Popular Posts

Tuesday, September 21, 2010

KEMANA HALA TUJU PAGISA SELEPAS LAHIRNYA PERISA

PAGISA adalah pertubuhan Graduan Irranun yang di tubuh kan oleh para cendikiawan irranun sewaktu ketika dahulu. Namun timbul juga persoalan yang bermain di minda kemana PAGISA sekian lama menyepi tanpa sebarang berita? Kesian nya graduan irranun yang lelah mencari dengan siapakah mereka mengaduh dan menyumbang idea bagi generasi muda bangsa? Pengemudi PAGISA juga sekian lama mendiam diri tanpa aktitviti yang melibatkan graduan irranun menabur bakti, hanya setiausaha PAGISA sahaja yang berdiam menjalan aktiviti. Kenapa graduan irranun tidak di jejaki? Adakah dengan pengemudi, timbalan, setiausaha, bendahari, dan ajk-ajk yang lain telah menganggap kuat untuk menerus perjuangan bangsa sendiri?

Kini timbul wadah baru irranun (WBI) untuk menyuluhi kegelapan bangsa, saat ini juga PAGISA memaparkan setiap aktiviti, setiap permasalahan, setiap kelemahan dan sebagai nya.adakah ini akan mengubat luka bangsa yang sekian lama darah nya mengalir mencari penawar sengsara. Adakah perjuangan PAGISA akan berakhir di sini atau terus berjuang dalam kelam yang tidak seorang pun tahu tindak gerak catur perjuang, rintihan dan kemaslahatan yang mendatang? Walau bagaimana pun perjuangan PAGISA akan tersemat di jiwa selama lama.

KEMANA HALA TUJU PAGISA SELEPAS LAHIRNYA PERISA? Juga satu persoalan yang perlu di sinari chahaya jawapan pelangi oleh para celik ilmu dari suku irranun. Adakah status nya masih sama sebagaimana tahun-tahun yang lepas? Atau mula mengorak langkah membersih noda? Adakah juga PAGISA perlu di rombak ahli jawatankuasa nya untuk mula memperbaiki lampu chahaya jalan raya perjalanan nya? Walau bagaimana pun,harapan generasi muda, PAGISA perlu di terus kan walau pun lahirnya PERISA sebagai pertubuhan bangsa irranun yang baru.

Respone dari generasi muda irranun yang sempat saya rakam kan :-

  • Adakah kamu tahu bahawa irranun mempunyai persatuan graduan irranun dan adakah kamu mendaftar sebagai ahli persatuan?

- Saya tidak tahu pun irranun ada pertubuhan seperti itu, jika saya tahu, bukan setakat menyertai malah akan turut menyumbang semampu yang boleh. Kalau di lihat, generasi muda irranun, tidak sehaluan sekarang ini. Ada yang berpeluang ke menara gading, itu beruntung lah tapi kepada yg keputusan spm cukup makan dan tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, mereka buntuh dan putus asa. Akhir nya mereka hanya tinggal di kampung, sebahagian nya memilih untuk bekerja di kuala lumpur dengan alasan gaji besar dan DLL. Hakikatnya mereka pulang juga seperti dahulu tanpa perubahan. Sekurang kurang nya, kalau ada persatuan seumpama ini, mereka boleh mengutarakan masalah juga meminta pendapat dan dorongan untuk maju setapak kehadapan.

  • Pernah kah kamu menyertai sebarang aktiviti PAGISA?

- Kalau saya tidak tahu PAGISA adalah persatuan graduan irranun, mana mungkin saya mengikuti sebarang aktivti yang di anjurkan.

  • Sekarang kamu sudah habis belajar bukan. Adakah kamu sanggup menyertai PAGISA seterusnya berkorban masa, dan tenaga untuk bangsa.

- Why not..!! saya berdarah irranun, saya ingin bangsa saya maju seperti bangsa –bangsa yang lain. Jika sekarang ini saya telah bekerjaya, kenapa saya tidak membantu mereka-mereka ini. Pendek kata saya bersedia menyumbang untuk PAGISA juga BANGSA..!

