Popular Posts

Monday, August 30, 2010

SANG KANCIL DAN SANG POLITIK KOTA BELUD


Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil.
Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.
"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.

Murai terfikir macam mana pemimpin mempunyai ego yang sangat besar sehinggakan menafikan segala kemungkinan. Pemimpin seperti ini sangat berani menidak kan pepatah melayu yang berbunyi “ hidup ibarat roda yang berpusing” . pemimpin ini menganggap bahawa dia akan kekal, walhal ramai di kalangan pengikutnya berpaling tadah. Itu lah jiawa pemimpin kita yang susah di tegur, terus melinting dengan bangga. Selagi politik punyai kuasa, selagi itu pengaruh saya releven kata nya.

Ramai yang mengaku sebenarnya pemimpin di kota belud, walhal diri sendiri belum terpimpin, masalah air tidak terselesai, sapi/lembu bertaburan, sampah bersepah sana sini, penyatuan porak peranda, banyak wang kebocoran dan sebagainya, itu antara sebenarnya kesan pemimpin yang tidak terpimpin. Generasi muda menolak secara keras pemimpin seperti ini. Usia, pengalaman, pendidikan dll. bukan lah batu ukur untuk melantik pemimpin akan tetapi perkara pokok bagaimana ianya membela rakyat nya. Ciri tersebut yang perlu di tekan kan, walaupun ilmu sebesar gunung kinabalu, kalau tidak di aplikasikan akan menjadi debu juga.

Generasi sekarang lebih banyak berpeluang menimbah seberapa ilmu berbanding dahulu. Jangan cuba perlekehkan kewibawaan generasi muda yang di labelkan sebagai “budak mentah” dan golongan veteran di labelkan sebagai “dahulu makan garam”. Walhal dua golongan ini saling memerlukan. Negara memerlukan generasi sekarang yang cemerlang untuk memimpin negera di masa akan datang. tidak sebenarnya kita mendengar golongan terdahulu bakal menerajui kepimpinan Negara di masa akan datang.

Saturday, August 28, 2010

UNDI MASYARAKAT DI SIA-SIA KAN OLEH PEMIMPIN DIKTATOR

rumah yang di lengkapi bekala air bermeter dan perkhidmatan telefon


jalan yang baik tanpa tampal dan lubang-lubang


kabel telefon rumah sepanjang jalan kampung



saliran bekalan air bersih ke rumah sekitar nya



Sekarang lupakan seketika tenang penyatuan bangsa, mari lihat betapa indah nya corak pembangunan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin kota belud khususnya di ADUN USUKAN dan ADUN TEMPASUK berbanding di kedamaian sana. Ini lah beza pemimpin yang berketurunan bajau dan irranun yang di agung-agung kan oleh beberapa pihak yang juga berkepentingan.

Try tengok adun di kedamaian yang berbangsa dusun lebih menjaga kebajikan masyarakat nya berbanding pemimpin kita. Murai tidak mengulas banyak kerana ada yang menimbulkan provokasi nanti. Murai mahu tunjuk kan perbezaan kepada pembangunan yang di buat oleh pemimpin-pemimpin kesayangan kita.

TSPA berketurunan irranun, beliau Berjaya sehingga ke tahap sekarang ini yang boleh di katakan kejayaan yang beliau kecapi di atas usaha sendiri. tapi apa sumbangan beliau terhadap BANGSA IRRANUN? Kebajikan tidak teratur, penyatuan porak peranda masing-masing dengan ideology sendiri. semua nya mengaku pemimpin. Bagi murai beliau Berjaya di peringkat nasional tapi beliau gagal untuk mendidik, dan membangun kan bangsa nya sendiri. tiada guna kelulusan undang-undang kalau bangsa sendiri tidak terbela.

Begitu juga DSSK yang juga pengerusi USBO. Apa yang beliau buat untuk masyaarkat kota belud. Masalah bekalan air bersih ini zaman beliau jadi ketua menteri lagi tidak pernah di selesai kan. Apa guna berjawatan bertaraf menteri jika perkara tentang masalah kebajikan masyarakat kota belud pun tidak boleh di selesaikan.

