Popular Posts

Wednesday, July 21, 2010

PENGIKUT ATAU PAK TURUT

Dalam kepimpinan yang di terajui oleh pemimpin politik di daerah kota belud menyajikan satu kolompok yang di label kan sebagai pengikut setia kepada para pemimpin yang boleh mengundang keraguan dan keyakinan jika pemimpin tidak melahirkan dan menerapkan konsep telus dan taat setia kepada ketua atau pemimpin.

Namun demikian, pengikut yang berfikiran rasional tidak akan menurut segala kehendak pemimpin yang menyimpang dari tujuan asal perjuangan sebaliknya menegur dengan berhemah bukan nya mencaci hamun di hadapan mahu pun di belakang pemimpin. Walaupun demikian, konsep para pemimpin alaf baru menerapkan jika salah seorang pengikutnya membuat satu teguran kempimpinan yang di terajui, itu akan di anggap sebagai satu penderhakaan. Impaknya, ramai pengikut yang berpatah arah dalam perjuangan kerana jemu dengan pemimpin yang terlalu egoistic dan materialistik.

DMHJ mempunyai ramai pengikut setia seperti sdr R.H.M dan sdr bagdad hj turugan yang juga memegang jawatan sebagai kontraktor dan PKR namun di lepaskan atas alasan tertentu. Dua (2) orang ini adalah “orang kuat” DMHJ di kawasan DUN N.6 tempasuk. Walaupun satu ketika sdr R.H.M dan DMHJ bersengketa sehingga sdr R.H.M berani membuat kenyataan bahawa DMHJ mengkhianati persahabatan mereka kerana membisu dengan isu perpindahan nya ke Sandakan sewaktu ketika dahulu, namun itu hanya sementara. Persahabatan mereka kini seperti “aur dengan tebing”. Kesetiaan dua orang pengikut ini tidak boleh di pertikaikan oleh mana-mana pihak yang cuba berniat meleraikan nya. Bagi sdr R.H.M, beliau sanggup bertikam lidah bagi mempertahankan DMHJ daripada sebarang cemuhan yang di lemparkan oleh masyarakat.

Demikian juga dengan DSSK dan TSPA yang mempunyai pengikut seperti sdr baror sawi, ketua pemuda di daerah kota belud. Namun ramai yang memberi spekulasi bahwa sdr baror bukan pengikut tapi pak turut kepada dua orang tokoh politik ini. Sehingga adalah yang melabelkan baror adalah “kuda tunggangan” kepada TSPA.

mengupas isu ”pengikut bukan pak turut” terlalu luas untuk di definisikan namun murai memberi skop kecil berkaitan kepimpinan di kota belud. Seorang pengikut harus berani memberi suara teguran kepada pemimpin jika penyimpangan berlaku secara terangan, itu bukan satu bentuk penderhakaan tapi itu adalah satu bentuk penghargaan dan setia kepada pemimpin. Tidak di nafikan ramai pengikut telah gugur syahid di medan perjuangan, namun keguguran mereka bukan sebab perjuangan tapi di sebabkan pemimpin yang tidak berperikemanusiaan. Sdr jikal gabie adalah pengikut setia kepada DSSK sewaktu ketika dahulu yang di janjikan bermacam-macam jawatan dan pujuk rayu untuk berkecimpung dengan politik DSSK, namun impaknya, sdr jikal hanya dapat berputih mata dengan strategi politik licik DSSK. Tidak cukup seorang pengikut, di tambah pula sdr deraman yang juga menjadi pengikut mati syahid DSSK dan ramai lagi pengikut DSSK yang berpatah arah sehinggakan ada yang sanggup berkorban masa dan tenaga. Walhal, itu hanya permainan catur politik DSSK semata-mata.