Monday, September 20, 2010

CADANGAN LOGO PERSATUAN IRRANUN SABAH ATAU PERISA

1.Logo PERISA berbentuk bulat dan berwarna putih melambangkan bangsa dan persatuan berpegang teguh dengan ajaran islam. mempunyai 14 bulatan kecil dan di ketua oleh tiga (3) bulatan besar yang berwarna merah, kuning dan biru, bulatan besar melambangkan penyatuan Negara Malaysia sabah ,Sarawak dan semenanjung melayu. Empat belas (14) bulatan kecil melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak. Juga Menunjuk kan kekuatan bahawa persatuan ini mampu bersaing dengan persatuan yang wujud di setiap 13 buah negeri itu dalam isu kebangsaan. Di warnai tiga (3) jenis warna iaitu, merah, kuning biru. Warna kuning melambangkan di raja melayu nusantara walaupun hakikat nya negeri sabah tidak bersultan namun, bangsa nya masih bernaung dengan sultan sebagai ketua pemerintah Negara malaysia. Warna biru memberi makna perpaduan bangsa yang jitu di negeri sabah amnya dan khususnya kepada suku bangsa minority irranun di seluruh negeri sabah. Dan warna merah membawa makna keberanian memperjuang hak bangsa sewajarnya.

2.Di lingkari tiga jalur berwarna biru, kuning serta merah. Menandakan, setiap gerak persatuan terbatas dengan berlandas undang-undang dan syariat islam. Di dalam lingkaran merah menunjuk kan dua orang yang berpimpin tangan. Membawa makna ketua(pemimpin) kepada persatuan tidak merelakan bangsa(orang yang di pimpin) terpinggir dengan arus pembangunan, kemajuan mahu pun teknologi ict kini.

3.Tiga jalur kecil pada orang, melambangkan taat setia menjunjung amanah yang merangkumi tiga aspek agama, politik dan ekonomi. Taat setia tetap tersemat dalam jiwa sebagai bangsa yang bermaruah.

4.Keris yang di lekat pada perkataan I melambangkan keberanian bangsa suku irranun dalam setiap aspek kebangsaan dan kemasyarakatan. Taat menjunjung amanah yang di amanahkan oleh bangsa. Serta mampu mempertahan maruah bangsa daripada di cemar oleh anasir anasir datang tanpa di undang.

5.warna emas pada perkataan persatuan irranun sabah dan PERISA membawa makna kekayaan dengan budi bahasa, bakat kepimpinan dan taat setia.

walau macam mana pun ini hanya cadangan sy sebagai blogger yang menyokong kewujudan persatuan irranun sabah atau PERISA yang mengutarakan buah idea sebagai bangsa berdarah campuran irranun di kota belud. Juga membuktikan bahawa di luar sana masih lagi ada masyarakat yang menyokong persatuan ini. Kepada sesiapa yang mempunyai idea mengenai PERISA, di alu alukan bagi menguatkan lagi persatuan ini. Irranun akan terus terbela..!! terus kan perjuangan PERISA..!!

Sunday, September 19, 2010

PEMIMPIN UMNO KOTA BELUD PERLU “TRANSFORMASI”

Bahang PRU 13 semakin terasa dekatnya yang akan merubah setiap kekalahan menjadi kemenangan dan kemenangan menjadi kekalahan oleh para pemimpin di kota belud. Hakikatnya, semua bergantung dengan strategi pencaturan bijak oleh pemimpin yang mampu memenangi hati rakyat kota belud amnya dan khususnya di kawasan adun yang di wakili. Namun senarai calon yang bakal bertanding masih dalam penelitian para cendikiawan politik kota belud.