Paparan ini sebenarnya sudah sekian lama terpendam, kerna tidak tahan melihat dan mengharungi kehidupan yang tidak bersumberkan bekalan air bersih maka paparan kali ini keluar untuk membuka mata masyarakat kota belud yang selama ini menyokong pemimpin-pemimpin ini. Murai tidak akan mengundi pemimpin yang mempersia-siakan ‘HAK” rakyat selama ini.

Thursday, August 26, 2010

7 JUTA PENGUNDI MUDA PENENTU KEMENANGAN BN


Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih ‘duduk atas pagar’ mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.

Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.

Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.

“Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang,” menurut hasil kajian itu.

Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.

“Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa,” kata Abu Hassan.

Menurutnya, generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

Bagi Khaw Veon Szu, Pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia ‘atas pagar’ seperti dilaporkan oleh Mahkamah Pemuda BN.

“Saya percaya pengundi muda ‘atas pagar’ sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus,” katanya.

“Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.

“Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang,” katanya.

Veon Szu berkata, pembangkang mempunyai sedikit ‘simpanan tetap’ dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada ‘simpanan tetap’ mereka.

Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.

Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.

Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.

“Anda tidak perlu menjalankan satu kajian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan – pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap,” kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.

Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.

Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.

“Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rombakan dan maklum balasnya adalah baik.

“Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20-an dan 30-an,” katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor ‘tolakan’ dari BN dan bukan faktor ‘tarikan’ oleh pembangkang.

“Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka,” katanya.

Oleh itu, Siew Fook berkata, pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendaftaran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.

Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr. Ong Kian Ming berkata, Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mengetengahkan dasar untuk mereka.

“Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.

Kian Ming berkata, golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatan sokongan golongan muda kepada BN.

‘‘Pada PRU 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN, khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun,’’ katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini.



palingberani-Bernama


ulasan : politik adalah kuasa,.kuasa adalah politik,..itulah ungkapan blogger kelapa mawar..untuk ungkapan murai..yang lama harus di singkirkan, yang baru menanti harapan..murai tidak tahan melihat nasib masyarakat di kota belud yang sekali lagi terabai dengan janji-janji politik palsu..tidak rugi sebenarnya jika pemimpin menjaga kebajikan rakyatnya, kerna itu adalah aset penting untuk karier politik nya..

Sunday, August 22, 2010

TERSIRAT RESOLUSI “WADAH BARU” IRRANUN

Ramai yang membahas tentang penubuhan “wadah baru irranun” sebagai satu “virus computer” yang akan memusing putarkan kesatuan suku irranun dengan wadah itu. Kritikan di lontarkan ibarat “ cendawan tumbuh selepas hujan” yang mengecam penglipur wadah baru itu sebagai satu agen perpecahan. Murai bukan mengiyakan atau menidakkan kebenaran bidasan itu setelah di perhalusi dengan pelbagai aspek, murai mendapati kajian harus di jalankan.

Sebagai generasi muda di kota belud, murai terasa terpanggil bagi menyumbang beberapa idea untuk tujuan kaedah penyatuan. Isu pnyatuan seharusnya di perhalusi dengan sehalus-halus nya bagi merangkumi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, agama, social, dll. Dan bukan nya wadah tersebut di wujudkan sebagai bersifat tergesa-gesa tanpa mengambil kira semua aspek yang ada. Elemen penyatuan mesti di kaji dan di beri kepentingan bagi melahirkan satu generasi kesatuan yang jitu.

Ahli fikir, golongan terpelajar, pemimpin, dan sebagainya, mungkin telah terlepas pandang bahawa konsep ekonomi dalam setiap penyatuan adalah satu elemen penting bagi mengukuhkan sesuatu penyatuan itu. Melihat, mendengar serta memperhalusi perjumpaan ahli dan para pemimpin mengenai isu penyatuan suku irranun yang lalu, telah menggamit naluri golongan muda seperti murai untuk mengetengahkan cadangan bagi memberi ruang fikir untuk memikir dan merenung kembali beberapa perkara yang perlu di kira.