Begitu juga dengan sdr mukaris yang di warta oleh penulis blog ‘delima anak kota belud” suatu ketika dahulu, yang beliau telah bersumpah setia untuk menyokong karier politik TSPA dalam memperjuangan kan bangsa irranun, namun hasil nya amat menyedihkan dan memilukan. Adakah ini style atau prinsip yang di amalkan oleh pemimpin kota belud yang ingin melihat setiap pengikut bangun menderhaka ? kepincangan pengikut atas sebab pemimpin yang tidak berperikemanusiaan dan bertangungjawab. Bagi yang menjadi pengikut “pak turut” pemimpin akan mendapat habuan yang tidak di jangka kan, namun itu hanya bersifat sementara kerana penyingkiran akan di lakukan bagi mencari ganti pengikut yang terbaru dan boleh di istilah kan sebagai “up to date”.

Seperkara yang murai takut kan, kemungkinan besar tragedi akan berulang kembali jika para pengikut yang taksub dengan janji dan ganjaran akan lalai dan leka tanpa menyedari gerak geri permainan politik pemimpin yang ingin melihat generasi politik mereka selalu relevan di mata masyarakat. Perintis pemimpin baru perlu mengkaji sedalam dalam perjuangan untuk tidak turut tersenarai sebagai pengikut yang kecundang oleh gerak jahat politik yang di amalkan oleh beberapa pemimpin.

Tuesday, July 20, 2010

KEMANA HALUAN POLITIK DARD SELEPAS PRU13

Banyak desas-desus mengatakan bahwa nyawa politik DARD berada di hujung tanduk menjelang PRU13 dengan kebangkitan karier beberapa tokoh politik seperti DSSK,TSPA dan Japlin di daerah kota belud walaupun masyarakat sendiri telah jemu dengan cara dan kaedah politik mereka.

Masyarakat kota belud telah banyak mengenalpasti tentang irama kepolitikan yang di bawa oleh datuk rahman, dengan helicopter nya, dengan batang paipnya, dengan jalan raya nya dan sebagainya. keadaan Ini umpama telah membuka suatu lembaran baru dalam suasana politik di daerah kota belud. Permasalahan bekalan air bersih dan kesesakan lalu lintas masih lagi membelenggu masyarakat kota belud. Walhal, manifesto masalah ini menjadi kekuatan DARD untuk bergelar ahli parlimen di kota belud.

Jika DSSK dan TSPA tidak dapat menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih, dengan itu masyarakat menjangkah bahwa hanya datuk rahman sahaja yang mampu menyelesaikan konflik air dan kesesakan yang di hadapi oleh rakyat, kerana masyarakat berpendapat bahwa hanya yang berstatuskan “orang luar” sahaja mampu memberi satu corak perubahan kehidupan masyarakat kota belud yang sekian lama menanggung derita dengan permasalahan ini. namun kehampaan berulang lagi, suasana di kota belud tidak banyak berubah dengan kemenangan yang di taburkan pelbagai janji untuk di tunaikan. Maka masyarakat sekali lagi perlu bijak memilih pemimpin yang sebenarnya mementingkan kebajikan rakyat dari mengaut keuntungan dalam kesengsaraan rakyat.

Jika berlegar di pelusuk kedai kopi, ramai yang menaruh perasaan hampa dan sedih dengan pemimpin yang memikul harapan rakyat untuk keluar dari kepompong masalah ini. Ada yang sampai mengatakan, jika masalah di kota belud ini masih berlarutan, kemungkinan besar parti pembangkang akan mengambil alih tapuk kepimpinan umno di daerah kota belud seperti yang berlaku di semananjung.

Pilihan raya adalah dimana majority kesemua wakil rakyat menjanjikan pelbagai janji dan ganjaran jika beliau memenangi pilhan raya itu. Tidak cukup dengan satu janji, di taburkan janji lain bagi mengukuhkan alasan dan desakan supaya kemenangan adalah milik nya dan menyingkirkan pihak lawan. Perkara seumpama ini adalah suatu perkara yang memalukan, dan tanpa memikirkan impaknya, kepercayaan rakyat akan mula luntur jika janji tidak di tunai dan di makbulkan.

