Popular Posts

Saturday, February 27, 2010

MOHON PENJELASAN DATUK MUSBAH


satu kejutan besar kepada penduduk kota belud yang membaca posting berjudul ‘musbah juara rakyat kota belud’ dari blog pipit pekepa, penulisan ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin BN khasnya kepada datuk musbah. Secara langsung ini akan menjatuhkan jati diri dan kepercayaan masyarakat kepada wakil rakyat. Datuk musbah adalah salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, setiap permasalahan rakyat, beliau sanggup turun padang untuk meninjau masalah itu, bukan itu sahaja beliau adalah perintis projek agropolitan di daerah kota belud sejak beliau menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri. kenapa blogger pipit pekepa mencabar kewibawaan wakil rakyat ini?

serangan peribadi kepada wakil rakyat kota belud oleh blogger pipit pekepa yang melontarkan satu penulisan berbentuk penghinaan kepada pemimpin yang bertubuh sasak ini adalah satu kesalahan besar, Jika kenyataan ini tidak di sokong oleh bukti kukuh, maka kenyataan ini adalah satu fitnah besar kepada datuk musbah haji jamli sebagai wakil rakyat dan pembantu menteri. kenyataan ini harus di di ambil serious oleh datuk musbah kerana ia melibatkan diri beliau dan kepimpinan di daerah kota belud.

“Musbah guna dua broker Cina penipu dari Sarawak, Jason dan Justine, kedua-duanya kawan Musbah dan selalu jumpa di pusat judi jackpot kerana dua orang broker ini kaki judi jackpot. Tugas Justin dan Jason ialah mencari kontraktor untuk memberi wang kepada Musbah!”.

Blogger pipit pekepa harus memikirkan baik buruk penulisan ini kerana, ini boleh di bawah ke muka pengadilan jika tidak mempunyai sebarang bukti, bukan bukti sekadar mendengar dan melihat sahaja. Jika kenyataan ini benar atau tidak, datuk musbah harus turun padang menjelaskan perkara yang membabitkan kepimpinan beliau.

“Kayanya Hj Musbah. Duitnya melimpah seperti banjir di kawasan Kingfisher itu. Rumahnya sebanyak 3 buah bersambung seperti rumah Raja Siam. Kereta bersusun kalah-kalah Sultan Perak.”

Bagi murai ini adalah satu bentuk serangan peribadi dan penghinaan secara terang terangan oleh blogger pipit pekepa, keberanian beliau memberi posting ini murai salut tapi bukan tujuan menghina semacam ini. Maruah dan jati diri datuk musbah sebagai pembantu menteri akan pudar dan hilang jika kenyataan ini berterusan. Pemimpin luar akan memandang serong terhadap beliau dan kepimpinan di kota belud, apatah lagi pemimpin pembangkang yang mula menyusun strategi politik mereka. Di harap datuk musbah tampil beri penjelasan sewajarnya bagi membetulkan keadaan ini.

MUSLI MOHON BETULKAN FAKTA


Dalam komen dan penjelasan sdr musli, beliau menyatakan bahawa ketika DS MA menjadi ketua menteri sabah, kadar kemiskinan telah meningkat sebanyak 23%, kenyataan itu benar akan tetapi itu adalah angka pada tahun 2004 bukan 2009/2010. Kadar angka kemiskinan sebenarnya ialah 16% pada tahun2009/2010. Ini adalah fakta terkini yang di keluarkan oleh jabatan kerajaan, dalam saluran media kerajaan TV1, berita jam 5 petang, hari rabu bersamaan 24hb/02/2010 telah menyiarkan pengumuman bantuan kemiskinan tegar oleh DS Musa Aman kepada rakyat miskin tegar bersama KKLW cawangan sabah, dalam temuramah bersama ketua menteri sabah itu, beliau telah mengumumkan kadar kemiskinan telah Berjaya di turunkan sebanyak 16% daripada 23% pada tahun 2004 yang lalu.

Sewaktu DSSK telah menjawat jawatan sebagai ketua menteri, kadar kemiskinan tegar adalah sebanyak 18% berbanding dengan kadar kemiskinan sebanyak 11% ketika datuk chong kah kiat menjadi ketua menteri sabah, namun angka 16% bukan lah satu angka yang di banggakan oleh rakyat sebaliknya kerajaan harus membenteras kemiskinan tegar dengan sebaik-baiknya bagi kesejahteraan rakyat.

Musli harus membetulkan fakta untuk memberi informasi yang lebih tepat, kerana fakta dan informasi yang kurang tepat akan mengelirukan rakyat, ini akan membawa prasangka yang negative kepada kerajaan dan seterusnya akan memcalarkan imej pemimpin BN tersebut. Musli oli adalah berlatarbelakangkan ekonomi, setiap fakta yang beliau keluarkan, lebih di percayai oleh rakyat berbanding yang lain, namun bukan semua fakta itu adalah tepat, beliau harus memberi fakta yang di sokong dan dapat di yakini akan kesahihan nya.

Wednesday, February 24, 2010

REALITI POLITIK KOTA BELUD

sistem politk di kota belud di katakan berantakan seperti beruk di bedil belacan, dalam dunia politik seseorang itu harus mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk menangkis sepak terajang politik musuh. Namun bukan semua pemimpin dapat menangkis dan mengelak dengan profesional setiap serangan musuh secara terang terangan mahu pun serangan hendap musuh.

