Popular Posts

Saturday, April 27, 2013

ANWAR GUNA FORMULA 2:1:1 PANDIKAR AMIN DI KOTA BELUD

Senario pengundi Kota Belud sememangnya mengkehendakan pemimpin mewakili suku bangsa di daerah koboi ini. bermaksud, kota belud mempunyai pengundi 3 suku bangsa tetap terbesar iaitu dari dusun, bajau seterusnya iranun. Tiga (3) tahun yang lepas DSP TS pandikar amin telah mengeluarkan fatwa politik dengan memperkenalkan satu formula kepimpinan dalam senario politik kota belud dengan melihat suku bangsa yang lebih selesa muraikb definisikan di wakili atau di pimpin oleh pemimpin yang berasal dari suku bangsa mereka sendiri. ini bermaksud, bajau lebih selesa di pimpin oleh pemimpin bajau, dusun oleh dusun dan iranun di pimpin oleh iranun.

Muraikb kira, pengenalan formula ini di kota belud mengambil kira tentang isu perkauman antara bajau dan iranun yang sering bertelaga dalam pelbagai isu. sebagai contoh isu tanah adat yang menjadi rebutan sehingga kini. Dengan perlaksanaan formula 2:1:1 yakni bajau mewakili dua kerusi iaitu Parlimen dan Dun. manakala dusun satu kerusi Dun dan seterusnya iranun memegang satu kerusi Dun. Perlaksanaan skeptik pemikiran itu memboleh ketiga-tiga suku bangsa bermajoriti di kota belud akan merasa berpuashati dan berpolitik secara aman dan harmoni.

Pendekatan itu, tidak menarik perhatian pucuk pimpinan UMNO dan BN di Sabah malah melabelkan formula itu tidak releven malah ada yang melabelkan sebagai melaga-lagakan perkauman di kota belud khususnya dan amnya di sabah. Dengan pemikiran politik sempit ahli UMNO Sabah, maka formula ini diambil kira oleh DS anwar dengan menurunkan setiap calon yang mewakili 3 suku bangsa ini iaitu saudari Munirah Majlis di parlimen 169, sdr Mustapha Sakmud di N.8 Usukan, sdr Laiman Ikin di N.6 Tempasuk ikin dan sdr Jeremmy ukuh Malajad di N.7 Kadamaian.

Muraikb meneliti setiap perkhabaran yang di bawa oleh pelbagai sumber, pencaturan UMNO / BN di kota belud telah menambah keparaan UMNO di daerah ini dengan tidak mengambilkira isu-isu yang telah lama menjadi bara dan bernanah dengan sekali lagi menurunkan calon Rahman Dahlan di P169, DSSK di Usukan, Herbet di kadamaian dan Musbah di Tempasuk. Dengan memutuskan mempertandingkan pemimpin dahulu yang mempunyai rekod baik dan buruk sebelum ini telah membawa BN ke satu tahap kritikal dan bahaya. Muraikb tidak pernah melihat apatah lagi menduga sebagai pemimpin No 1 Negara DS Najib turun ke sabah dalam menstabilkan sokongan  walhal BN menggangap Sabah adalah "fix deposit BN".  ini adalah rekod dan sejarah buat UMNO Sabah. persoalannya kenapa dan mengapa Najib mengembling tenaga benar-benar memastikan sokongan dan dokongan orang-orang sabah seperti dalam era Tun Mahathir?

Kini dari kajian peringkat awal, orang-orang Kota Belud menolak secara diam atau terang kepimpinan Rahman Dahlan di Kota Belud. dan ramai penyokong Japlin protes kehadiran DSSK yang tidak merubah pembangunan usukan dari dulu di calonkan sehingga lah sekarang. begitu juga Musbah yang menjadikan isu Agropolitan sebagai berat sebelah. Herbet dengan isu empangan tambuotun nya. Maka muraikb sekali menganlisis TIDAK MUSTAHIL pengundi akan memangkah calon yang baru yakni dari pakatan rakyat berdasarkan rekod kepimpinan UMNO di Daerah ini.

justeru itu, muraikb menegaskan bahawa pentingnya pemimpin yang di pilih dan di restui oleh bangsa dalam kepimpinan di daerah ini. Iranun yang tidak dapat di wakili oleh mana-mana pemimpin dari UMNO /BN akan menjadi duri kerana sudah dua penggal suara iranun di NAFIKAN oleh UMNO/BN kota belud mahupun di sabah. Pemesongan kotak undi dari iranun daripada mengundi MUSBAH di Tempasuk kepada keputusan mengundi Laiman mempunyai peratusan yang tinggi.sama-sama kita tunggu dan saksikan perubahan bakal merubah segala-galanya akan senario politik Kota Belud buat sekian kalinya.