Dimana janji DARD untuk memulihkan masalah bekalan air bersih rakyat? Satu persoalan yang membangkitan aura kempimpinan yang telus untuk tampil menjawab. Masyarakat kota belud ingin sekali melihat kempimpinan yang di corak di kota belud mencontohi kepimpinan yang di bawa oleh datuk safie apdal di semporna yang begitu peka dengan permasalahan rakyat. Dengan itu ramai penganalisa politik yang menjangkah bahwa jawatan ketua menteri sabah akan di warisi oleh DSA menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Kemana karier politik DARD menjelang PRU13 jika masyarakat menolak kaedah sebegini yang beliau terap dan semai di dalam kehidupan seharian masyarakat, walhal beliau adalah berstatuskan “orang luar” di daerah kota belud. Adakah sejarah untuk bertanding di tuaran akan berulang atau akan berhijrah ke kota marudu seperti TSPA dahulunya? Bagi murai jika cara kempimpinan tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat, perkara sama juga akan berulang, berulang dan berulang kembali.

Wednesday, July 14, 2010

BENARKAH POLITIK IRRANUN LUMPUH SELEPAS TSPA

Pelbagai tafsiran, bukti dan andaian terhadap penyingkiran karier politik irranun selepas TSPA jika terlalu memegang konsep “bunuh politik” yang sememang yang mula mekar berkuntum busuk di daerah kota belud. Kewajarannya terserlah bila mana 97% daripada pemuda umno di daerah ini kesemua adalah berbangsa bajau. Dalam pemilihan G7 baru-baru ini majoriti yang terpilih adalah warga bangsa bajau walaupun kemenangan berteraskan “kepala raja”. Kemana kah calon politik irranun menghilang?

Selepas pembubaran parti irranun (AKAR) oleh TSPA, ramai yang mendakwa bahawa politik irranun semakin merundum dan tidak terbela. Adakah orang irranun sendiri yang tidak tahu berpolitik? Atau orang irranun sendiri sebagai boneka politik di kota belud? Di taburkan wang, di janjikan pangkat, mata mula menjadi kabur, semangat menjadi luntur, kewibawaan memimpin tidak tersusun atur, di mana jati diri orang irranun dalam konsep berpolitik?

Bukan kepentingan peribadi pemimpin irranun yang masyarakat hendak kan tapi mereka ingin melihat anak desa irranun boleh menjadi pemimpin di daerah kota belud mahupun di peringkat global. Kewujudan TSPA adalah satu kebanggaan masyarakat irranun di peringkat nasional kerana kepimpinan orang irranun seperti TPSA di beri pengiktrifan oleh Negara khususnya tapi malangnya kenapa kepimpinan muda irranun kurang di beri perhatian malah ada yang di hukum sebagai balasan ketirisan gimik politik pemimpin terdahulu.

Selepas kempimpinan TSPA rentak politik irranun seperti “buah chess” yang di susun gerak geri oleh pelbagai pihak yang ingin menjadi juara pencatur chess politik terbaik di kota belud. pencaturan ini bukan hanya kepada karier politik orang irranun, bajau sendiri mempunyai pencatur dan pembunuh politik yang terbaik. Walaupun tidak di nafikan TSPA sendiri antara pencatur yang terbaik setakat ini. Di cabar oleh datuk salleh, mucul lagi pencabar baru iaitu datuk musbah dan akan muncul..muncul dan muncul lagi pencatur terbaik di daerah kota belud. Sebahagian penganalisa terpesong fakta kerna keliru dengan gaya irama politik yang di bawa.

Idea ini tercetus bukan untuk mempermainkan kewibawaan orang irranun akan tetapi, murai ingin membuka minda merdeka masyarakat kota belud khususnya masyarakat irranun yang tidak terjajah mindanya oleh mana-mana pihak politik yang ingin melihat kekucar kaciran akibat terlalu banyak pencaturan yang mengutamakan kepentingan peribadi daripada rakyat. Ini reality gimik politik di daerah kota belud. Pelbagai pihak merunggut dan terkilan dengan situasi yang bukan menyatuhpadukan masyarakat akan tetapi memecahbelakan sokongan dan harapan masyarakat secara senyap dan halus.