Politik global selalu di kaitkan dengan “kuasa dan kepimpinan”, namun berbeza dengan ungkapan politik di kota belud, system politik di kaitkan dengan “kuasa dan wang”. Dalam politik kota belud dua perkataan ini sangat mempengaruhi gerak geri politik yang ada. Pemilihan calon tertentu sangat di pengaruhi kuasa dan wang, kepimpinan seseorang tidak di lihat secara menyeluruh, akibatnya hak rakyat tidak terbela dengan sewajarnya.

“pak turut” adalah istilah politik di kota belud sejak turun temurun, sebelum di lantik wakil rakyat, seseorang itu mesti mendengar dan menuruti segala kata dan perintah orang yang berkuasa, bagi meraih sokongan dan bantuan untuk melonjak kan nama dan kepimpinan di peringkat nasional. Adakah ketirisan ini di warisi oleh golongan muda masa kini?. “jajah dan perintah” adalah kunci minda untuk orang yang berkuasa, pengaruh minda akan lebih bertahan berabad abad lamanya dengan hanya bermodal kan kunci minda penjajah berbanding dengan undi simpati yang hangus di telan zaman.

Pemimpin muda di kota belud di katakan sukar untuk melepasi lingkaran api pemimpin veteran politik, jika ingin melepasi jurang api, harus lah memohon restu sebelum ke pentas politik. Ramai pemimpin muda hilang dan pudar kepimpinan nya dengan agenda restu dan di restui oleh pemimpin lama ini. Ada yang mati tapi tidak berpusara, dan ada yang hidup tapi sebagai bangkai bernyawa. Justeru kepimpinan muda di kota belud sukar dan lumpuh tanpa melepasi garisan restu para pemimpin. Kegiatan politik yang cantas mencantas bukan perkara yang luar biasa tapi ini adalah realiti politik di kota belud.

Kenapa dan mengapa politik sebegini lahir dalam keadaan yang memilukan di kota belud? kerna ini kah politik di kota belud dikatakan berkecamuk? Di mana kewarisan politik di perturun kan? Siapa kah pemimpin yang layak di restui pemimpin veteran? Adakah restu menjamin pemimpin mesra rakyat? Adakah pemimpin yang direstui menjadi “pak turut” kepada yang merestui? Persoalan demi persoalan di lontarkan kepada pemimpin lama tapi persoalan tetap menjadi persoalan dan misteri..

Saturday, February 20, 2010

SABAH MAJU RAKYAT MISKIN KATA MUSLI

Dalam penulisan murai berjudul DS MA bapa pembangunan bkn DSSK telah memberi Satu semangat baru kepada murai untuk terus berkarya, setiap komen para blogger akan memantapkan lagi hujah-hujah murai untuk memberi satu penulisan yang mantap kepada pembaca setia.

Pembangunan sabah boleh di banggakan oleh rakyat nya dengan pelbagai kemudahan telah di wujud kan untuk menjamin keselesaan, penggunaan dan seterusnya menarik pelancong asing untuk datang melawat di sabah khususnya. Pelbagai tempat telah di komersial dan di bangunkan antara nya tanjung simpang mengayau kudat yang telah lama bertapak di atas jasa dan pergorbanan bekas ketua menteri sabah chong kah kiat sewaktu ketika dahulu, sekarang telah menjadi satu mercu tanda baru bagi sabah selain gunung kinabalu dan pulau sipadan.

Namun dalam era pembangunan ini, sdr musli mempertikaikan pembangunan yang di buat oleh DS MA kerana, kerajaan lebih tertumpu dengan pembangunan, masalah kemiskinan terabai sehingga meningkat kepada 23% daripada 18% pada tahun 1994-1999. Bila jawatan ketua menteri di jawat oleh chong kah kiat waktu itu, kadar penurunan rate kemiskinan telah menurun sebanyak 11% ini menimbulkan persoalan kepada sdr ,musli. Sejauh mana kesahihan fakta hanya sdr musli tahu.

Apa guna sabah membangun kalau rakyat nya miskin kata musli dalam komen nya tempoh hari, ungkapan itu ada rasional nya jika di fikir dan di hayati, namun kemana dana kemiskinan yang di salurkan oleh kerajaan BN? Adakah setiap pembangunan yang di buat di ambil dari dana kemiskinan itu? Di manakah hak rakyat di salurkan?

Setiap pengumuman bajet Negara oleh PM, negeri sabah adalah salah satu negeri yang mendapat jumlah terbesar menerima peruntukan, tapi kenapa peruntukan itu tidak di nikmati oleh golongan yang memerlukan sedangkan masalah kemiskinan lebih di beri tumpuan oleh kerajaan BN sekarang. Kemiskinan bukan isu baru di sabah, sebelum BN menapuk kepimpinan di sabah lagi. Masalah ini telah wujud di kalangan rakyat. Justeru itu murai menyokong persoalan ini dengan penuh komitmen, di harap sdr musli mempunyai alasan dan sebab kenapa dan mengapa kadar kemiskinan ini di katakan meningkat dengan tinggi semasa DS MA memegang jawatan ketua menteri sabah sekarang, bukan setakat fakta yang boleh di putar belit oleh sesetengah pihak yang tidak bertangungjawab. Mungkin pembangunan yang di buat ini sangat-sangat di pengaruhi oleh kuasa politik sampai isu kemiskinan terabai atau pembangunan ini untuk kepentingan pihak yang tertentu sahaja?

