Popular Posts

Monday, February 8, 2010

E-KASIH KB RUJUK

Ramai yang mengetahui sejauh mana kerancakkan pergolakkan dan pencaturan politik yang di susun atur oleh orang-orang tertentu demi untuk menjaga kepentingan individu atau pun kepentingan tertentu. Namun dalam kerancakkan itu, kerajaan BN telah merealisasikan bantuan kepada golongan tegar miskin di daerah ini.

Sumbangan berbentuk E-kasih itu adalah salah satu bentuk komitmen kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat nya di negarah ini. Perlu di tegaskan bantuan E kasih adalah untuk rakyat miskin dan yang layak untuk mendapat bantuan tersebut mengikut syarat dan peraturan yang di tetapkan oleh kerajaan. Pembancian tegar miskin di daerah ini juga telah di lakukan.

Senarai yang telah Berjaya mendapat bantuan E kasih telah di keluarkan namun, sangat mengecewakan sesetangah pihak kerana kebanyakan nama yang telah tersenarai sebenarnya tidak layak mendapat bantuan jika mengikut garis panduan yang telah di berikan.

Murai.kb telah merisik mengenai hal ini di pihak pengurusan, didapati nama yang tidak layak mendapat bantuan telah menggunakan kabel atau lebih di senangi sebagai orang dalam. Ini satu bentuk kezaliman yang nyata, orang miskin yang layak tetapi tidak tersenarai akan merasa hak mereka di tindas.

Oleh itu perlu di ingatkan, kajian harus di lakukan tehadap senarai yang di luluskan, pemantuan juga harus bergerak jika sekiranya nama yan g tersenarai agak mencurigakan. Pemantuan dari kampong ke kampong ini adalah langkah untuk menjaga hak orang miskin daripada di zalimi oleh orang tertentu, dan seterusnya bantuan kerajaan dapat di salur terus kepada golongang sasar atau berpendapatan rendah.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.