Masyarakat cina mempunyai banyak kesatuan akan tetapi penyatuan mereka terhadap setiap persatuan tetap utuh kerna kedudukan ekonomi yang mantap yang mampu menjaga hubungan sesama mereka dengan baik. Secara peribadi, murai merasa terkilan dengan idea yang tercetus untuk menubuhkan “wadah baru irranun” yang di politik kan. Jangan jadikan isu TSPA dengan penyatuan ini jika ia tidak terlibat secara langsung dalam persatuan itu kerna TSPA adalah orang yang terlibat dalam dunia politik, ideology nya adalah politik, kesatuan nya adalah politik. Namun bagi penyelarasan pandangan dan teguran jika ia harus di kemuka kan kepada TSPA untuk kebaikan,maka kemuka kan mungkin itu adalah yang terbaik untuk persatuan.

Penubuhan persatuan jangan di politik kan hanya kerana semata-mata untuk kepentingan politik peribadi. Akan sebaliknya, persatuan yang bertujuan untuk menyatupadukan suku irranun seharusnya di dahulukan penyatuan dari segi penyatuan ekonomi, kerna kukuh nya sesebuah ekonomi akan menjana sesuatu penyatuan. Murai bukan nya terlalu pakar dengan dunia ekonomi, walau bagaimana pun,ramai di kalangan suku irranun yang terpelajar dalam berbagai bidang dan kepakaran, kenapa hal ekonomi seumpama ini tidak suarakan untuk penyatuan? Kenapa ideology politik irranun pula yang mendapat tempat untuk di satukan, walhal irranun dikenali sebagai “tapawal” dan susah untuk di satukan. banyak kaedah dan cara bagi menambahbaik kan sistem ekonomi irranun. antara nya penubuhan satu pasar kraf tangan hasil daripada kepakaran suku irranun.

Ini lah yang di katakan oleh TSPA dalam blog nya, adakah wadah baru itu bertindak sebagai virus computer yang mampu merosakn system filing?. Murai juga berhujah, jika ianya di biarkan adakah virus yang merosakkan system filing itu tidak tercetus dan wujud sehingga tidak mampu di hapuskan oleh pelbagai jenis antivirus?. Pelbagai kecaman yang dibuat oleh pelbagai pihak yang tahu bercakap kosong dan tahu mengritik. Walhal adakah sebelum tercetus nya idea penubuhan “wadah baru irranun” mereka-mereka ini tampil membincangkan masalah yang telah lama bernanah busuk. Kenapa selama ini hanya membuta tuli dengan isu gimik penyatuan bangsa irranun jika benar mahu menyatupadukan suku irranun? Kenapa baru bersuara untuk konon nya membela penyatuan irranun ini daripada retak akibat wadah baru itu?. Siapa kita untuk menghalang jika penyatuan itu benar dapat membuka minda masyarakat irranun untuk kearah penyatuan akan datang. Seharusnya kita bersyukur dengan golongan ahli fikir semacam ini yang masih memperdulikan kan arah tuju bangsa irranun.

Ramai di luar sana yang peka dengan isu ini menabur hujah, bahawa “wadah baru irranun” ini tidak mendapat tentangan kepada mereka jika ianya tidak di politik kan. Banyak nya sesuatu persatuan tidak lah mengakibatkan perpecahan malah mewujudkan kan impak pertukaran idea antara persatuan. Kesan positif ini sebenarnya dapat memberi ruang kepada ahli fikir irranun untuk kearah penyatuan yang lebih baik.

Walaupun tidak di nafikan bahawa, keterlibatan generasi muda tidak terserlah, adakah salah itu di letak kan kepada generasi itu atau kepada golongan veteran? Lihat sahaja perjumpaan ahli dan pemimpin irranun yang lalu, berapa ramai generasi muda yang hadir bagi menghulur sumbangan idea? Di mana generasi muda bila golongan veteran tersungkur jatuh dengan isu bangsa? Kenapa pinggirkan generasi muda kini dalam keterbabitan untuk membangunkan ekonomi dan politik suku irranun? Sedangkan ramai di kalangan mereka yang terpelajar, mungkin perkembangan idea dapat di corak dengan pelbagai warna jika generasi muda di ambil kira. Buang ego yang menganggap generasi muda adalah “budak mentah” yang tidak tahu asam garam penyatuan mahu pun politik. Walhal golongan muda kini lah yang dapat banyak mengetahui, menafsir, dan melaksana pelbagai bidang yang wujud.