Wednesday, February 17, 2010

MUSLI TIADA CIRI PEMIMPIN RAKYAT

Dalam penulisan murai.kb tempoh hari, menyaksikan sambutan yang begitu membanggakan walaupun ada yang berbidas pendapat antara penulis dan pengomen. Dalam penilitian murai, mengikut cara dan kaedah pengomen iaitu sdr musli, beliau sangat beremosional dalam memberi kritikan walaupun hakikatnya komen itu ada rasional nya.

Pada mulanya murai, menerima kritikan walaupan sedikit tiada persefahaman antara murai dan musli. Murai hanya melayan komen dan kritikan sdr musli berikan itu, tidak di nafikan komen sdr musli memang ada benarnya, dia mengatakan untuk membetulkan konsep ekonomi dan perbandinagn antara DSSK dan DS MA adalah tidak adil murai terimah dengan minda ceria, lagi pun murai hanya mencadang bukan untuk membuat faktah, menghina atau mengaibkan sesiapa, namun kritikan demi kritikan yang di lemparkan oleh musli, memberi 1001 persoalan kepada murai.kb, kerana itu hanya cadangan dan pandangan dari murai untuk membuka minda masyarakat siapakah yang lebih layak di gelar bapa pembangunan.

Namun murai.kb menerima tomahan itu sejujurnya, murai,kb menganggap itu adalah satu prosess kematangan jika terlibat dalam dunia blogger ini. Pada akhir komen sdr musli, murai agak terkilan kerana seorang yang bakal menjadi pemimpin melontarkan kata-kata kesat bodoh,bangang, itu bukan budaya melayu apatah lagi budaya orang kota belud sendiri, pada murai.kb itu bukan cirri seorang pemimpin yang professional kerana jika seseorang itu menjadi wakil rakyat, pelbagai masalah dan kritikan akan di hadapi sebagai pemimpin, namun jika sikap dan tabiat musli sebgini rupa, adakah dia layak di gelar pemimpin rakyat?

Ulasan yang murai.kb post kan tidak berbentuk serangan peribadi kerana sdr musli adalah murai kenali sejak 10tahun yang lalu,murai lansung tidak mempersoalkn kedudukan siapa musli, murai tidak mengaibkan beliau,murai hanya bertukar pandangan kepada beliau yang juga bekas penolong kanan DSSK suatu ketika dahulu itu, murai merasa beliau memang tidak layak di angkat sebagai wakil rakyat. Namun penulisan ini bukan untuk menjatuhkan beliau tapi ini adalah pendapat sejujurnya dari murai kepada masyarakat seterusnya kepada musli sendiri.

Musli oli sangat emosional jika di bandingkan dengan pemimpin yang lain, murai.kb sangat menghargai DSSK walaupan beliau di kritikan dengan dahsyat namun, beliau hanya menghadapi sebagai pemimpin yang berprofesional dan berkaliber. Bukan itu sahaja, TSPA juga kritik dengan hebat, tapi mereka hanya memberi respon yang positif, bukan komen yang keterlaluan seperti musli oli, adakah ini mempunyai ciri seorang pemimpin rakyat? Bagaimana menghadapi masalah rakyat jika perkara seperti ini di katakan serangan peribadi dan melontarkan maki hamun?

Murai berfikir sejenak, jika seseorang itu berbuat baik, masyarakat tidak sangat melihat perkara seumpama itu tapi jika seseorang yang selalu berbuat baik itu berbuat jahat walaupun sekali, sampai akhir hayatnya, masyarakat akan memngingati perkara itu, murai.kb tidak mengatakan musli berbuat jahat, tapi komen itu menunjukkan seseorang sebagai professional atau tidak. Bertauliah atau tidak, pandai berbicara atau tidak, baik budi atau tidak dan sebagainya.

Tuesday, February 16, 2010

BAKAT ANAK SABAH MULA DI IKTIRAF


Program reality television akademi fantasia ,mentor, etc,menyaksikan beberapa calon dari sabah telah tampil untuk mencuba nasib untuk menjadi artis terkemuka tanah air. Program seumpama itu dapat memberi satu penghormatan kepada anak sabah yang berbakat untuk maju dan menghakis bakat yang sedia ada itu.

Raja lawak astro musin baru ini, menyaksikan beberap peserta dari sabah juga turut terlibat menjadi peserta, ini membuktikan bakat anak sabah mula di kagumi penganjur program reality seumapama ini. Impian anak-anak sabah untuk menjadi artis seni tanah air menjadi cerah jika mengikut program seperti ini untuk menguji bakat yang lahir secara semula jadi.

Diharap anak sabah yang berbakat tampil untuk mengikuti program reality, ini bukan sahaja merealitikan impian anak sabah tapi juga dapat mengharumkan negeri sabah di persada seni Negara dan antarabangsa.

Thursday, February 11, 2010

DS MA BAPA PEMBANGUNAN BKN DSSK

Pembangunan di negeri sabah dapat di lihat atas dasar kepimpinan yang di terajui oleh ketua menteri sabah sekarang DS Musa Aman, pembangunan yang teratur dan tersusun ini menjadi simbolik kerajaan barisan nasional dalam menerajui politik di sabah.

DS Musa Aman, adalah bapa pembangunan di sabah, sejak beliau memegang jawatan sebagai ketua menteri sabah, pembagunan mula tumbuh seperti kulat tumbuh selepas hujan. walaupun pun beliau banyak di kaitan dengan masalah kewangan namun jasa dan pemikiran beliau untuk membangunkan sabah sangat di hargai.

