Popular Posts

Sunday, March 10, 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA, PENGAJARAN APA KEPADA RAKYAT SABAH

Dalam dunia penyiasatan sesuatu 'jenayah' itu bermula dengan 'motif''. Dengan motif tindakan akan dilakukan dan kemudian barulah 'kesan' kepada motif dan tindakan itu akan terserlah. Pencerobohan warga asing di Lahad Datu dan Semporna beberapa minggu lepas adalah satu tindakan 'jenayah' yang cukup serius. Bermula dari 'menceroboh' kawasan wilayah Sabah dan Malaysia yang kemudiannya dengan membawa 'senjata' walaupun bukan tujuan untuk melakukan jenayah, masih juga diklasifikasikan sebagai menganggu kententeraman awam, menakutkan penduduk apatah lagi memang bermotifkan mahu 'memiliki' kawasan yang dikehendaki.

Walaupun pada awalnya media di negara ini melabelkan sekumpulan warga asing yang menceroboh itu sebagai tentera kesultanan sulu, namun pada hemat saya, mereka bukanlah tentera sultan Sulu yang bersemayam atas takhta sebagai ":SULTAN". Seseorang Sultan adalah berperanan sebagai 'pelindung' kepada rakyat yang diperintahnya ,bukan sebagai "JENERAL" perang yang menjadikan pengikutnya sebagai 'kambing hitam' untuk mencapai cita-cita peribadinya.

Pencerobohan telah berlaku dan motif juga telah terserlah. Mahu membuat tuntutan kepada wilayah pantai timur Sabah, merangkumi Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Semporna. Sebab kepada 'motif' itu ialah kerana ketidakcukupan kepada "wang saguhati' kerajaan Malaysia kepada waris kesultanan Sulu yang dikatakan hanya RM5300 setahun.Jadi meja rundingan untuk menambahnilai wang saguhati atau ada juga yang kata sebagai wang sewaaan itu tidak diambil kira terlebih dahulu. Tindakan ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan diambil terlebih dahulu, walaupun pada hakikatnya mereka ini adalah seagama dengan kita, yakni beragama Islam.

Tuntutan ke atas wilayah pantai timur Sabah ini ada kait dengan fakta sejarah lampau. Namun bukan itu yang kita bicarakan kerana biarlah ahli sejarah yang bijak membicarakannya dari sudut kebenaran dan ketulusan sejarah itu sendiri. Apa yang berlaku kepada Lahad datu Dan Semporna, seharusnya dijadikan sebagai pengajaran yang cukup berharga.

Rakyat Sabah tahu dan semua pun tahu bahawa tindakan politik sangat mempengaruhi sehingga berlakunya pencerobohan ini. daripada sejarah pemberian IC kepada PATI, kemudian kelewaan mengawal pesisir pantai negara, merebak kepada memandang enteng kepada ancaman keselamatan dan kedaulatan negara, akhirnya kita terjebak dalam perang dengan pengganas yang mahu mengambil kesempatan keatas kelembutan kerajaan kita.

Justeru itu apapun sebab dan tindakan yang berlaku, sebagai rakyat Sabah, ia mengetuk pintu hati kita untuk terus menangisi tindakan lampau yang diambil pemimin kita sehingga berlangsungnya drama penuh tragik dan berdarah ini.Malah sikap segelintir warga Sabah yang turut memberikan 'ruang' kepada 'mereka' ini dengan rasa belas kasihan, akhirnya memakan diri dan kedaulatan negara. Sikap suka mengambil pekerja murah serta buruh kasar dalam dunia perladangan dan juga dunia binaan membuatkan warga yang tidak tahu bersyukur ini sebaliknya mula 'berani' melakukan tindakan kekerasan untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

Mari kita bermuhasabah diri dan pemikiran kita, dengan meletakkan kesalahan tidak semua kepada kerjaan tetapi terpikul pada pundak bersama. Sikap dan pendekatan kita selama ini, sehingga ada yang sanggup memberikan peluang dan kawasan kediaman kepada warga 'penyu' ini. Bukankah itu juga menjadi sebab berlakunya lambakan PATI di negeri kita. Jika nasi sudah menjadi bubur, bolehkah bubur akan kembali menjadi nasi semula? Anda fikirlah.!

http://kelapamawar.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-di-lahad-datu-dan-semporna.html

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.