Popular Posts

Monday, January 31, 2011

DI MANA GOLONGAN MUDA KETIKA BEKALAN AIR MASIH MEMBELENGGU RAKYAT

Kawasan kota belud sangat memerlukan bekalan air untuk ke seluruh kawasan perkampungan yang ada. Saban hari demi hari, peraliran usia masa semakin laju dan singkat namun permasalahan bekalan air bersih masih dalam kondisi yang lama. Wakil rakyat sebagai pemimpin di kota belud banyak kali menyatakan masalah utama kenapa dan mengapa masalah ini membelenggu penduduk di sekitar kota belud. Ada yang menyatakan di laman-laman blog, juga mengambil kesempatan memberi ucapan dalam majlis-majlis yang diadahkan. Namun langkah mengatasi dan pemulihan terhadap masalah ini belum menunjukkan akan terselesai sehingga menjelangnya pilihan raya umum ke 13 nanti.



Kenapa pemimpin politik durjana tidak melangsaikan keperluan rakyat yang bertahun di suarakan? Adakah pemimpin menjadi pekak dan buta apabila duduk di kerusi empuk parlimen atau dewan undangan? Sungguh biadap pemimpin seumpama ini yang tidak tahu mengenal malu apabila masalah utama di kawasan yang di wakili masih dalam keadaan yang sama seperti sebelum ia mewakili. Siapa mereka untuk di agung-agungkan kepimpinan nya? Bagi golongan muda seperti saya, sangat meluat dengan perangai pemimpin seperti kambing berlagak sebagai singa. Pilihan raya umum 13 telah terasa bahangnya, buntut pemimpin juga semakin panas tidak keruan. Tabiat mengampu undi mula di praktiskan dengan tekun di setiap majlis yang di hadiri. Mendakwah kunun nya kerajaan prihatin, hakikit nya kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyat nya akan tetapi pemimpin yang ada yang merosak kan kprihatinan kerajaan kepada rakyat nya.

Sekarang pilihan ada di tangan anak muda yang bijaksana untuk memilih siapa pemimpin yang benar dan telus, jika di peringkat IPTA/IPTS dahulu nya, ramai profesor menasihatkan, ambik dan tapis maklumat yang di keluarkan, oleh itu, sekarang, gunakan kemahiran menapis pemimpin seumpama ini untuk kesejahteraan semua. Golongan muda tidak seharusnya terpengaruh dengan janji manis politik pemimpin, apatah lagi terpedaya dengan layanan mesra juga yang menjanjikan kan pembangunan di kawasan masing-masing. Kerajaan senantiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat nya tapi bukan semua pemimpin kerajaan yang memberikan yang terbaik kepada rakyat pimpinan nya, sebagai contoh masalah bekalan air di kota belud yang masih mengikat penduduk setelah janji di lontarkan sebelum ia di angkat menjadi pemimpin.

Golongan muda kini punyai prinsip dan objective yang jelas dan terang dalam semua bidang, sebahagian golongan muda berumur 21thn yang layak berdaftar undi, masih dalam keadaan terumbang-ambing haluan dalam politik, tapi golongan ini masih mempunyai timbang akal untuk memperseimbangkan keadaan baik dan yang tidak baik. Siapa pemimpin di kota belud yang mengambil berat terhadap golongan ini? Sehingga kini, masih belum ada pemimpin menyelami jiwa sebenar setiap golongan ini yang sebahagian nya duduk-duduk di tepi jalan, berbual bicara di bustop-bustop yang ada. Walhal golongan ini punyai ‘hak’ untuk memilih siapa berhak memimpin mereka ketika habis pilihan raya.

Aduhai anak muda..bebas kan minda dari fahaman asing durjana..ubah style pemikiran kearah pemikiran yang berwawasan..

Friday, January 14, 2011

PERJUANGAN POLITIK MAYA MESTI DI TERUSKAN

Dalam mana-mana perjuangan yang ikhlas tidak akan mengenal erti lelah apatah lagi merasa penat. kritikan dan tohmahan dalam perjuangan akan menambah kehebatan bukan melemahkan proses pejuangan yang di pejuangan, apatah lagi melibatkan "hak rakyat" seumpama ini. jangan mengambil langkah untuk berhenti di sini kerana setiap pejuangan dalam membongkar penyelewengan hak rakyat oleh pemimpin yang tidak bertangungjawab akan membantu rakyat untuk memilih pemimpin yang sebenar.

kerancak kan weblog di daerah kota belud sebelum ini sungguh memberansangkan, pelbagai isu yang di keluarkan dengan bukti dan alasan yang kukuh. namun terlalu mengecewakan pembaca kerana pemimpin yang bertangungjawab menangangi isu permasalahan yang diutarakan sangat lumpuh jika di bandingkan di tanah semaenanjung nun di sana. walau bagaimana pun, di yakini bahawa pemimpin seperti ini juga mengikuti isu yang di utarakan di laman-laman blog kota belud.