* sdr razak rangkuman, almudin kaida, jabar khan, musram rangkuman, roslan hj manshor, asli bukaria, dan para blogger, kelapa mawar dan kekanda PA'MIN serta yang hadir dalam perjumpaan itu, di jemput untuk memberi komen dan pandangan anda semua tentang persoalan yang di paparan.

Friday, August 20, 2010

APA TINDAKAN PEMIMPIN KEPADA KEBAJIKAN RAKYAT

Zaman teknologi yang semakin maju, bukan lah zaman seperti dahulu, rakyat hanya mampu mendiam kan diri melihat karena dan alasan yang di lemparkan oleh para pemimpin kota belud. Di taburkan wang sejumlah, mulut menjadi kakuh, itu adalah tabiat rakyat terdahulu tapi kini masyarakat lebih memilih untuk membela bukan untuk di bela dengan wang ringgit yang menunggu masa di habiskan nilai nya.

Pemimpin sentiasa memaparkan pelbagai kenyataan mengikut individu yang berlainan perspektif politik dalam menangangi pelbagai isu. Kata orang “ banyak cakap, tindakan kurang”. Sesuatu yang memilukan hati rakyat yang mengharap benar suatu perubahan akan terlaksana. Sentimen ini bukan lah perkara baru yang mula di rasai oleh masyarakat malah telah lama bersemadi di pusara kepimpinan para tokoh agung politik kota belud.

Gejala turun padang oleh pemimpin hanya terlaksana bila mana masyarakat telah mengalami bencana, setelah itu kprihatinan mula di tunjuk dengan sejumlah derma, sebakul pakaian, sekampit beras dan sebagainya. Walhal sebelum menimpa apa tindakan pemimpin kepada rakyat? Isu kebajikan rakyat bukan ringan untuk di ketepikan, seharusnya ia di jaga bagi melangsaikan amanah sebagai wakil rakyat.

Masyarakat sememangnya tidak meletak kan sepenuhnya haluan kehidupan mereka atau mengemis simpati kepada pemimpin, akan tetapi masyarakat mahu hak sebagai rakyat dari pihak kerajaan bagi menjana pendapatan, mengukuh kan ekonomi kehidupan, melayari bahtera kehidupan dengan sesempurna kehidupan. “ mengharap” bukan lah budaya masyarakat kota belud kini, mereka boleh berdiri tanpa kaki dari kerajaan, namun di mana “HAK” mereka yang selama ini menyokong, malah ada yang saggup menggadai masa dan tenaga bagi mendokong gagasan kerajaan sehingga parti UMNO tak lapuk di bawah bayu.

Bukan tujuan murai mempertikai tindakan pemimpin terhadap kebajikan rakyat, dan bukan juga tujuan murai memperkecil keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan rakyat, akan tetapi murai memaparkan satu penulisan yang bebas bagi menampak kan kepada pemimpin bahawa generasi kini lebih peka dan teliti dengan kegiatan pemimpin terhadap wacana masyarakat yang daif. Justeru, rakyat kini ingin perubahan dalam kepimpinan yang di terajui sebelum ajal parti tiba di pilihan raya-pilihan raya umum akan datang. Firasat murai, “UMNO KOTA BELUD” tidak akan lama bertapak di pekan koboi jika gejala ini terus terusan memberi tekanan kepada masyarakat untuk membuka ruang minda berfikir untuk beralih arah dalam pentadbiran politik yang diktator. Oleh itu, Jangan semat dalam jiwa kayu belian akan tahan lebih sepuluh tahun jika ia terdedah dengan panas, hujan, rebut dan bencana.

Sunday, August 15, 2010

BENARKAH IDEALISME POLITIK IRRANUN SUSAH DI SATUKAN

Pada 7 ogos yang lalu menyaksikan satu pertemuanyang di adakan oleh para pemimpin irranun dahulu dan sekarang untuk menyelami masalah sebenar politik irranun yang semakin luntur di pentas politik kota belud mahu pun di peringkat nasional. Perbincangan yang terancang itu telah di hadiri oleh para pemimpin dengan jaya walaupun isu kelapa mawar sebenarnya masih berlegar di ruang persoalan minda.