Wednesday, April 24, 2013

PENGARAH PELAJARAN NEGERI SABAH.CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Amaran pengarah pelajaran negeri Sabah, Tuan Jame alip kepada guru-guru di negeri itu yang aktif berpolitik beberapa minggu lepas mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat. Ada yang bersetuju dengan peringatan itu, dan tidak kurang juga yang kontra menunjukkan keberanian dan enggan akur dengan nasihat pengarah tersebut.

Bagi Muraikb sendiri, peringatan itu haruslah bersifat telus dan tidak memihak kepada sesiapa pun baik yang cenderung kepada parti BN ataupun kepada PR. 

Namun yang mengecewakan muraikb ialah apabila pengarah itu sendiri yang melanggar nasihatnya, ibarat kata pepatah, lebih sudu dari kuah,dan  ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ini terbukti apabila muraikb sendiri ternampak Jame alip di majlis kempen BN/UMNO di Kg taun Gusi semalam. Jika diambilkira, waktu kerja pejabat, bermakna jame Alip menghadiri majlis kempen tersebut waktu beliau bekerja antara pukul 2.00 hinggalah PM Datuk Seri najib diumumkan tidak dapat menghadiri majlis berkenaan ekoran cuaca buruk di Bongawan yang tidak mengizinkan helikopter yang membawa rombongan Najib berlepas dari daerah pedalaman itu.

Sebagai kakitangan awam, pengarah pelajaran negeri Sabah adalah terikat dengan etika dan pekeliling yang sedia ada. pekeliling perkhidmatan awam terpakai kepada semua jawatan tanpa mengira fahaman politik. Justeru, walaupun kehadiran Jame Alip dalam majlis itu dikatakan atas jemputan ekoran kehadiran PM, Datuk Seri najib, namun beliau harus dapat membezakan antara majlis rasmi dan majlis kempen.

Apakah Jame Alip tidak terfikir, apa kata guru-guru di KB apabila melihat Pengarah pelajaran sendiri turun padang dalam majlis kempen BN/UMNO? Kalau selepas ini, ada guru-guru yang ikut sama berkempen jangan ula disalahkan. Ibarat bapa borek anak rintik dan murid kencing berdiri, guru kencing berlari.

Tuesday, April 23, 2013

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SUATU PEMBOHONGAN ATAU REALITI?


UMNO dan BN mula masuk ke sabah menjangkau 19 tahun sudah lamanya. kita menyaksikan timbalan perdana menteri ketika itu DS Anwar menyempurnakan utusan parti malaya untuk melebarkan sayap kepimpinan ke sabah. kita di sajikan momokan kerajaan BN akan membina leburaya dari kota kinabalu ke kudat. namun sehingga sekarang perkara itu menajdi igauan rakyat sabah. perdana menteri ketika itu bersilihganti dari mahathir kepada abdullah dan seterusnya kepada najib. perlaksanaan membina juga tidak terlaksana malah tidak diselitkan pun dalam manisfesto kerajaan BN. dan kini ketika Anwar selaku ketua umum Pakatan Rakyat menggumumkan dalam majlis konvensyen pakatan rakyat di kudat tempoh hari untuk membina satu leburaya dari kucing melalui kota kinbalu hingga ke kudat. kini Najib pula menyelitkan manifesto itu pada PRU kali ini. adakah rakyat SABAH khususnya TERTIPU sekali lagi atau ianya hanya umpan politik pembangunan najib kepada Rakyat Sabah?

