Hati terseduh bila ungkapan seumpama ini di berikan oleh salah seorang pemimpin musafir yang secara kebetulan singgah meninjau kehangatan kehidupan di kota belud. pemikiran natural mengimbangi lontaran pemimpin sedemikian kepada pemimpin yang ada di kota belud, walhal hakikatnya senario ini terang jelas kepada yang memerhati skop kepimpinan di luar sana. Keseduhan hati bertambah lagi bila ia mengatakan “landskap politik” di kota belud belum sampai ke tahap untuk “membela” rakyatnya malah lebih kepada memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin tertentu, dan penduduknya hanya patuh demi mengharap simpati untuk kelangsungan hidup di hari muka. Bukan merendahkan penduduk kota belud, akan tetapi reality nya begitu jelas lagi bersuluh. Jika masa pemilihan ahli umno dan pilihan raya umum tiba, akan di lihat, “maruah” dan “hak” bangsa di “beli” dengan harga serendah RM50 sahaja. Dimanakah masyarakat kota belud menyimpan senjata bangsa dengan keberanian bersuara melawan anasir untuk mencemari duli bangsa?
Bukan menidak kan kerelevan umno di kota belud, akan tetapi peraliran zaman telah membuka mata dan minda masyarakat untuk celik dalam ilmu. Untuk berani bersuara menuntut janji-janji politik. Juga untuk generasi kita akan datang supaya generasi mendatang tidak kesal dengan keadaan kita sekarang, yang minum bersumberkan air bawah tanah (pam air), berjalan dengan batu dan lumpur di kala hujan mencurah. Walhal Negara kita telah lama merdeka. Telah mentadbir Negara dengan sendirinya. Namun hakikat yang perlu di ketepikan adalah, “style intelek” generasi dahulu yang masih di belenggu oleh “jasa baik” pemimpin terdahulu, sehinggakan kelantangan bersuara menuntut hak sebagai rakyat di bisukan untuk menjaga dan menghormati pemimpin yang ada. Belenggu Ini seharusnya di “ketepikan” dan bukan nya untuk di jadikan sebagai “pegangan”. Adakah dengan jasa baik pemimpin terdahulu di kenang sehingga terpaksa membisukan diri demi kepentingan generasi kini dan mendatang?
Namun, generasi muda kini di bangkitkan secara “keterpakasaan” demi menyuarakan kemaslatan penduduk kini yang di dakwah generasi dahulu membiarkan hanyut di aliran zaman. Walau bagaimana pun “kebangkitan suara” ini sebenarnya tidak menyalahkan generasi terdahulu, kerana ironinya generasi muda masa kini masih mempunyai “ruang besar” untuk bersuara di kala di abaikan hak nya sebagai rakyat yang berjiwa hambah. Hakikatnya senario ini, telah menghangatkan “buntut” para pemimpin yang selama ini tidak mementingkan kebajikkan rakyat di bawah pimpinan nya. Pun begitu ramai generasi kini di caci dan di maki kerana mereka mendakwah generasi ini menunjukan “darah amarah” untuk bangkit bersuara, walhal suara kecil itu sebenarnya melaungkan kepentingan semua kepada pemimpin yang mengabaikan amanah rakyat nya. Adakah keberanian bersuara yang di warisi oleh generasi ini masih di pertikai dan di caci? Sungguh malang kepada generasi ini jika di hukum seumpama ini.
4 comments:
salam murai.kb
saya telah habis membaca artikel sdr ini, tidak juga saya menafikan apa yang cuba sdr sampaikan kerana itu ada benarnya. sungguh pun begitu, generasi intelek yang sdr paparkan dalam gambar itu bukan lah calang-calang orang nya. semoga paparan membina ini akan menganjak paradigma pembaca untuk lebih berfikiran ke depan demi bangsa, agama dan negara.
salam hormat
datu pitung.
Tahniah buat sdr muraikb...
semakin hari penulisan semakin rancak....menimbulkan persoalan adalah baik untuk sesi perbincangan..
sebenarnya kalau kita teliti memang benar masyarakat kota belud belum di bela nasibnya. hnya masyarakat yg membela pemimpin nya. itu pun pemimpin tdk bersyukur dengan sokongan masyarakat kota belud kepada mereka.
saya tinggal di kampung sayap kota belud. cuba pemimpin turun sini tengok keadaan kehidupan kami. hidup dengan kami walau sehari. sanggup kah?
Post a Comment