Pemimpin kota belud perlu mentransformasikan catur kepimpinan bagi mengekal kegagahan kuasa di hati rakyat untuk memenangi PRU akan datang. Pemimpin harus menerima hakikat transformasi teknologi di kota belud dengan rancak kewujudan laman-laman sesawang atau weblog untuk mengutara idea serta kritikan kepada pemimpin yang mahu menakluki minda rakyat dengan umpan politik, yang mendakwah membela nasib bangsa, menyelesai masalah bangsa, mengutara suara kecil bangsa ke pusat semasa kempen berbicara, hakikat nya, itu Cuma retorik politik semata bagi kepentingan politik peribadi. Dahulu nya, ramai yang bertandang ke kedai-kedai kopi untuk berbicara soal politik, namun dewasa ini, kebanyakkan masyarakat kini lebih memilih melontar idea serta kritikan dalam dunia cyber. Oleh yang demikian, pemimpin harus membuat satu “transformasi” kepimpinan bagi merelevenkan pengaruh yang sedia ada dalam isu cyber mahu pun segi luaran . Jika tidak, pihak pembangkang akan lebih memanfaatkan kelemahan pemimpin umno kini menjelang PRU nanti yang terbentang luas di alam cyber.

Jika dahulu nya pemimpin umno hanya menjanij banyak mehna kosong yang sentiasa di tagih oleh masyarakat, kini Kabul dan tunai kan janji bagi meraih sokongan penuh rakyat menjelang PRU nanti. Dunia semakin tua usia nya, manusia juga sentiasa tua fikiran nya, jika ianya di biarkan berlalu, tidak mustahil akan datang satu transformasi masyarakat memikir untuk berpaling tadah kepada pakatan rakyat kelak.

Para pemimpin umno dari suku irranun, bajau dan dusun telah membuka mata serta minda masyarakat kota belud yang telah menyokong penuh akan setiap perjuangan politik, akan tetapi balasan serta impak yang masyarakat perolehi hanya permata palsu yang di saluti debu, di janji pelbagai transformasi di setiap kampung namun 10 tahun telah berlalu, hanya sebahagian habuk debu pembangunan kelihatan menjelma di hadapan rakyat. Namun itu pun hanya segelintir pembaharuan yang masih belum ke tahap yang di bangga kan oleh masyarakat kota belud. Kini tiba masa untuk pemimpin mentransformasikan kan kepimpinan dengan memperbanyakkan aktiviti turun padang meninjau masalah rakyat yang memerlukan, menyelesaikan permasalahan yang masih membelenggu kehidupan rakyat serta membantu masyarakat untuk keluar dari kepompong kemiskinan tegar dengan pelbagai variasi bantuan yang sesuai dan perlu di lakukan.

Hangat nya cerita pakatan rakyat yang menjadikan kan pelbagai isu di kota belud telah mula tersebar luas, begitu juga kaum cina di kota belud yang mula cenderung ke pakatan rakyat yang mula menghidu bau busuk pencaturan politik kotor oleh pemimpin umno. Walaupun hakikat nya kaum cina hanya sekelumit di daerah kota belud namun peti undi membawa makna besar transformasi kepada mereka. jika mahu umno terus relevan di kota belud maka pemimpin umno harus menyusun strategi dengan bijak bagi menangangi situasi semua keberangkalian menjelang nanti.


penulisan berdasarkan kepada luahan seorang ahli umno kota belud.

Thursday, September 16, 2010

BENARKAH TSPA MERESTUI RHM

Dalam era dunia politik sememangnya sinonim dengan kewujudan dua kolompok penghulu dan pengikut yang saling berkepentingan di antara yang lain. Tidak ketinggalan, Senario politik di kota belud juga telah melahirkan satu puak pengikut berkonsepkan taat setia kepada pemimpin sebagai ketua. Namun, adakah ketua menjana restu di antara setiap pengikut untuk diberi ruang dan kesempatan bagi menjunjung titah amanah sebagai pemimpin ketua yang baru untuk melaksana sumpah amanah ketua terdahulu? Dan persoalan nya adakah benar TSPA merestui RHM?