Monday, April 22, 2013

KEKALAHAN MENGHANTUI RAHMAN DAHLAN

"sudah tiba masanya" , "ini lah masanya" , malah orang-orang UMNO dan BN Kota Belud sendiri mengunakan ungkapan pembangkang di sabah " ini kalilah' kepada Rahman Dahlan yang di calonkan semula di daerah Kota belud sebagai wakil parlimen P169. Rahman akan bertembung dengan Munirah majilis PKR dan dua wakil dari parti bebas yang di katakan salah seorangnya di taja oleh pemimpin tertentu bagi merundumkan jumlah majoriti undi kepada Rahman seterusnya menenggelamkan karier politik sebagai Ahli Parlimen Kota Belud.



persoalannya kenapa dan mengapa ramai orang-orang Kota Belud khususnya menyatakan ketidakpuas hatian kepada Rahman tidak kira secara sembunyi mahupun secara terangan. kelantanagn mereka bukan perkara biasa kerana sebelum ini BN kota belud tidak menggalami krisis seperti ini kepada mana-mana wakil BN yang di pertandingkan. perkara ini sangat menghantui pemimpin seperti Rahman yang ramai melabelkan sebagai pemimpin "ego" dan "double standard" merentasi pemimpin sedia ada. adakah Rahman ini menunjukan "taring muda" di daerah ini kerana dia sudah pasti akan di calonkan kembali pada PRU 13 ini?

pada hematnya murai.kb, sebenarnya Rahman tidk meletakan kepentingan orang-orang kota belud sebagai perkara nombor satu dalam kepimpinannya. kepentingan yang murai.kb maksudkan adalah rasa hormat pada Ahli bahawan UMNO termasuk kepentingan aktiviti turun padang kepada rakyat kota belud. oleh yang demikian, timbul rasa tidak puashati kepada pemimpin ini dan mula wuujud perasaan yang tidak sepatutnya tumbuh dalam semangat seperjuangan.

murai.kb tidak mengharap kekalahan dan juga kemenangan kepada Rahman pada PRU ini tetapi apa murai.kb harapkan adalah kesedaran pada diri dunia mana yang di pijak untuk melangsungkan karier politik beliau, justeru itu, rahman akan mengetahui apa sebenarnya yang hendak di beri tumpuan yang lebih utama sepanjang melakar sejarah di tanah pekan kota belud. ini kalilah rahman..!!!

Sunday, March 10, 2013

PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DAN SEMPORNA, PENGAJARAN APA KEPADA RAKYAT SABAH

Dalam dunia penyiasatan sesuatu 'jenayah' itu bermula dengan 'motif''. Dengan motif tindakan akan dilakukan dan kemudian barulah 'kesan' kepada motif dan tindakan itu akan terserlah. Pencerobohan warga asing di Lahad Datu dan Semporna beberapa minggu lepas adalah satu tindakan 'jenayah' yang cukup serius. Bermula dari 'menceroboh' kawasan wilayah Sabah dan Malaysia yang kemudiannya dengan membawa 'senjata' walaupun bukan tujuan untuk melakukan jenayah, masih juga diklasifikasikan sebagai menganggu kententeraman awam, menakutkan penduduk apatah lagi memang bermotifkan mahu 'memiliki' kawasan yang dikehendaki.

Walaupun pada awalnya media di negara ini melabelkan sekumpulan warga asing yang menceroboh itu sebagai tentera kesultanan sulu, namun pada hemat saya, mereka bukanlah tentera sultan Sulu yang bersemayam atas takhta sebagai ":SULTAN". Seseorang Sultan adalah berperanan sebagai 'pelindung' kepada rakyat yang diperintahnya ,bukan sebagai "JENERAL" perang yang menjadikan pengikutnya sebagai 'kambing hitam' untuk mencapai cita-cita peribadinya.

Pencerobohan telah berlaku dan motif juga telah terserlah. Mahu membuat tuntutan kepada wilayah pantai timur Sabah, merangkumi Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Semporna. Sebab kepada 'motif' itu ialah kerana ketidakcukupan kepada "wang saguhati' kerajaan Malaysia kepada waris kesultanan Sulu yang dikatakan hanya RM5300 setahun.Jadi meja rundingan untuk menambahnilai wang saguhati atau ada juga yang kata sebagai wang sewaaan itu tidak diambil kira terlebih dahulu. Tindakan ganas, kejam dan tidak berperikemanusiaan diambil terlebih dahulu, walaupun pada hakikatnya mereka ini adalah seagama dengan kita, yakni beragama Islam.