Suku irranun harus mengorak langkah politik yang dinamik bagi melahirkan seorang pemimpin yang akan membela nasib agama, bangsa dan Negara di masa akan datang. Buang perasaan hasad dengki yang keterlampauan, simpan sikap penyatuhpaduan, tegur penyimpangan kepimpinan, sokong kebaikan, jauhkan keburukan, amalkan parti bersih dari kerasuahan, hadapi bersama kekangan, pikul bersama permasalahan, kongsi kemenangan dan bersama tempuhi kekalahan.

Monday, July 12, 2010

APA KHABAR JELAPANG PADI


Boleh di katakan sudah dua tahun isu jelapang padi hangat di perkatakan di sudut-sudut kedai kopi dan restoran. Ada yang mempersoalkan kewibawaan datuk musbah dengan isu jelapang padi dan ada yang menyokong sepenuh hati dengan alasan inilah masa nya wakil rakyat bertubuh sasa ini membantu golongan petani di daerah kota belud. namun impaknya mereka masih belum mengenalpasti.

tengelamnya isu jelapang padi dan agropolitan maka tengelam lah karier DMHJ. beliau menyerlah dan terserlah dengan isu kebangkitan isu ini. tapi adakah dengan isu ini cukup untuk rakyat dan masyarakat memberi satu tahap pengiktirafan kepada DMHJ? boleh di katakan sejak pelaksanaan projek agropolitan ini populariti DMHJ telah mencapai satu tahap maksimum, tapi sejak kebelakangan ini kehangatan itu menjadi lesuh dan luluh bila agropilitan tidak lagi kedengaran di setiap pelusuk kedai-kedai kopi.

informasi dari DMHJ sendiri kurang di war-war kan kepada umum bila projek ini sepenuhnya di laksanakan selepas projek fasa 1 di laksanakan di kg keguraan. dalam paparan blog DMHJ pun tidak di nyatakan. kemana aura projek ini menghilang? satu persoalan yang harus di akhiri dengan jawapan.

menurut nujum pak belalang nujum musbah, DMHJ adalah wakil rakyat yang sememang nya menjaga kebajikan rakyat hingga ke tahap maksimum bukan seperti wakil rakyat sedia ada yang kekadang sanggup mengutamakan kepentingan peribadi daripada rakyat sendiri. seperti kata nujum " menyusur akar tak kan hilang bisanya" itulah kata nya datuk musbah. sejauh mana pepatah ini mengubah "mindset" masyarakat kota belud?

murai mengharap walau masa tidak mengizinkan tapi penyampaian informasi tepat kepada masyarakat perlu bagi mengikuti setiap perkembangan dan permasalahan yang di hadapi dalam menjaga kebajikan dan keperluan rakyat. wujudnya wakil rakyat adalah untuk membela "hak" masyarakat khususnya di daerah kota belud pekan koboi ini. "APA KHABAR JELAPANG PADI"??


BENARKAH RHM DAN DSSK FOBIA DI KRITIK


Dalam pengamatan dan penelitian murai bersama nujum, perkara ini sangat menghampakan kami berdua kerana dalam setiap kepimpinan "kritik" adalah satu tembok yang kuat bagi memperbaiki serta menjiwai moral kepimpinan yang di cetuskan oleh pemimpin. berlainan dengan "kutuk" kerana ini adalah untuk menjatuhkan dan mengucar-kacirkan situasi dalam kepimpinan.

jika di lihat dalam laman sesawang DSSK iaitu laman blog, ruangan komen langsung tidak di sediakan. adakah ini untuk mengelak dari kritikan atau mengabaikan cadangan dan pandangan masyarakat khususnya di kota belud??? dalam situasi kepimpinan yang ada sekarang ini perlu berani menghadapi kritikan yang di lontarkan oleh penganalisa yang wujud kerna situasi dahulu dengan sekarang adalah sangat berbeda. generasi sekarang dan mendatang lebih selesa memberi cadangan dan pandangan melalui sesawang atau internet, cara sebegini lebih cepat dan berkesan kerna perbincangan tanpa batasan dapat di lakukan dengan efektif.