Irranun perlu “wadah baru” satu pencapaian akal telah di lontarkan oleh seorang tokoh politik irranun yang begitu komitmen dengan arah tuju politik irranun di daerah kota belud. Sejauh mana wadah baru itu di praktik kan oleh para tetamu yang meluangkan masa untu hadir? Tidak sampai sebulan pun pertemuan itu berlalu, perjumpaan kedua telah di adakan yang berlangsung pada petang kemarin seterusnya membuka ruang untuk melantik beberapa pengerusi, tim pengerusi, bendahari, setiausaha, ajk dan sebagainya. Ini menunjukan satu pencapaian yang positif kepada para pemimpin untuk melihat politik irranun terus relevan di kota belud dan di peringkat global.

Ramai yang memberi hujah selepas pertemuan itu yang mengatakan sejauh mana gerak tindak yang akan membawa perubahan kepada system politik irranun, walhal setiap yang hadir mempunyai agenda tersendiri bagi kepentingan politik peribadi. Begitu juga yang tidak hadir, memberi alasan bahawa politik irranun akan sentiasa bermasalah jika penghulu nya masih lagi tidak memandang serius penyatuan politik suku minority itu.penyatuan ini bukan sahaja memartabatkan suku bangsa irranun malah ini akan memulihkan masalah yang selama ini membelenggu masyarakat irranun khususnya.

Hakikat nya, idealisme politik seseorang bukan nya senang untuk di pengaruhi jika isu yang di bawa langsung tidak memberi impak positif kepada karier politik nya. Itu lah sebenarnya politik kota belud yang sekian lama mengalir dalam tubuh jiwa seorang pemimpin di kota belud yang mahu melihat politik di cemari dengan noda kepentingan peribadi.

Saturday, August 14, 2010

PEMIMPIN POLITIK PILIH DIAM BUKAN PILIHAN BIJAK

Saban hari saban bulan, bermacam penulisan di paparkan di ruang sesawang blog, penulisan yang berbentuk cadangan, komen, dan kritikan lansung memberi seribu satu persoalan kemana para pemimpin untuk membahas isu yang di ketengahkan oleh para blogger?

Memilih untuk mendiam kan diri adakah pilihan bijak dan selamat untuk membolosi setiap isu yang di paparkan oleh pengkritik politik tanah air? Tokoh politik semacam menggangap paparan di laman blog adalah suatu musibah yang tidak berasas kepada kempimpinan yang di terajui nya. Kebenaran di katakan spekulasi dan provokasi, walhal realiti dunia politik sendiri penuh dengan provokasi yang bukan sahaja sistem politik di kota belud malah meliputi politik arus perdana Negara.

Kenapa harus mendiam kan diri jika isu yang di paparkan adalah kebenaran rakyat untuk mohon di bela? Kenapa harus diam kan jiwa jika rakyat mula menanggih janji? Kenapa bila masyarakat terasa terancam dengan bencana, baru kelibat langkah pemimpin mulai di rasai? Malah ada yang sanggup membiar menutup mata bencana yang menimpa rakyat. Ini kah pemimipin kota belud yang sewaktu ketika dahulu berkempen untuk membela rakyat?

Masyarakat dahulu berbeda dengan dengan masyarakat sekarang yang ingin perubahan dan perkembangan dalam melayari setiap kehidupan. Kemudahan asas masih di buntuhi? Kesempurnaan jalan raya masih mengugat keselesaan rakyat kini? Walhal ini tahun 2010 bukan 30 tahun yang lalu. Kenapa penyelesaian permasalahan masih belum di rasai? Satu tempoh yang sangat lama kepada masyarakat kota belud untuk menanti kelengkapan kemudahan asas.