Di daerah kota belud, RHM seorang pemuda dari suku irranun yang berkelulusan sarjana muda serta berpengalaman luas dalam bidang pendidikan mahu pun dalam dunia politik kota belud yang seharusnya di kaji dan di suluhi dengan chahaya wadah kepimpinan dari pemimpin terdahulu. RHM adalah pemuda irranun tunggal yang di beri mandat dalam politik kota belud untuk memegang jawatan sebagai AJK UMNO BAHAGIAN dalam biro pendidikan di daerah kota belud sekarang ini.

Hembusan tsunami politik telah mengkabarkan bahawa RHM dan TSPA sangat akrab bersahabat sejak kelahiran zaman USNO, AKAR dan UMNO kota belud sememang nya keakraban perjuangan politik mereka masih tetap gah perkasa walau tiupan badai katrina datang mengundang bencana.di setiap perjuangan TSPA dalam politik, RHM sanggup menawar diri membantu di setiap permasalahan yang kunjung tiba. Juga Keakraban telah terbukti bila mana, RHM telah menjadi salah seorang tetamu VIP ketika melawat TSPA yang terlantar sakit di IJN yang lalu. Namun adakah TSPA telah membuka ruang restu untuk RHM menjunjung amanah? Jika sebalik nya, adakah keakraban itu semata sebagai bahan pendusta atau perkara biasa?

Batas keakraban tidak terikat dengan TSPA, RHM di kata kan lebih rapat dan akrab dengan DHMHJ bila mana setiap detik perkembangan perjuangan DHMHJ telah menjadi satu kewajiban kepada beliau untuk tampil memberi sokongan penuh. Walhal TSPA bersama DSSK sewaktu ketika dahulu telah berusaha menidak kan kepimpinan DHMHJ di kota belud yang di istilah kan oleh ahli fikir politik sebagai “melempar batu ke sungai lalu sembunyikan tangan”. Sehingga sewaktu ketika TSPA dan DSSK telah melupa seketika persengketaan di antara mereka untuk memberi tekanan politik akibat pengguguran kouta mereka di kota belud sebagai adun dan parlimen sewaktu PRU 12 2008 dan seterusnya menubuhan kan USBO sebagai persatuan NGO yang di pimpin oleh DSSK sendiri dan TSPA sebagai timbalan untuk memberi tekanan kepada politik sabah khususnya dan amnya di kota belud yang di terajui oleh DHMHJ yang juga ketua UMNO bahagian ketika itu. Jika benar TSPA merestui RHM, maka secara langsung TSPA telah merestui DHMHJ sebagai ADUN N.6 TEMPASUK. Jika dengan alasan bahawa RHM harus memberi “red light” dalam persahabatan kepada DHMHJ untuk mendapat restu, adakah RHM akan berpaling tadah dengan alasan itu? Jika sebaliknya berlaku, kemana kah hala tuju politik RHM selepas itu?

Ramai di kalangan ahli fikir politik irranun memberi tafsir bahawa, RHM adalah salah seorang pelapis kepimpinan politik kepada TSPA. Namun adakah kenyataan itu di beri cop pengesahan laluan untuk mewarisi catur kepimipinan TSPA? Jika “ya” TSPA memberi “green light” kepada RHM, adakah karier politik nya tidak terjejas dengan kehadiran RHM sebagai pemimpin baru dalam suku irranun? Kemana hala tuju politk TSPA jika RHM di restui mewarisi kepimpinan?. Namun jika keberangkalian TSPA masih menidak kan RHM sebagai pelapis untuk mewarisi kepimpinan, maka bila ka TSPA akan melahirkan zuriat untuk menjadi pemimpin suku irranun selepas beliau?