DSSK yang di war warkan sebagai bapa pembagunan sebenarya, beliau belum layak mengikut pelgabai aspek yang di perincikan, melihat dari sudut daerah kota belud, beliau sendiri tidak berkemampuan untuk membangunkan daerah yang beliau pernah menjadi ahli parlimen suatu ketika dahulu.

kewujudan 1Borneo menjadi petanda negeri sabah selepas universiti malaysia sabah. suria sabah telah berjaya di siap bagi mengundang pelancong di luar kota mahu pun luar negara. jika jawatan ketua menteri akan kekal di pegang oleh DS Musa Aman pada PRU13 nanti, keberangkalian yang tinggi, bahwa negeri sabah di iktiraf sebagai sebuah negeri membeli bela di malaysia.

namun system politik membuatkan seseorang itu menjadi ibarat sebuah roda, kecekapan dan keakraban dengan pemimpin pusat adalah satu kaedah untuk terus kekal memegang jawatan seperti itu. politik memang di lahirkan untuk menjadi kuasa dan pengaruh untuk seseorang yang terlibat secara lansung dalam dunia kepolitikan ini.

-Murai.kb-

BINA STESEN KERETA PAIRIT


kesesakan lalu lintas bukan perkara baru di pekan kota belud, peruntukan demi peruntukan di umumkan namun masalah ini masih berlarutan. setiap pemandu menanggung tekanan perasaan marah ketika berada dalam kesesakan yang begitu kritikal, setiap keluhan yang di keluarkan tersirat 1001 makna dan kekesalan.

pemantauan murai.kb dengan masalah ini, mendapati, salah satu penyumbang kesesakan di pekan kota belud ini adalah kurang nya tempat letak kereta, selain itu tempat letak kereta yang tidak strategik. ini adalah penyebab kesesakan terlampau, ketidak sempurnaan kereta yang di letak kan akan melembabkan proses lalu lintas itu.

murai.kb tampil memberi pandangan, wajar kah MDKB membina satu tempat letak kereta khas bagi kenderaan pairit dari kampung ke pekan, dan dari pekan ke kk untuk mengurangkan masalah double park, parking di tempat yang di larang, dan sebagainya.

melihat keseluruhan pekan kota belud ini, murai.kb mendapati tiada tempat letak kereta khas bagi kenderaan pairit, jika di wujudkan keberangkalian masalah kesesakan dan parking kenderaan di tempat larangan dapat di kurangkan serta merta selain masalah jalan yang kurang sistematik.

selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, ini juga dapat memudahkan orang ramai mendapatkan kenderaan untuk pulang dan pergi dengan tidak bersusah payah mencari kereta yang memberi service tumpangan atau pairit. jika pandangan murai.kb ini wajar dan releven, apa salah untuk di fikirkan bersama bagi menjamin keselesaan umum.


Monday, February 8, 2010

JAWATAN KK/JKKK KAJI SEMULA

pada zaman penjajahan british di tanah melayu, system pendidikan ketika itu terhad kepada orang melayu kerana di pengaruhi oleh factor penjajah. Di sabah/ Sarawak turut di jajah oleh british, system pendidikan yang tehad membuatkan penduduk ketika itu di pengaruhi perasaan takut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Dalam suasana penjajahan, tidak ramai ibubapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk keluar ke sekolah. Kesan nya pada sekarang, ramai yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira dengan tepat, sesetengah tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa melayu apatah lagi dalam berbahasa English. Kelemahan pendidkan ini berlaku khususnya di sabah. Jauh nya sesuatu perkampungan itu di pusat Bandar akan menambah kan lagi kebantutan pendidikan..

System pemilihan jawatan ketua kampong dan jawatankuasa ketua kampong harus di kaji semula kerana pengambilan calon tidak mengambil kira gred pendidikan dan kelayakan seseorang itu, kesannya ramai di kalangan kk/jkkk tidak pandai membaca mahu pun menulis, ini menyumbang kekusutan dalam sesuatu pengurusan yang di lakukan. Selain itu, akan menjadikan sesuatu kampong menjadi lesuh layu tanpa pembangunan yang di buat, sedangkan ada peruntukan khas sebagai kk/jkkk untuk memajukan sesuatu kampong itu. Ini kerana kurang nya pengetahuan dalam aspek pengurusan.

Ketua kampong wajib menjaga kebajikan orang yang berada di bawah jagaan nya, namun jika perkara seperti ini tidak di ambil kira, nasib penduduk kampong tidak akan dapat di bela dan jika terdapat sebarang bantuan dari kerajaan kemungkinan tidak akan dapat di salurkan dengan baik. Selain itu, kampong akan menjadi usang tanpa kemudahan – kemudahan asas yang di sediakan. Bekalan air, pondok telefon, pili bomba, parit yang sempurna dan bermacam macam lagi tidak dapat di nikmati oleh penduduk kampong berkenaan.

Murai.kb berpandangan, sesi pemilihan apabila tamat kontrak jawatan ketua kampong dan jawatankuasa ketua kampong mesti melihat pelbagai aspek, jika perlu buat satu sesi temu duga untuk mencari calon yang selayaknya untuk mejamin kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

E-KASIH KB RUJUK

Ramai yang mengetahui sejauh mana kerancakkan pergolakkan dan pencaturan politik yang di susun atur oleh orang-orang tertentu demi untuk menjaga kepentingan individu atau pun kepentingan tertentu. Namun dalam kerancakkan itu, kerajaan BN telah merealisasikan bantuan kepada golongan tegar miskin di daerah ini.