Kemanakah pemimpin-pemimpin ini jika terdengar tangisan rakyat yang menanggih simpati? Masyarakat bukan nya hendak kan pangkat atau darjat, yang masyarakat hendak kan keselesaan dalam mengharungi arus onak kehidupan di pelusuk kampung. Apakah jawabpan masyarkat kini jika generasi akan datang menanyakan soalan seperti ini? Adakah masyarakat akan menjawab : “ pemimpin kita tiada guna, pentingkan diri sendiri, kalau masa mengundi nanti jangan undi pemimpin ini, biar kita hidup seada nya, setiap undi akan membawa kesenangan kepada pemimpin yang tidak bertanggunjawab ini”. Apakah dosa rakyat sehingga keperluan terasa di sekat. Kemanak “HAK” rakyat di salurkan?

Contohi lah pemimpin seperti umar al khatab di zaman sahabat yang prihatin dengan kebajikan rakyat nya, bukan mengikut jejak langkah raja firaun yang menzalimi rakyat nya.

Friday, August 13, 2010

KELAPA MAWAR SEMAKIN DI KENALPASTI

Sebentar tadi murai, sempat berkongsi idea berkenaan isu “siapa penulis kelapa mawar”dengan rakan seperjuangan dalam politik sebelum solat jumaat di masjid bandaraya kota kinabalu. Beliau memberi respon yang agak ‘logical’ bahawa penulis blog kelapa mawar adalah seorang ahli politik di kota belud, Alasan nya penulisan yang di paparkan oleh kelapa mawar adalah melibatkan dalam dan luar senario politik di daerah kota belud.

Gerak catur pemimpin seperti DSSK, TSPA, dan DMHJ adalah dalam kawal seliah nya yang membuat tokoh politik ini tertanya-tanya siapa kah kelapa mawar?. Persoalan itu semakin panas bila mana satu pertemuan pemimpin irranun di catur dengan baik oleh penulis blog itu. Sdr razak sempat meluangkan masa menelefon murai untuk menanyakan siapa pengendali blog itu? Namun murai sedikit confious bila mana pengendali blog kelapa mawar di kaitkan dengan roslan hj manshor (R.H.M). di situ ada kewajaran nya kerana murai berpendapat hanya R.H.M sahaja yang mempunyai kelebihan di mata para pemimpin ini.

Dalam penganalisisan yang di buat, pengendali blog itu sememangnya seorang ahli politik yang bijaksana. Setiap penulisan nya dapat menggamit para pembaca dan blogger lain untuk meninggalkan secebis komen dalam paparan nya itu. Walau bagaimana pun murai tidak menafikan bahawa kelapa mawar adalah R.H.M kerna setiap penulisan melibatkan analisa dan fakta politik kota belud.

Kelapa mawar boleh di kaitkan dengan sdr R.H.M, MO, MUSRAM, KIBIN, dan sdr AMINI, kerna hanya mereka sahaja mencapai ranking terbanyak laman blog di hasilkan dengan bermacam karakter. Siapa kelapa mawar masih belum di ketahui tapi akan dapat di kenalpasti akan datang.

Thursday, August 12, 2010

IDRIS BAKAL JEJAK KEPIMPINAN TSPA

Ramai yang telah menjangkau tindak tanduk politik TSPA kebelangkang ini yang mula mencorak kembali warna pentas politik nya di daerah kota belud. Setiap gerak dan tindak nya di perhati oleh penganalisa politik mahu pun ahli politik yang lain. Kecekapan dan kepintaran nya dalam berpolitik sudah menjadi tabiat politik beliau, kerana itu juga TSPA di katakan jaguh bangsa irranun di awal zaman.

Dalam generasi kini dan mendatang, sememangnya tidak nafikan akan lahir segolongan pewaris yang menjejak langkah setiap pemimpin terdahulu yang akan membela bangsa mahupun membela politik peribadi sendiri. Setiap yang ketua mesti ada pengikut, dan setiap yang pengikut mesti akan lahir seorang yang mampu mengantikan ketua. Itulah firasat seorang ahli fakir politik di tanah air.

Di daerah kota belud, sdr indris hj kisab adalah salah seorang yang bakal mengikut jejak kejayaan TSPA yang mampu mempamerkan kehandalan dan kebijaksanaan dalam dunia politik di pentas politik tanah air. Beliau bukan sahaja mendalami dunia politik akan tapi beliau juga nekad berusaha untuk membantu masyarakat khususnya masyarakat irranun dan amnya masyarakat di kota belud dengan telus dan berketrampilan.