Tuntutan ke atas wilayah pantai timur Sabah ini ada kait dengan fakta sejarah lampau. Namun bukan itu yang kita bicarakan kerana biarlah ahli sejarah yang bijak membicarakannya dari sudut kebenaran dan ketulusan sejarah itu sendiri. Apa yang berlaku kepada Lahad datu Dan Semporna, seharusnya dijadikan sebagai pengajaran yang cukup berharga.

Rakyat Sabah tahu dan semua pun tahu bahawa tindakan politik sangat mempengaruhi sehingga berlakunya pencerobohan ini. daripada sejarah pemberian IC kepada PATI, kemudian kelewaan mengawal pesisir pantai negara, merebak kepada memandang enteng kepada ancaman keselamatan dan kedaulatan negara, akhirnya kita terjebak dalam perang dengan pengganas yang mahu mengambil kesempatan keatas kelembutan kerajaan kita.

Justeru itu apapun sebab dan tindakan yang berlaku, sebagai rakyat Sabah, ia mengetuk pintu hati kita untuk terus menangisi tindakan lampau yang diambil pemimin kita sehingga berlangsungnya drama penuh tragik dan berdarah ini.Malah sikap segelintir warga Sabah yang turut memberikan 'ruang' kepada 'mereka' ini dengan rasa belas kasihan, akhirnya memakan diri dan kedaulatan negara. Sikap suka mengambil pekerja murah serta buruh kasar dalam dunia perladangan dan juga dunia binaan membuatkan warga yang tidak tahu bersyukur ini sebaliknya mula 'berani' melakukan tindakan kekerasan untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

Mari kita bermuhasabah diri dan pemikiran kita, dengan meletakkan kesalahan tidak semua kepada kerjaan tetapi terpikul pada pundak bersama. Sikap dan pendekatan kita selama ini, sehingga ada yang sanggup memberikan peluang dan kawasan kediaman kepada warga 'penyu' ini. Bukankah itu juga menjadi sebab berlakunya lambakan PATI di negeri kita. Jika nasi sudah menjadi bubur, bolehkah bubur akan kembali menjadi nasi semula? Anda fikirlah.!

http://kelapamawar.blogspot.com/2013/03/pencerobohan-di-lahad-datu-dan-semporna.html

Tuesday, February 5, 2013

GURU BERPOLITIK HARUS LETAK JAWATAN



KUALA TERENGGANU - Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakariav Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di
peringkat cawangan.

"Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan," katanya.

Beliau berkata JPNT turut memantau prestasi semua guru di negeri ini agar mereka sentiasa memberi khidmat terbaik demi memastikan hasrat Terengganu menjadi negeri anjung ilmu tercapai.

Dalam perkembangan lain, Zakaria berkata Terengganu menerima 20 guru Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) pada tahun ini berbanding 17 pada tahun lalu
yang diharap mampu meningkatkan penguasaan bahasa utama dunia itu di kalangan pelajar di negeri ini.

Namun, kataya, jumlah itu masih belum mencukupi dan kerajaan negeri akan mencari guru ETA dari negara lain selain Amerika, mungkin dari Australia. - Bernama

Tuesday, June 12, 2012

NUKILAN POLITIK KOTA BELUD

Penduduk kota belud perlu mahir membaca taktik permainan yang cuba di bawa oleh UMNO dalam daerah ini. politik kesukuan telah terperap dalam adunan politik Kota Belud, sehingga orang kuat KB TSPA terpaksa memperkenalkan satu formula kepimpinan yang di kira adil kepada suku minoriti dan majoriti yakni formula 2:1:1 yang di hangat perdebatkan di dalam blog dan facebook.

justeru, golongan intelek seharusnya memandu golongan yang hanya mementingkan gerak hati tanpa menilai pencaturan yang di lunaskan di kota belud beberapa tahun lalu. kini Pilihan Raya Umum Ke 13 akan berkumandang tidak lama lagi, maka persiapan minda dan maruah bangsa mesti di pertahankan oleh semua lapis masyarakat. bukan pangkat yang kita hendak kan tapi menjaga maruah generasi kini dan akan datang supaya mereka dapat mengenang pengorbanan yang di buat sekarang.

