baru itu di praktik kan oleh para tetamu yang meluangkan masa untu hadir? Tidak sampai sebulan pun pertemuan itu berlalu, perjumpaan kedua telah di adakan yang berlangsung pada petang kemarin seterusnya membuka ruang untuk melantik beberapa pengerusi, tim pengerusi, bendahari, setiausaha, ajk dan sebagainya. Ini menunjukan satu pencapaian yang positif kepada para pemimpin untuk melihat politik irranun terus relevan di kota belud dan di peringkat global.

Ramai yang memberi hujah selepas pertemuan itu yang mengatakan sejauh mana gerak tindak yang akan membawa perubahan kepada system politik irranun, walhal setiap yang hadir mempunyai agenda tersendiri bagi kepentingan politik peribadi. Begitu juga yang tidak hadir, memberi alasan bahawa politik irranun akan sentiasa bermasalah jika penghulu nya masih lagi tidak memandang serius penyatuan politik suku minority itu.penyatuan ini bukan sahaja memartabatkan suku bangsa irranun malah ini akan memulihkan masalah yang selama ini membelenggu masyarakat irranun khususnya.

Hakikat nya, idealisme politik seseorang bukan nya senang untuk di pengaruhi jika isu yang di bawa langsung tidak memberi impak positif kepada karier politik nya. Itu lah sebenarnya politik kota belud yang sekian lama mengalir dalam tubuh jiwa seorang pemimpin di kota belud yang mahu melihat politik di cemari dengan noda kepentingan peribadi.

3 comments:

kelapa mawar said...

politik adalah ibarat air yg mengalir..mengikut bekas yg menadahnya...

tawadakan said...

langun kanu akih maaf ban,na si Adlan buh malandi mapia mama....

Murai.KB said...

salam km dan sdr tawadakan

sememangnya benar apa yang KM terangkan itu, politik ibarat air yang mgalir, tapi KM air mgalir itu telah bercampur dgn debu mgakibatkan tercemarnya emej suci politik tersebut. sehingga raung bekas meninggal kan kesan yang jika tidak di bersihkan akan mengundang pelbagai penyakit merbahaya.

kepada sdr tawadakan. terima kasih dgn ulasan pujian itu.


-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.