Popular Posts

Friday, September 9, 2011

BERAKHIR KAH MASALAH BEKALAN AIR BERSIH KB?

sepanjang jalan tuaran ke kota belud kelihatan pemasangan saliran air paip, begitu juga jalan dari round about bypass baru kota belud ke jalan kudat kelihatan pemasangan saliran air paip. mungkin kah masalah yang selama ini membelenggu penduduk akan berakhir tidak lama lagi?

adakah pembinaan saliran ini merangkumi kawasan N.6 Tempasuk dan N.7 usukan yang jauh dari pusat pekan seperti rampayan ulu ke merabau, tanjung batu ke kuala abai, ulu kukut ke dudar, sayap ke butong dan kawasan2 yang lain. atau ini adalah umpan kepada penduduk kawasan politik yang panas sebelum tarikh PRU di umumkan oleh DS Najib?

kawasan kota belud sememang nya panas dengan pelbagai isu politik sejak UMNO melebarkan sayap di Usukan sehingga kini. musim demi musim. tahun demi tahun, pertelingkahan pendapat sesama pemimpin semakin tidak sehaluan sehingga terbina tembok penyokong antara pemimpin seperti DSP Salleh yang mempunyai penyokong tegar sehingga kini, begitu juga TS Pandikar yang juga mempunyai penyokong setia dahulu dan selama nya. sehingga kan penyokong dalam parti yang sama yakni UMNO-BN tidak sehaluan.

oleh yang demikian kepimpinan pusat telah banyak membuat transformasi kepimpinan di daerah ini. namun sehingga kini belum ada seorang pemimpin politik yang boleh menandingi kehebatan pemimpin Datu Mustapha Datu Harun sewaktu ketika dahulu.




PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.