Sumbangan berbentuk E-kasih itu adalah salah satu bentuk komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat nya di negarah ini. Perlu di tegaskan bantuan E kasih adalah untuk rakyat miskin dan yang layak untuk mendapat bantuan tersebut mengikut syarat dan peraturan yang di tetapkan oleh kerajaan. Pembancian tegar miskin di daerah ini juga telah di lakukan.

Senarai yang telah Berjaya mendapat bantuan E kasih telah di keluarkan namun, sangat mengecewakan sesetangah pihak kerana kebanyakan nama yang telah tersenarai sebenarnya tidak layak mendapat bantuan jika mengikut garis panduan yang telah di berikan.

Murai.kb telah merisik mengenai hal ini di pihak pengurusan, didapati nama yang tidak layak mendapat bantuan telah menggunakan kabel atau lebih di senangi sebagai orang dalam. Ini satu bentuk kezaliman yang nyata, orang miskin yang layak tetapi tidak tersenarai akan merasa hak mereka di tindas.

Oleh itu perlu di ingatkan, kajian harus di lakukan tehadap senarai yang di luluskan, pemantuan juga harus bergerak jika sekiranya nama yan g tersenarai agak mencurigakan. Pemantuan dari kampong ke kampong ini adalah langkah untuk menjaga hak orang miskin daripada di zalimi oleh orang tertentu, dan seterusnya bantuan kerajaan dapat di salur terus kepada golongang sasar atau berpendapatan rendah.

Friday, February 5, 2010

DMHJJ WACANA MINDA BELIA


Sejak datuk musbah di lantik sebagai ADUN N6 TEMPASUK komitmen nya sebagai ADUN dan wakil rakyat tidak dapat pertikai oleh pemimpin yang sedia ada, kemunculan nya memberi suntikan semangat baru kepada golongan belia. jika di bandingkan dengan pemimpin yang lain, DMHJJ jauh sekali berbeza kerana dengan keprihatin nya memukau hati rakyat kota belud khusus nya.

penulisan ini bukan sebagai pujian tapi ini adalah satu bentuk penghargaan untuk DHMJJ, namun tidak di nafikan bahawa kekurangan dalam pengurusan juga perlu di beri perhatian dan perlu di atasi sepenuh nya. generasi muda menjadikan DMHJJ sebagai pemangkin semangat baru belia untuk terus maju selangkah kehadapan bagi merealisasikan impian agama, bangsa dan negara.

jangan di salah anggap kerana, penulisan berbentuk penghargaan ini bukan satu bentuk ampuhan untuk DMHJJ, keprihatinan harus di beri penghargaan dan jika DMHJJ melakukan kesilapan dalam kepimpinan maka murai.kb tidak teragak agak juga memberi posting berbentuk kritikan dan teguran yang berhemah. pemimpin yang bijak perlu teguran dari orang yang di pimpin, bukan untuk menghina tapi untuk membina.

-murai.kb-

JEBAT ATAU TUAH


Hari, bulan, dan tahun sdr mukaris menyokong perjuangan politik TSPA, beliau berhemaps pulas demi mengangkat martabat perjuang politik suku iranun ini,beliau tidak mengharapkan apa-apa ketika itu, yang beliau ingin kan ialah bila TSPA menjadi pemimpin akan sedikit sebanyak membantu suku berani iranun ini, impian untuk melihat TSPA sebagai pembela bangsa iranun keseluruhan nya tidak kesampaian.

pahit manis perjuangan TSPA, sdr mukaris ketika itu turut merasa, keadaan dan situasinya demi harapan untuk melihat suku iranun di segani dan di hormati. boleh di katakan beliau akrab dengan perjuangan dengan TSPA, namun setiap peluh suci yang menitis bagi menaikan martabat pemimpin ini, akhir nya menjadi keruh dan berbau.

kini sdr mukaris berpatah arah, perjuangan TSPA tidak lagi di hiraukan, tersungkur bangun perjuang ini tidak lagi di sokong dan di dokong oleh sdr mukaris, mengapah perkara seumpama ini boleh terjadi? semua ini adalah luahan hati sdr mukaris sendiri. penulisan saya kali ini saya telah cuba sedaya upaya menapis keluhan ini. kini beliau mengelarkan diri sebagai JEBAT.

PENGLIPUR ATAU PENGHIBUR


Bila blogger mengatakan demikian bahawa politik di kota belud bercelaru, ramai yang menafikan nya pada hal kepincangan yang jelas dan nyata di lihat atas kepimpinan yang di terajui oleh para pemimpin di kota belud, walaupun ada yang sempat di sembunyikan namun anjing pengesan mampu menghidu bau busuk pada telah di simpan berbulan bulan lama nya.

blooger di kaitan dengan penglipur drama, penulisan yang dibuat tidak bersumberkan fakta yang betul, ini reaksi para pemimpin kita. mengapa dan kenapa perkara seumpama itu harus di sembunyikan? adakah untuk menjaga keperibadian masing-masing atau merawat luka UMNO di kota belud yang semakin hari semakin di gugat oleh jebat pejuang bangsa.

penulisan demi penulisan tentang politik di kota belud, bukan untuk menghibur atau untuk memburukan keadaan yang kecelaruan, tapi untuk mencari penyelasaian, satu idea yang di sumbangkan mungkin boleh menyelasaikan nya. satu kritikan mampu memberi motivasi untuk terus menjadi pemimpin yang kuat.

penglipur atau penghibur semua bergantung kepada penilaian individu, penulisan tentang kecelaruan politik di kota belud bukan nya outa tapi fakta yang di sembunyikan, rakyat tidak dapat melihat dengan jelas keadaan dan suasana sebenar politik di kota belud, kebangkitan blogger tidak harus di persoalkan oleh mana-mana pihak, perlu di beri penjelasan bangkitnya blogger bukan mengeruhkan keadaan tapi mencari penyelesaian, saya yakin para pemimpin tidak akan duduk semeja bagi membincangkan permasalahan yang berlaku ini.

