Popular Posts

Thursday, July 28, 2011

WARKAH PERJUANGAN USNO YANG MESTI DI TERUSKAN

Salam perpaduan dan salam satu borneo datuk, datin, tuan, puan, encik, cik dan anak-anak muda lelaki, perempuan dari seluruh pelusuk sabah negeri tercinta. Warkah ini bukan ingin memporak-peranda kan asas perjuangan bangsa akan tetapi mencari titik penyatuan semula setelah kita sebagai rakyat yang mula alpa dan lalai dengan nama “perjuangan bangsa” di sabah.

Dalam era ini, semangat memperjuangkan parti USNO masih kukuh di kalangan ahli-ahli USNO dan mantan pemimpin-pemimpin juga rakyat yang sentiasa menyokong perjuangan murni ini supaya parti USNO di hidupkan semula. Usaha untuk mendaftarkan semula parti ini telah di lakukan kerap kali namun permohonan ini di dakwah di tolak mentah oleh pihak pendaftar pertubuhan Malaysia (ROS) tanpa mengemuka kan sebarang alasan munasabah.

Mengikuti sejarah penubuhan semula USNO yang telah banyak di usahakan oleh pelbagai pihak di sabah telah mendapat banyak tomahan dan tentangan oleh pihak tertentu, namun pelapis kepimpinan muda USNO dan ahli-ahli USNO yang lain terus berusaha dan mencari ikthiar bagaimana perjuangan bangsa ini kembali di tiup kan roh untuk bangkit semula membela bangsa di sabah. Namun seribu satu alasan dan dolak-dalik di lontarkan oleh ROS yang di dakwah cuba mengelak dan menghalang USNO di hidupkan semula oleh pelapis kepimpinan ini.

Cubaan juga oleh beberapa kumpulan pejuang bangsa sabah PBS USNO untuk menghidupkan semula parti kemerdekaan di sabah ini supaya mendapat tempat dalam arena politik di malaysia, namun semua nya gagal tidak terdaya dengan pelbagai alasan yang bertujuan melemahkan anggota parti ini dari berbuat sedemikian.

Apa yang saya mendapati daripada penghidupan semula parti ini adalah ketakutan perpecahan ahli-ahli UMNO sabah jika USNO di bangkit kan semula pada hari ini dan akan datang. Jika USNO mula berkuasa, maka akan merosakan agenda UMNO untuk terus berkuasa tanpa persaingan hebat parti yang ada di sabah. Teori ini lah yang akan menghalang sedaya upaya dalam pembangkitan semula USNO di sabah.

Konsep mematikan USNO selama-lama nya di terapkan supaya UMNO boleh berkuasa mutlak kepada negeri sabah dari pusat hingga ke akar umbi. UMNO tidak mahu berlaku perkongsian kuasa dengan parti yang ada di sabah. Parti PBS, LDP, PBRS dan UPKO telah di kawal seliah supaya tidak mencapai 50% dalam dewan undangan negeri Sabah.

Di sini saya memetik setiap usaha perjuangan ahli-ahli dan mantan pemimpin USNO yang di lakukan untuk menghidupkan semula USNO di sabah .

01) USNO Plus –1994

Gabungan USNO dan Kerajaan PBS–Pimpinan Datuk Askalani Abdul Rahim mula menghidupkan Semangat USNO pada 1994. (Semporna).

02) USNO BARU–Didaftarkan ke ROS 2002.
Gagasan Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh Penukarkan Nama Parti Bersekutu kepada USNO Dari (Semporna), Sabah.

03) USNO 2006 – Didaftarkan 2006
Pimpinan Saudara Perais Sherif Baba dari (Kota Belud), Sabah.

04) Mantan Ahli Usno–Dibentuk 2007
Pimpinan Datu Abdul Salam Bin Datu Harun dari (Kudat), Sabah05) Pertubuhan Bekas Ahli Usno Atau Ex-Usno diserahkan untuk didaftarkan pada 2008, Pimpinan Datu Badaruddin Bin Tun Datuk Sir Haji Mustapha Dari (Kota Kinabalu), Sabah.06) KELAB USNO SABAH (KUS) – Didaftarkan 2008Pimpinan Ridi Bin Alawangsa dan Haji Said Bin Hj. Senang dari (Sandakan dan Tawau), Sabah.07) PARTI USNO BARU – 2008Pimpinan Haji Musa Milip dan Mat Bee dari (Inanam,Telipok dan Tuaran) Sabah

Sumber : Media USNO

Sungguh memilukan dan menyayat hati ada di antara kita yang mempertikai, mencaci, dan menghina usaha untuk menghidupkan kembali USNO di sabah. Mereka mengatakan bahwa USNO tidak lagi releven kepada rakyat sabah, UMNO adalah parti yang telah menggantikan USNO dan memperjuangkan hak melayu dan bumiputera sabah. Apa yang saya cuba nyatakan, soal ketidak relevenan USNO baru di sabah seharus tidak timbul kerana UMNO juga pernah di haramkan oleh mahkamah sewaktu ketika dahulu, namun dengan usaha keras orang-orang melayu dahulu yang di pimpin oleh Tun Mahathir dan tengku razaliegh waktu itu, UMNO baru telah kembali bernafas untuk memperjuangkan bangsa melayu sehingga ke hari ini. Jadi apakah yang di labelkan sebagai ‘tidak releven’ dalam konteks perjuangan ahli-ahli dan ex USNO ini?