UMNO/BN atau PAKATAN RAKYAT adalah pilihan yang sukar hakikatnya, namun kesukaran itu sebenarnya madu kepada generasi mendatang. pilih lah pemimpin yang memimpin untuk bangsa bukan HARTA.

Monday, May 28, 2012

KG LILUD MUNDUR DARI PEMBANGUNAN BN

Dalam pilihan raya umum ke 12 telah timbul isu kawasan kampung ini cenderung kepada parti pakatan rakyat. dalam tohmahan, haji manshor telah mengesahkan tindakan segelintir penduduk kampung yang menyokong pembangkang. keputusan piliharan raya juga telah membenarkan kenyataan ini di mana calon dari kawasan ini sdr Awg Laiman mendapat tempat di hati penduduk di situ dengan memberikan status kekalahan kawasan daerah mengundi Tamau kepada Datuk musbah.

tanda protes undi yang beralih arah peti undi itu adalah tindakn penduduk Lilud yang telah jemu dengan pelbagai janji yang di berikan sebelum pilihan raya lagi. beramcam-macam janji wakil rakyat yakni mengaspalkan jalan, bekalan air berish. rumah PPRT kepada yang layak dan banyak lagi 
permohonan yang di abaikan oleh wakil rakyat masa itu. 

sudah mencapai 30 tahun pemerintahan UMNO di daerah kota belud, namun kampung yang tidak jauh dari pusat pekan ini di sajikan kepada kita bahawa dalam konteks pembangunan, kampung ini terlalu mundur dan daif jika di bandingkan dengan kampung-kampung yang berdekatan. jalan raya tidak berTar, tiada talian telepon, bekalan air bersih tidak ada, rumah yang tidak ada bekalan elektrik dan masalah kemiskinan sangat membelenggu penduduk yang tinggal di kampung itu. rumah yang terlalu daif dan uzur masih lagi di diami. tanpa satu lawatan khas membasmi  kemiskinan yang di lakukan oleh pihak kerajaan dan wakil rakyat, penduduk disitu masih mengharapkan pembangunan akan di bawa masuk walaupun kepastian itu tidak mencapai peratusan yang tinggi. bak kata orang menunggu " bulan jatuh ke riba".

soal menyokong kerajaan ataupun wakil rakyat sememangnya tidak timbul dan bberlaku kepada wakil rakyat, kerana, pemimpin yang memdapat mandat dari penduduk seharusnya membawa pembanguna yang di salurkan oleh kerajaan tanpa mengira kepartian. nama nya pun sudah wakil rakyat bukan wakil parti bermakna menjadi tanggunjawab semua wakil rakyat untuk membasmi segala masalah yang selama ini membelenggu penduduk Lilud ini. namun, perkara itu berlalu di telan masa tanpa di beri perhatian oleh mana-mana pihak mahupun wakil rakyat, penduduk Lilud setiap hari hidup dalam kedaifan tanpa keselesaaan. Datuk Musbah langsung tidak menjenguk kawasan ini walaupun sekali selama beliau menjadi wakil rakyat tempasuk. apatah lagi Datuk rahman sebagai Ahli palimen Kota Belud.




kini telah menjadi tanggungjawab sdr Awg Laiman untuk membuka rantai belenggu penduduk kampung Lilud itu bagi merasai keselesan dalam mengharungi pahit getir kehidupan. memilkul tanggungjawab ini bukan senang tapi kerana Kampung lilud akan di tempuhi jua. malang nya modal depan mata tidak di manfaatkan oleh sdr Awg Laiman dengan semaksimum nya. Kini Kg Lilud adalah JENTERA BERAT pakatan rakyat di kota belud. akibat jemu dengan janji-janji pembangunan semasa pilihan raya, maka, penduduk di situ mengalih arah sokongan kepada pakatan rakyat. murai bangga punyai warga masyarakat yang berpendirian dan demokrasi.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.