Thursday, February 4, 2010

POLITIK BUKAN GULA GULA

Sesiapa yang melibat kan diri dalam dunia politik, secara lansung setiap gerak geri di perhati dari hujung kaki ke hujung hujung rambut, kerana politik adalah sinonim dengan kuasa, pangkat dan wang. semua itu adalah alat asas untuk berpolitik bagi menjadi seorang pemimpin yang di sanjung. jika terlibat dalam dunia kepolitikan ini, seseorang hendak menanam sifat sebagai seorang pemimpin yang telus dalam memikul tanggungjawab.

politik tidak bersifat sebagai gula gula yang habis manisnya ditelan dan dibuang jika puas dan muak dengan rasanya. melibatkan diri dalam politik mesti mampu berani menerima kritikan dan teguran dari penyokong atau pun orang yang di pimpin. mudah melenting adalah bukan sifat seorang pemimpin yang tabah.

di daerah kota belud, ada pemimpin yang menerima kritikan dan teguran, ada yang cepat melenting kerana ego yang tidak bertempat, ada pemimpin yang berbulu ayam. itu semua nya adalah kelemahan dalam kepimpinan sebagai manusia biasa. pengkritik juga harus berasas bagi tidak menyinggung hati pemimpin ini, teguran yang berhemah adalah kunci kekalnya perhubungan antara insan.


MARKAS PKR KB GUGAT UMNO


Pembinaan Markas baru PKR di kota belud berhadapan dengan bangunan pasar besar kota belud di katakan bakal mengugat kewibawaan kepimpinan UMNO KB menjelang PRU13 nanti, pergerakan PKR di susun atur dengan bijak, tertubuhnya markas ini akan merancakan lagi senario politik di daerah kota belud.

pelbagai tafsiran bila PRU13 menjelang nanti, parti perikatan rakyat ini kononnya akan membuat satu kejutan besar buat daerah kota belud, menyelami kegagalan DMHJJ di kg TAMAU pada pilihan raya yang lalu, menguatkan lagi andaian para penganalisis politik di kota belud.

TSPA dikatakan akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua speaker dewan rakyat parlimen dan akan bertanding pada PRU13 atas tiket parti bebas. tafsiran ini mendapat sokongan para penganalisis politik terutama blogger KM. PKR pada umum nya tidak lah sehebat UMNO yang sudah lama bertapak di kota belud sejak zaman tun mustapah lagi yang dahulu nya di kenali sebagai USNO.

Kini PKR mecipta sebuah markas bagi meraih pengaruh dan kepercayaan penduduk di sini, kehebatan penyokong PKR di semanjung tidak dapat di pertikai kan lagi, pengaruh kepimpinan DS ANWAR akan di perturunkan di daerah untuk mendapat sokongan yang hebat, walaupun hakikat nya UMNO di KB lebih kuat berbanding dengan parti lain.

perbezaan rakyat dahulu dan sekarang adalah ILMU. kerana ilmu rakyat mengenalpasti kecurangan dalam politik, dan kerana ilmu juga rakyat di angkat martabat nya. kini rakyat percaya bukan lah wakil rakyat yang memberi perubahan pada sesuatu daerah itu tapi rakyat lah yang memandu perubahan itu. pemimpin harus sedar kuasa dan pengaruha mereka diatas dokongan dari rakyat. Murai.KB.

FELIX AGUS KEMANA?


Akademi Fantasia 3 melibatkan beberapa peserta dari sabah, antara nya marsha berasal dari tamparuli, dan felix agus berasal dari kota belud, selepas tamat pengajian mereka di akademi fantasia, media sibuk untuk mencari artis kota belud ini untuk di jadikan isu dalam majalah, surat khabar mahupun dunia internet.

kebelakang ini, felix jarang lagi mucul di kaca TV apa lagi dalam majalah, artis kota belud harus di beri penghormatan dan anugerah khas, kerana sempat mempromosikan daerah kota belud di persada seni di negara ini. oleh itu felix agus layak untuk mendapat anugerah khas seperti itu.

UMNO KB BETUL KAH CELARU


Pelbagai tomahan yang di lempar kan kepada kepimpinan di kota belud, mereka mengatakan kepimpinan di kota belud hanya untuk kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat sewajarnya. tomahan seperti itu sering di dengari daripada golongan muda yakni sebagai pemerhati muda senario politik di daerah ini.

ada yang mengatakan sebagai golongan muda hendaklah patuh dan hormat kepada pemimpin yang sedia ada, kerana mereka ini ada tunggak dan hulubalang kota belud,segelintir juga mengatakan pemimpin yang memelihara periuk nasi diri dan keluarga nya tidak pantas untuk kekal dalam dunia politik khusus nya di kota belud.