Kprihatinan dalam permasalahan politik di kota belud, membuatkan sdr idris bangkit untuk membantu dan mencernah idea untuk tujuan memulihkan gimik politik yang semakin parah akibat pencaturan politik oleh beberapa tokoh terkenal dengan alasan kuasa dan pengaruh mereka masih lagi relevan di daerah kota belud, walaupun hakikatnya kuasa itu lapuk bak telan zaman.

Kelibat rentak politik TSPA membawa satu inspirasi kepada sdr idris untuk tampil sebagai guru agama (ust) yang giat dalam politik tanah air, mungkin kerana konsep yang beliau terapkan dalam diri “islamkan politik” dan bukan “politik kan islam”. aura kempimpinan yang ada pada idris mampu memberi nafas baru kepada masyarakat untuk mengimpikan seorang pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab dengan tugas yang di berikan.

Penulisan kali ini bukan untuk memuji atau membanggakan sesiapa, tapi murai membuat penulisan dengan bebas tanpa di pengaruhi oleh semua pihak. Bakat generasi baru harus di beri sokongan demi melahirkan seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Tuesday, August 10, 2010

POLITIK IRRANUN KINI DI SATUKAN : KM


kekaburan arah tuju politik irranun bukan perkara baru yang di ragui kewujudan nya, malah telah lama tersemai di setiap jiwa pemimpin politik irranun. generasi kini sentiasa peka dan memantau kelencongan yang jelas di mata, penyelewengan kuasa, penghambaan dan ketirisan berpolitik di kalangan pemimpin bangsa. adakah kelibat politik sedemikian yang di wartakan kepada pewaris pemimpin bangsa?

jika setiap rancah penyatuan tidak di pandang serious oleh pelbagai pihak, keberangkalian impak nya akan wujud satu kepuak kan antara pemimpin yang sememangnya berbeda idealisme politik. namun dalam pertemuan pemimpin irranun pada 07 ogos 2010 yang lalu, yang secara kebetulan juga murai adalah salah seorang yang hadir dalam pertemuan itu walaupun tidak di jemput secara rasminya tapi murai sangat teruja dengan sokongan yang lahir dalam memartabatkan politik bangsa di persada politik negara. walaupun ada segelintir yang hadir menantikan kehadiran raja politik irranun TSPA yang sememang tidak kunjung tiba dalam pertemuan itu. murai bukan lah keturunan irranun jati tapi bagi ingin melihat setiap bangsa maju dengan kelebihan dan peluang yang ada harus di beri sokongan dan dorongan oleh semua pihak walaupun tidak terlibat secara langsung kerana mungkin idea setitik akan mampu merubah bangsa di masa akan datang.

dalam perbincangan sepintas lalu itu, ada di kalangan ahli menyuarakan bagi "blogger kelapa mawar" tampil kehadapan bagi memperkenalkan diri kepada pemimpin kerna bukan sahaja idea pertemuan buat kali pertama ini terlansung atas kprihatinan kelapa mawar malah titik perjuangan bangsa irranun mula berarak ke hadapan dan mula mengatur langkah memartabatkan bangsa.

namun demikian, kelapa mawar masih dalam penelitian oleh para pemimpin setempat kerna idea nya yang boleh membuatkan setiap pemimpin menjiwai tanggungjawab yang di berikan, kesilapan yang wajib di perbetulkan, kelancangan dalam kepimpinan, gerak atur terseleweng dari landasan dan perpecahan fahaman politik bangsa yang mula bercambah di kalangan pemuda pewaris tahta pemimpin.

SIAPA KELAPA MAWAR? persoalan ini bukan perkara remeh untuk di ketengahkan oleh setiap orang di luar sana. blogger kelapa mawar telah berjaya menerap satu ketulan perpaduan bangsa di kalangan pemimpin yang telah hadir dalam pertemuan 07 ogos lalu, namun siapakah kelapa mawar yang sebenar? satu persoalan yang menantikan jawabpan..














PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.