Adakah kita sebagai rakyat sabah harus melakukan sebagai mana sejarah HINDRAF yang telah memperolehi MAKKAL SAKTHI? Atau melakukan demonstrasi besar-besaran di pelusuk kota menuntut parti USNO di beri nafas baru di arena politik sabah khususnya dan negara amnya? Sedangkan parti ini tidak di kenakan sebarang tindakan undang-undang seperti mana UMNO yang di haramkan sewaktu ketika dahulu. Itu hanya kesilapan teknikal dan bukan perundangan mengkehendaki demikian. Namun dengan itu, UMNO dapat di bangkit kan semula, adakah kita tidak malu dengan dengan usaha yang di lakukan oleh orang-orang melayu terdahulu? Dan kenapa kita tidak mengambil ikhtibar daripada peristiwa UMNO yang di beri nafas baru itu?. Waktu itu tiada seorang pun orang melayu menceritakan keburukan apatah lagi tidak menyertai pakatan itu untuk menghidupkan UMNO kembali, dan akhirnya UMNO berkuasa semula dan membela bangsa nya, tapi kenapa pula ada di antara kita mempertikai, mencaci dan menghina usaha murni ini? Sebak hati rasanya melihat perkara ini berlaku. Di mana darah pejuang di curahkan ketika roh bangsa tersepit meminta di bangkit kan semula?

Apa yang sangat menyedihkan saya, adalah sindiran pihak tertentu yang menyatakan bahwa apa yang berlaku sekarang ini adalah atas kesilapan pemimpin sendiri yang tamak dan rakus serta hanya mementingkan keperibadian daripada bangsa nya. Ungkapan itu telah mengalirkan air mata generasi muda seperti saya. Namun setiap kesilapan itu mampu di perbetulan. Memang benar Tun Mustapha melakukan kesilapan besar membubarkan USNO suatu ketika dahulu bagi memberi laluan UMNO melebarkan sayap kepimpinan di sabah, tapi sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau telah mengakui kesilapan besar itu dan mula kembali memperjuangkan hak bangsa nya dengan menyertai PBS waktu itu. Beliau telah menampak kepada generasi pelapis muda kini untuk meneruskan perjuangan bangsa walau “manis di buang, pahit di telan”.

Kalau lah di katakan, pembubaran USNO adalah kehendak ahli-ahli nya, tapi adakah generasi muda sekarang ini tidak berhak menghidup dan menyambung semula perjuangan murni itu? Dan adakah kesilapan lampau pemimpin terdahulu tidak boleh di perbetulkan oleh pelapis USNO sekarang ini? Sedangkan, ahli UMNO telah memperbetulkan kesilapan pemimpin terdahulu sehingga ke tahap UMNO di haramkan dan hasilnya UMNO di bangkitkan semula sehingga ke hari ini.

Kepatuhan, kelembutan dan kesopanan budaya rakyat sabah dalam perjuangan telah di salah ertikan oleh sesetengah pihak yang menyatakan bahwa itu lah kelemahan bangsa yang ada di sabah, sebab itu ramai pihak mengambil kesempatan di dalam amalan murni itu. Justeru itu juga rakyat di sabah terus tertindas dalam pelbagai aspek. Cukup sedih rasa nya di perlaku sedemikian.

Mari lah kita mencontohi UMNO, mengambil ikhtibar dalam perjuangan UMNO, dan seterusnya memperjuangkan USNO untuk anak cucu yang mendatang. Nama seperti Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha, Perais Sharif Baba, Abdullah Sani Hj. Abdul Salleh, Ridi Alawangsa, Haji Musa Milip dan beberapa Mantan Yang berhormat USNO, AMT USNO serta Penaja-Penaja di Peringkat Parlimen, Peringkat Dun dan Peringkat Daerah Mengundi seluruh Sabah. (sumber media USNO) sebenarnya telah meninggalkan wadah perjuangan bangsa untuk kita teruskan. Dengan rasa bertanggungjawab dan bersatu padu, bangkitkan semula roh perjuangan bangsa untuk kesejahteraan anak bangsa akan datang. Pernah kah kita terfikir, siapakah yang akan dapat menjamin dan menjaga adat resam dan budaya bangsa kita dalam wadah perjuangan UMNO? Wal hal UMNO punyai arah tuju sendiri bagi menjaga hak orang-orang melayu dan mempertahankan orang-orang melayu seperti kata pepatah laksamana melayu hang Tuah “tak hilang melayu di dunia”. Adakah UMNO dapat mempertahan bangsa di sabah seperti peribahasa itu?

Warkah ini sebenarnya ingin membuka minda yang setia pada bangsa untuk kembali ke pangkal jalan asas perjuangan yang semakin lama semakin terkubur oleh nafsu yang rakus memperkayakan diri daripada kepentingan untuk mempertabat kembali maruah bangsa. Tidak di nafikan ramai di kalangan kita yang alpa, leka dan bertukar budaya perjuangan sepeninggalan USNO. Maka dengan itu, saya sebagai yang cintakan perjuangan bangsa kembali memperingatkan diri dan saudara saudari untuk istiqomah dalam perjuangan bangsa. Saya yakin dan percaya USNO adalah satu parti politik yang boleh menyatuhkan kembali bangsa seterusnya memelihara hak bumiputera di sabah selain PBS, SAPP, LDP, dan PBRS.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.