UMNO KB di katakan bercelaru kerana tiada tunggak asas rumpun bangsa yang di jadikan pegangan dan pautan pemimpin untuk terus memimpin tiga suku bangsa ini, USBO tertubuh bukan untuk penyelesaian suku bangsa tapi di jadikan batu loncatan orang tertentu, kenapa dan mengapa USBO tertubu mesti di kaji semula, kerana kepimpinan dalam persatuan NGO ini di lihat menyimpang jauh dari tujuan asal.

golongan baru terlalu muak dengan permainan politik di kota belud untuk meraih simpati kepada masyarakat, PRU13 akan muncul, pelbagai strategi yang di pasang untuk memancing undi rakyat. Dalam kecelaruan politik kb, tidak di nafikan ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan, manusia seperti ini di anggap sebagai tidak berhati perut.

(relevan atau tidak UMNO KB celaru, saya menantikan respone blogger kelapa mawar)

Wednesday, February 3, 2010

AKHLAK REMAJA SALAH SIAPA?


Banyak benda dan perkara yang dapat di kaitkan dengan remaja atau nama glamour nya generasi belia, banyak cogan kata yang menimbulkan keghairahan remaja untuk menjadi belia yang berwawasan, namun dalam dunia yang semakin moden, ramai di kalangan remaja yang melibatkan diri dalam jenayah, bukan itu sahaja, BUDAYA BARAT di agung-agung kan oleh golongan ini. salah siapa?

dalam negara yang pesat membangun, remaja kini lebih advance untuk mendapat semua kemahuan tanap mengenalpasti yang halal dan haram di sisi syarak. pergaulan yang tidak terbatas sangat menyumbang kadar jenayah, bukan itu sahaja remaja di kaitkan dengan budaya samseng dan rempit jalanan. salah siapa?

negara khusus nya malaysia perlu ada pelapis kepimpinan yang berkaliber, namun jika remaja awal nya di jajah oleh sifat mazmumah seperti ini, adakah negara bakal mendapat bakal pelapis kepimpinan? salah siapa?

luas nya menerangkan keseluruhan negara malaysia, saya mengambil skop kecil di kota belud, meninjau keadaan di pekan, suasana di penuhi dengan remaja yang berkeliaran dengan gaya yang menjijikan kesucian permandangan mata. mereka seperti tiada hala tuju dalam semua aspek, pergaulan yang begitu rapat menimbulakn perasaan prasangka antara pihak. salah siapa?

ibu bapa berperanan penting untuk mengawal dan menyelidik kegiatan di luar pengetahuan mereka, kerana ini akan menjejas kan imej keluarga khusus nya dan am nya bagi daerah kota belud sendiri, pertubuhan belia harus di wujudkan bagi membendung segala aktivti yang kurang sihat. renungkan untuk generasi belia kota belud.

BLOGGER KB PERLU FAKTA



Dalam dunia yang semakin canggih, ramai yang telah memanfaatkan kecanggihan dalam semua aspek terutama dalam dunia blog, tak kira di semanjung malaysia mahupun di sabah dan sarawak. rasa nya tak perlu cerita di semanjung kerana di sabah sahaja khususnya daerah kota belud yang juga di kenali sebagai pekan koboi, blogger sangat aktif dan memaparkan penulisan yang hangat dan terkini.

blogger yang ramai mempunyai isu yang banyak, ada yang menulis tanpa di pengaruhi emosi, menganalisis gerak geri kepolitikan dan ketirisan kepimpinan yang diwarisi dengan keturunan yang di pengaruhi keturunan dan suku bangsa. ramai blogger yang menentang kepimpinan semacam ini, kerana mereka berpendapat bahwa sesiapa sahaja layak menjadi seorang pemimpin jika melengkapi dan membatasi kecurangan di dalam menjiwai kepimpinan.

justeru itu, saya menyeruh roh penulisan para blogger kb semua supaya, memberi komen dan reaksi yang positif terhadap setiap permasalahan yang di hadapi, dengan kerjasama yang wujud antara blogger kb, nescaya masalah di tanggani dengan baik dan kreatif.

di dalam keaktifan para blogger kb ini, ada yang mengambil kesempatan untuk menyerang peribadi seseorang bagi melepaskan rasa ketidakpuashatian kepada seseorang, jika hal sebegini berlarutan maka institusi persahabatan antara kaum akan menjadi layu dan lesuh.

setiap penulisan yang di paparkan harus di pertanggungjawabkan, bukan di jadikan bebanan dan tangunggan kepada seseorang, mungkin kerana penulisan yang di paparkan mengaibkan peribadi seseorang mahu pun keluarga dan sahabat handai beliau, kerana itu, penulisan perlu lah telus dan berfaktah bukan gosip dan emosi yang di paparkan.

Tuesday, February 2, 2010

SEKOLAH RENDAH UGAMA MERABAU


Ketika melawat kampung merabau yang heboh dengan penangkapan sang buaya, saya sempat melintasi jalan short cut ke kampung itu menusuri jalan jawi jawi ke kampung kota bungan seterusnya ke kampung merabau, saya merasa sedih bila mana sekolah agama merabau tidak di naik taraf kan sebagai sekolah sekolah kebangsaan yang sedia ada, sebagai contoh sekolah rendah kampung tamau yang tidak jauh dari situ.(sy tdk sempat ambil gmbr di sebabkan keadaan sdh masuk waktu maghrib)

menurut penduduk disitu yang merupakan bekas pelajar sekolah agama juga, sekolah ini tertubuh sebelum beliau lahir lagi, kini beliau berusia 37tahun, bermakna sekolah agama merabau ini berpuluh tahun sudah, namun tiada penyelenggaraan yang dibuat apat tah lagi peruntukan berupa insfratruktur bagi kemudahan pelajar2 yang belajar dan guru2 yang mengajar.

saya di fahamkan sekolah ini di bawah jheis, tak kan tiada peruntukan yang di mohon, di harap datuk musbah sebagai DUN N6 tempasuk, dapat memberi sokongan penuh untuk menaik tarafkan sekolah rendah ugama merabau ini.