pengkhabaran berita bahawa DSSK di lantik Speaker Dun Sabah telah membuatkan ramai di kalangan penduduk merasa bahawa karier politikus ini semakin mendapat tempat di arena persada politik borneo mahu pun nusantara. pertabalan sebagai CM ketua menteri yang lalu telah membuka minda penduduk sabah khususnya di kota belud kerana pemimpin politikus seperti DSSK sebenarnya mempunyai "agenda" tersendiri dalam dunia politik di sabah. kerana itu juga pemimpin ini di sandarkan sebagai politikus yang licik dan bijak mencari peluang.

di sebalik pengertian maksud pertabalan jawatan sebagai speaker dun sabah ini, ramai penganalisa mendakwah langkah ini adalah sebagai tiket pengecualian untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. sumber mengatakan keberangkalian akan di turunkan calon baru daripada golongan pelapis yang di timbulkan di Dun usukan untuk mengantikan tempat dahulunya di mashurkan politikus licik ini kerana desas-desus arus politik kini memberi tafsiran bahawa DSSK akan kembali menapuk kepimpinan di Dun Usukan menjelang PRU13. namun semuanya adalah spekulasi politik yang belum pasti.

kerusi jawatan sebagai ketua menteri akan mula di kosongkan bila tarikh pilihan raya di umumkan oleh ahli lembaga UMNO akan datang. selain daripada mencalonkan diri untuk bertanding semula, DSSK juga mengimpikan jawatan kerusi no satu di sabah ini, namun ketidakcadangan najib oleh DSSK suatu ketika dahulu memberi impak besar kepada impian DSSK menduduki semula kerusi sebagai ketua menteri.

perjuangan politik DSSK di Kota Belud telah memberi keputusan sebahagian kepada penduduk di daerah ini untuk menidak kan kepimpinan beliau semula, dengan rekod yang tidak memuaskan penduduk terutama ketika mentadbir kota belud sangat di rasai oleh penduduk di daerah ini. pelbagai isu menyerang peribadi beliau kesan dari kebijaksanaan beliau ke arah pencaturan yang baik.

walau bagaimana pun, saya mengucapkan tahniah kepada DSSK dengan anugerah jawatan seterusnya mampu menyaingi rakan seperjuangan nya juga musuh di dalam dunia politikal iaitu DS Panglima Tan Sri Pandikar Amin Hj Mulia.

Saturday, January 8, 2011

ADAKAH KINI TIBA UNTUK KOTA BELUD TAMPIL BERSUARA

Sejarah peradaban dunia telah banyak membuktikan kemajuan dan kemunduran sesuatu kaum sebelum dan selepas menggiat dalam aroma dunia politik. sekecilnya negara atau kaum di sebuah negara tidak menunjukkan kelemahan pada nya akan tetapi kekuatan bangsa atau negara boleh di ukur melalui strategi politik nya yakni merangkumi strategi pertahanan, perekonomian dan pentadbiran.

berbeza pula di kota belud, yang bertahun di khianati hak asasi penduduk nya oleh para pemimpin budiman, namun penduduk masih juga di telaga usang yang takut dengan bayang-bayang tanpa bersuara menegak kan "hak" sebagai rakyat di daerah itu. masalah bekalan air kepada setiap pelusuk kampung di daerah itu masih di tapuk masalah lama tanpa mengkhabarkan berita yang ianya masih dalam proses penyelesaikan. masalah keperluan asas di kota belud telah membuatkan generasi muda berfikiran luas dan kehadapan demi menunaikan hak di pilihan raya kelak ke arah yang betul.

sejak pembubaran parti USNO di lakukan dan parti BN dari tanah melayu di bawa masuk di sabah khususnya di kota belud menampak kan kepimpinan dalam parti itu belum sampai ke tahap profesional dalam menangangi masalah rakyat apatah lagi mentabdir kota belud yang di kenali penduduk nya dalam serbah kekurangan insfratruktur mahu pun keperluan asas.

kini bergantung kepada penduduk di daerah kota belud yang juga di kenali sebagai daerah yang melahirkan pejuang dahulu juga selama nya. menentukan seorang pemimpin bukan lah perkara mudah namun ianya boleh di ukur ketika ia di beri peluang mentadbir daerah selama lima tahun lama nya. adakah ia benar berjuang demi rakyat atau demi kepentingan peribadi politik nya? semua nya nyata di depan mata. UMNO-BN adalah parti politik yang suatu ketika dahulu berjuang demi bangsa nya, namun kini pemimpin yang ada dalam parti yang telah merosak kan integriti parti itu kepada rakyat yang di perjuangkan hak nya.

tinjauan yang saya buat kebelakangan ini menampak kan hasil yang memberi jawapan tepat kepada rakyat yang selama ini di khianati hak nya sebagai rakyat. mereka mahu pemimpin baru yang berada di jalan benar untuk berjuang demi rakyat nya. pemimpin yang mengangkat sumpah bersama rakyat nya walau dalam ribut katrina yang melanda, itulah sebenarnya pemimpin yang berjiwa rakyat yamg di impikan.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.