Ketika isu hangat perpindahan RHM ke Sandakan, DHMHJ Nampak nya gagal mempertahankan ke akraban hubungan dengan tidak turut membantu dalam penahanan urus pindah jawatan RHM sebagai guru di salah sebuah sekolah di Sandakan waktu itu. Ramai penganalisa politik merasa curiga dengan di sebaliknya agenda perpindahan RHM ke Sandakan yang tidak di bantu oleh DHMHJ, sehingga di kabar kan berkemungkinan DHMHJ memanfaatkan situasi itu untuk menenggelamkan kan karier politik RHM. Dimana DHMHJ ketika RHM terkapar mencari siapakah akan membantu untuk penahanan urus pindah jawatan ke Sandakan? Dan siapakah yang telah membantu RHM untuk menepis arahan itu? Kini terbukti hubungan keakraban DHMHJ tidak lah setinggi mana kerna DHMHJ sanggup melihat hala tuju politik rakan seperjuangan luntur dan terkubur di Sandakan. Juga benar lah ungkapan penganalisa politik bahawa “politik itu zalim” yang tidak mengenal keluarga, mahu pun sahabat karib. Dan benarlah juga pepatah yang pernah di ungkapkan oleh TSPA dalam laman blog nya berbunyi “ jangan lempar batu jika tinggal di rumah kaca”.

Sunday, September 5, 2010

WARKAH PILU IRRANUN UNTUK TSPA SEBAGAI PENDEKAR BANGSA

Andai irranun punya chahaya terangi lah suku bangsa supaya laluan jelas terang dan bersulu demi memartabatkan jiwa politik bangsa di nusantara. Nyatakan lah hala tuju irranun untuk anak bangsa menjulang maruah bangsa, sulami lah kalbu bangsa dengan corak perintah memartabat bangsa supaya darah yang mengalir membentuk perwira bangsa yang berkorban demi memperjuangkan hak bangsa di nusantara. Di mana cahaya jika kegelapan mula menyelubungi wadah bangsa yang masih mencari siapa kah penyalur chahaya irranun untuk terus menerangi suku bangsa?

Namun setiap yang di katakan cahaya itu hakikat sebenarya membawa kepada kegelapan cuaca bangsa. Irranun terus megah dan gagah di persada politik nusantara jika pendekar chahaya terus bergelar penghulu sang suria. Tetapi chahaya irranun yang bersinar sewaktu dahulu telah bertukar rentak menjadi suram gelita dengan kelibat mendahului pangkat dan membelakang kan hala tuju bangsa. Siapkah kah lagi yang akan tampil berkorban masa, tenaga, ilmu dan pengaruh jika chahaya menjadi kekangan di sebalik menderang chahaya.

Bangsa buntuh dengan catur mainan sang suria untuk mengekal kuasa di daerah. Jatuh bangun bangsa mula jelas di mata melihat porak peranda yang menanti retak belah suku bangsa di daerah tumpah noda dan madah. Di mana sang suria jika bangsa tersungkur mengharap chahaya? Bangsa di kerumuni kegelapan lama tanpa chahaya yang datang memberi sinar terang yang membuka mata dan minda bangsa untuk terus teguh hadapi daki noda yang mula tersemat dalam jiwa perwira.

Kota janji yang dahulu membara membakar jiwa nurani bangsa telah menjadi debu tiupan sang angin tanpa dunia pusara yang nyata. Menabur mehna tanpa sempadan noktah menjanji suatu untuk bangsa namun hanya umpan semata demi kepentingan sang penguasa. Di mana sang suria ketika bangsa mula menagih mehna? Membela diri untuk bangsa hanya lah sinetron semata, tidak memberi makna kepada bangsa bahwa sang suria betapa untuk bangsa. Tidak ka sang suria bangga dengan bangsa yang tersungkur lalu bangkit menyedar belia bahwa perjuangan sang suria masih membela bangsa di nusantara. Tapi sayang nya jiwa belia tetap memberontak menepis bahwa sang suria betapa bukan kerna bangsa akan tetapi kerna harta pangkat durjana.