ROSLAN HAJI MANSHOR DI BEDAH


Haji manshor kelihatan muncul di hujung pasar besar ikan pada jam10 pagi tadi, saya mengambil kesempatan untuk menanya khabar sdr roslan, menurut nya sdr roslan telah di bedah kerana ada sedikit ketumbuhan. beliau tidak menceritakan secara detail akan keadaan sdr roslan, namun saya beranggapan dan berdoa semoga sdr roslan akan sihat sedia kala dan meneruskan karier nya sebagai cikgu dan ahli politik..

mohon semua blogger mendoakan kesihatan beliau.

PONDOK POLIS WAJAR ADA


Wujudnya pondok polis di setiap kampung dapat mengawal jenayah kecurian yanh semakin berluasa kebelakangan ini, kegiatan mencuri itu di katakan di lakukan pada waktu malam ketika semua orang berehat melelapkan mata, suasana yang gelap tanpa tiang lampu itu, pencuri merasa dapat mengaburkan mata penduduk kampung dengan perbuatan yang keji mereka itu, laporan demi laporan di buat di balai polis, namun aktiviti keji itu masih tidak terkawal walau pihak polis telah melakukan rondaan sekitar jam 10malam.

kampung yang sering berlaku kecurian ialah kampung merabau, kampung pintasan, kampung nanamun dan rampayan laut. se elok dan sewajarnya kampung yang sering berlakunya jenayah curi hendaklah membina pondok polis bagi membendung gejala curi yang semakin menjadi jadi, selain itu, penduduk kampung juga merasa selamat kerana ada nya penguatkuasa yang tinggal di kampung itu. di harap cadangan ini di ambil perhatian bagi kesejahteraan penduduk kampung.

Monday, February 1, 2010

MINI JETI KG TAMAU


Kampung tamau tidak asing lagi di daaerah kota belud, projek yang di salurkan di kampong itu semua nya kelihatn sempurna dan memuaskan, namun satu projek yang di anggarkan berjumlah RM5000 berupa mini jeti di kampong ini mengecewakan saya yang juga sebagai kontraktor, tempat yang tidak strategic dan perbinaan yang kurang memuaskan, saya sempat meninjau pembinaan jeti yang di bina beberapa bulan yang lalu, menurut khabar penduduk sekitar kampong itu, mereka tidak berpuas hati kerana jeti itu hanya sekadar jeti usang sahaja kerana penduduk di situ mendakwa mereka tidak dapat menggunakan atas factor air pasang dan surut sungai itu tidak sempurna pengaliran nya,

Mini jeti itu dikata kan hanya milik peribadi tertentu sahaja, banyak persoalan yang timbul, antaranya mengapa projek peribadi seumpama ini boleh di luluskan, sedangkan banyak lagi projek yang boleh membangunkan penduduk di situ dan bukan nya projek hak milik sendirian berhad.

Sesuatu projek harus mempunyai lokasi yang strategic untuk keselesaan dan kesenangan para pengguna terutama nelayan yang sering ke laut menangkap ikan. Projek ini mensti di pantau oleh pihak berwajib untuk kesejahteraan penduduk kampong itu.

SIAPA KAH KELAPA MAWAR?


walaupun saya sebagai blogger baru kota belud, namun setiap gerak geri isu yang hangat di perkatakan saya tidak ketinggalan, dari isu dongeng nya hingga cerita politik nya. kemunculan sdri KM tidak harus di persoalkan oleh blogger lain kerana sdri KM adalah pejuang bangsa politik di dearah KB, setiap posting yang di keluarkan saya mengikuti dengan bersemangat dan teruja kerana isu yang begitu menusuk perit kelencongan kegagalan kepimpinan yang di terajui oleh pemimpin KB.

KM merungkai semua permasalahan yang disebalik kepimpinan yang tidak telus, saya dengan ikhlas menyokong sdri KM untuk membuka mata penduduk KB yang selama ini di pergunakan di atas kepentingan peribadi tertentu.

isu KM heboh di setiap pelusuk daerah KB, ada yang mengaku KM adalah orang upahan datuk musbah dan ada juga yang mengakui bahwa sdri KM ini beliau kenali, namun saya yakin KM tidak gentar memberi kebenaran yang telus kepada penduduk KB. namun jika boleh kalau di izin kan, sdri KM di beri penghormatan khas sebagai blogger KB yang aktif dan telus.

BUAYA DI KOTA BELUD


kira kira 9.30 pagi tadi, orang kampung telah di kejut kan dengan penangkapan seekor buaya di sekitar sungai kampung merbau, penangkapan itu di lakukan ole penduduk setelah mereka melihat buaya itu menaiki tebing sungai. buaya itu berjaya di tangkap dan di kurung sehingga pihak yang berwajid datang untuk tindakan seterusnya.

buaya ini di kait kan oleh penduduk di situ dengan banjir yang baru baru ini melanda daerah kota belud. kemungkinan, buaya ini mencari tempat berlindung akibat di hanyutkan air banjir. namun tiada sebarang kecederaan yang di laporkan. hanya tindakan waspada di lakukan oleh penduduk sekitar kampung itu.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.