Kawasan kota belud sangat memerlukan bekalan air untuk ke seluruh kawasan perkampungan yang ada. Saban hari demi hari, peraliran usia masa semakin laju dan singkat namun permasalahan bekalan air bersih masih dalam kondisi yang lama. Wakil rakyat sebagai pemimpin di kota belud banyak kali menyatakan masalah utama kenapa dan mengapa masalah ini membelenggu penduduk di sekitar kota belud. Ada yang menyatakan di laman-laman blog, juga mengambil kesempatan memberi ucapan dalam majlis-majlis yang diadahkan. Namun langkah mengatasi dan pemulihan terhadap masalah ini belum menunjukkan akan terselesai sehingga menjelangnya pilihan raya umum ke 13 nanti.
Kenapa pemimpin politik durjana tidak melangsaikan keperluan rakyat yang bertahun di suarakan? Adakah pemimpin menjadi pekak dan buta apabila duduk di kerusi empuk parlimen atau dewan undangan? Sungguh biadap pemimpin seumpama ini yang tidak tahu mengenal malu apabila masalah utama di kawasan yang di wakili masih dalam keadaan yang sama seperti sebelum ia mewakili. Siapa mereka untuk di agung-agungkan kepimpinan nya? Bagi golongan muda seperti saya, sangat meluat dengan perangai pemimpin seperti kambing berlagak sebagai singa. Pilihan raya umum 13 telah terasa bahangnya, buntut pemimpin juga semakin panas tidak keruan. Tabiat mengampu undi mula di praktiskan dengan tekun di setiap majlis yang di hadiri. Mendakwah kunun nya kerajaan prihatin, hakikit nya kerajaan sememangnya prihatin terhadap rakyat nya akan tetapi pemimpin yang ada yang merosak kan kprihatinan kerajaan kepada rakyat nya.
Sekarang pilihan ada di tangan anak muda yang bijaksana untuk memilih siapa pemimpin yang benar dan telus, jika di peringkat IPTA/IPTS dahulu nya, ramai profesor menasihatkan, ambik dan tapis maklumat yang di keluarkan, oleh itu, sekarang, gunakan kemahiran menapis pemimpin seumpama ini untuk kesejahteraan semua. Golongan muda tidak seharusnya terpengaruh dengan janji manis politik pemimpin, apatah lagi terpedaya dengan layanan mesra juga yang menjanjikan kan pembangunan di kawasan masing-masing. Kerajaan senantiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat nya tapi bukan semua pemimpin kerajaan yang memberikan yang terbaik kepada rakyat pimpinan nya, sebagai contoh masalah bekalan air di kota belud yang masih mengikat penduduk setelah janji di lontarkan sebelum ia di angkat menjadi pemimpin.
Golongan muda kini punyai prinsip dan objective yang jelas dan terang dalam semua bidang, sebahagian golongan muda berumur 21thn yang layak berdaftar undi, masih dalam keadaan terumbang-ambing haluan dalam politik, tapi golongan ini masih mempunyai timbang akal untuk memperseimbangkan keadaan baik dan yang tidak baik. Siapa pemimpin di kota belud yang mengambil berat terhadap golongan ini? Sehingga kini, masih belum ada pemimpin menyelami jiwa sebenar setiap golongan ini yang sebahagian nya duduk-duduk di tepi jalan, berbual bicara di bustop-bustop yang ada. Walhal golongan ini punyai ‘hak’ untuk memilih siapa berhak memimpin mereka ketika habis pilihan raya.
Aduhai anak muda..bebas kan minda dari fahaman asing durjana..ubah style pemikiran kearah pemikiran yang berwawasan..