Bangsa menyeruh roh sang suria untuk balik membela bangsa yang mula tercemar dengan tipu hela dunia. Memimpin bangsa setia kehadapan untuk memperjuang maruah bangsa yang mula pudar luntur akibat terkena bara politik kotor di daerah. Sirami lah bangsa dengan air bunga untuk kembali dalam wadah irranun terus unggul di persada. Sedarkan yang terlena dan alpa untuk maju dan mara membela nusa. Kota kan janji memperjuang hak bangsa yang lama terkubur tanpa berpusara. Bangsa merayu memohon restu sang suria untuk kembali memimpin dan mencatur hala tuju bangsa yang mula porak peranda tanpa ketua. Bina wadah untuk bangsa tercinta bagi melahir golongan bangsa yang berakhlak mulia dan berbakti untuk bangsa agama, dan Negara.

Bangsa setia menerima kepulangan sang suria demi memperjuang hak bangsa bersama. Jangan beri tunjuk ajar mendakwah ramai pengkhianat bangsa yang bersembunyi di sebalik muka setia. Walhal itu sebagai penyedar sang suria yang mula alpa dengan pangkat sementara tanpa memikir nasib bangsa di daerah. Bangsa tetap memperjuang nasib bangsa jika sang suria masih tidak terjaga dari alpa Mungkin masa penentu segala. Bangsa akan menjulang hak sampai ketitisan darah pelita perwira bangsa yang mula marak menyambar sesiapa. Darah muda yang di warisi dari sang suria dapat menguat perjuangan kami sebagai bangsa yang di segani di persada politik nusantara.

Wednesday, September 1, 2010

SPESIS KATAK KECIL NYARING BERSUARA SEMASA KEMPEN

Baru-baru ini penyelidik (Indraneil Das dan Alexander Haas, Universiti Hamburg) menemui sejenis katak di Taman Nasional Kubah Sarawak yang terkecil di Asia, Africa dan Europa. Saiz katak - berwarna merah-dan-oren - ini cuma sebesar biji kacang Pis.

Katak ini ditemui bukan kerana mereka ternampak badannya dahulu tetapi terdengar suaranya yang unik berbanding dengan suara katak-katak yang lain yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.

Dalam konteks penemuan ini, "suara" nya yang nyaring [ jika dibandingkan dengan badannya yang amat kecil ] telah menyebabkan katak yang terkecil ini ditemui dan dikenal pasti spesisnya ( Microhylid ) yang kini diberikan nama Microhaylanepethicola.

Dalam konteks ini, murai menemui spesis katak ini semasa dekat nak pilihan raya yang sibuk bersuara, melontar kata-kata dusta, mempersenda kepercayaan masyarakat. Spesis ini sebenarnya sudah lama wujud dalam dunia politik, namun para pengkaji katak belum lagi menemui spesis ini yang tak sebesar mana pun tetapi besar menabur umpan mehna dan dusta kepada masyarakat. Baiki jalan, bantu yang miskin, selesaikan bekalan air bersih , perbaiki parit dan saliran, tambah baik kemudahan asas, suara-suara seperti ini selalu kedengaran bila dekat pilihan raya.

Ramai pengkaji memberi kenyataan , bahawa katak akan mengeluarkan bunyi bila mana hujan turun, namun spesis ini sangat istimewa kerna hujan, panas, sejuk, rebut atau bencana, ianya sentiasa mengeluarkan bunyi yang paling merdu dengan harapan sesiapa yang mendengar akan terpegun dan terpukau dengan manis dan merdunya suara dusta yang di keluarkan itu.

Namun zaman semakin canggih dengan pelbagai ilmu, spesis ini mula di kesan dan jika tidak benteras habis-habisan akan mendatangkan mudarat kepada yang mendengar. Jika di biarkan akan mendusta hak rakyat dengan kepentingan peribadi yang sampai akhir hayat pun tak kan puas dengan nikmat sementara itu. Itu lah katak microhaylanepethicola politik. Kalau tak dapat tunaikan kan jangan taburkan janji manis kepada rakyat. Jika tahu lautan luas untuk di renang, jangan cuba berenang dengan batang pisang kononya mendakwah kapal besar.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.