Roslan haji Manshor atau nama glamour nya RHM juga salah seorang bakal pemimpin politik di daerah kota belud. namun murai dan nujum sangat kecewa, kerna bagi seorang bakal pemimpin harus memberi satu contoh teladan yang memberi masyarakat berfikir secara terbuka dan efektif. jika wujudnya ruangan komentar pada blog bagi murai tidak menjejaskan reputasi beliau yang bakal bergelar wakil rakyat kelak(hasil tilikan nujum belalang). namun pun begitu masyarakat di dahulukan dengan budaya "tidak boleh di kritik" dan "tidak mahu menerima pandangan". ini akan menyusahkan orang ramai khususnya di daerah kota belud untuk berinteraksi dengan cepat dan mudah dengan bakal pemimpin ini. perbincangan "cyber" memudahkan sesiapa sahaja. tak kira di rumah mahupun di pejabat. namun pun begitu kritikan yang terlampau harus di pandang positif kerna, mungkin itu akan membawa kita berfikir secara profesional dan inovatif.

Dalam konteks ini, ramai yang melabelkan RHM adalah anak didik DSSK, namun selepas di tilik kan oleh pak nujum, RHM adalah anak didik kepada TSPA dan DMHJ bukan kepada DSSK. walaupun demikian, RHM pandai berbicara kepada semua tokoh politik di daerah kota belud khususnya. itu satu kejayaan yang membanggakan murai dan nujum.



-murai.kb-




Sunday, July 4, 2010

SIAPA TANGGANG POLITIK KB


Murai kembali menulis kerana tidak tahan dengan pembawaan rentak politik kota belud yang di terajui oleh para bakal pemimpin yang begitu kaya luaran miskin dalaman. Mengapa murai mengatakan sedemikian kerana menerusi penelitian yang di perhalusi, murai sangat- sangat kecewa kerana ramai wakil - wakil calon pemimpin yang bakal menggantikan tokoh politik di daerah kota belud mengamalkan konsep “gunting dalam lipatan”, padahal di luaran begitu mesra tanpa sedikit keraguan. Jangan nafikan perkara yang benar..!!

“Berpolitik harus telus dengan perjuangan”, ini adalah kata – kata terakhir seorang pemimpin terkenal kota belud yang menodai rentak politik peribadi nya. Tabiat “ampu” bukan perkara biasa bagi pemimpin muda politik sekarang ini. Murai mengaitkan isu kemenangan sdr barul sebagai ketua pemuda kota belud yang di susun atur oleh dua orang tokoh politikus yang terkenal di daerah kota belud dengan menenggelamkan sdr tajul. Ini akan memberi satu impak besar kepada golongan muda yang berkeinginan menjadi pemimpin nanti. Jangan persoalkan jika golongan muda lebih tertarik dengan pembangkang di masa akan datang?

Bukan bermaksud murai memaparkan kembali isu yang lalu, tapi moral nya harus di ambil ikhtibar oleh golongan muda yang ingin menjadi pemimpin politik kelak. Dalam kerancakan politik, beberapa bakal pemimpin yang murai kenali lebih bersikap kepura-puraan di hadapan tokoh politik seperti DSSK, TSPA, DHMHJ dan DARD. Khusus nya di laman sesawang “blog” penyamaran begitu ketara dan jelas, seperti sdr MUSLI Oli, MUSRAM RANGKUMAN, ROSLAN HJ MANSHOR dan sebagai nya. Isu sebelum ini juga sangat hangat di perkatakan yang mendakwa sdr musram telah mendapat peruntukan jalan dari DMHJ ke rumah mertua nya, namun beliau mengkritik sehebat hebatnya DHMHJ di ruang blog yang di kendalinya, begitu juga yang lain. Pengendali Blog “Ahli umno kota belud” sudah di ketahui, beliau membongkar segala pahit perit pergolakkan politik di daerah kota belud dari zaman DSSK hingga ka saat ini. Moralnya, “teruk politik kota belud akan teruk persepsi masyarakatnya”. Jangan persoalankan jika ada pemimpim pusat memperlekeh kewibawaan kepimpinan di kota belud kelak kerana tunjang nadi parti sendiri yang menjadi “TANGGANG POLITIK”.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.