SALAM PERJUANGAN SEMUA,
Izinkan saya menyampaikan pandangan serta pendapat terhadap pergolakan di dalam suku irranun(dari aspek golongan muda), ramai sebenarnya yang mengatakan bahawa irranun tiada perpecahan dan pergolakan. Dari sudut kemasyarakatan meliputi ekonomi, social, dan pendidikan, saya fikir, itu tidak membawa dan menjurus kepada pergolakan mahupun perpecahan dalam suku irranun walaupun ada segelintir yang di labelkan “tidak” menolong atau membantu anak bangsa di dalam pelbagai aspek.
Dalam konteks politik, saya berani mengatakan bahawa pergolakan dalam memperjuangkan bangsa memang wujud di mana-mana, namun dalam skop bangsa irranun sememangnya wujud sejak Tan Sri Pandikar memonopoli jawatan sebagai pemimpin bangsa. Dahulu nya ketika TSPA berkecimpung dalam politik, tidak salah saya katakan , seluruh bangsa irranun menyokong TSPA dalam memperjuangkan bangsa nya. Akan tetapi setelah TSPA mengecapi dan menduduki jawatan dalam parti, nasib bangsa mula terabai, adakah impak dari kesibukan sebagai wakil rakyat atau kealpaan untuk menggapai cita-cita? . Walaupun begitu ramai juga yang masih menyokong dan terus menyokong dengan pengharapan mereka yang menyokong akan dapat di bantu nasib nya. Perjuangan dalam mendokong TSPA dahulu dan kini boleh di rujuk dengan penama seperti sdr mukaris, panaiaman, pinjaman dll. golongan intelek seperti datu matlan, milus, tadzul, roslan, dan dll.
Saya tidak mengambil pendirian untuk menceritakan keberlakuan dalam proses memperjuangkan karier TSPA waktu itu, terlalu panjang dan mendalam perjuangan itu. Akan tetapi saya ingin menegaskan bahawa, pergolakan dalam perjuangan politik irranun telah lama wujud sejak perjuangan TSPA yang mula di sedari bukan kerana kapasiti bangsa nya akan tetapi kerana diri dan keluarga nya. Kini golongan muda yang terpelajar mula mempertikai kewibawaan pemimpin ini kepada bangsa nya. Dahulu nya tidak ramai yang membangkang perintah TSPA apatah lagi menidak dan menegur di dalam perjuangan nya seperti yang berlaku sekarang ini.
Ketidaksehaluan perjuangan politik golongan muda kini, maka ini lah yang menyumbang berlaku pergolakan dalam politik irranun sekarang. Dahulu anak bangsa dari suku ini jarang yang terpelajar sehingga ke menara gading, paling tinggi di capai pun SRP, darja enam dan ada yang langsung tidak bersekolah. Berbeza pula dengan generasi sekarang, walau setakat SPM, ianya mampu memberi kenyakinan dalam kepimpinan kerana generasi sekarang lebih terdedah dengan konsep pengaruh luaran. Dalam media cetak mahupun elektronik. Ini hanya dalam skop di daerah kota belud, jika di semenanjung, kelulusan SPM tidak di pandang dalam dunia politik di sana.
Justeru itu, pemimpin seperti TSPA harus mengubah cara pendekatan terhadap golongan ini bagi mengetahui sebenar akan pergolakan yang mereka bawa dan lakukan. Jika tiada pembasmian cara pemikiran terhadap golongan ini di lakukan, maka pergolakan politik irranun akan berterusan. Sokongan akan mula bebelah-bahagi kepada pemimpin, namun apa yang perlu di fikirkan jika golongan ini melakukan “sabotaj” kepada pemimpin-pmimpin tertentu.
Sekadar pandangan.
4 comments:
Salam utk admin...
blog saudara disenaraikan di http://sasasuperblog.blogspot.com, sila juga lawati blog http://arimisideks.blogspot.com jika berkesempatan, terima kasih.
salam
terima kasih kerana menyeneraikan laman blog saya di sasasuperblog untuk bacaan umum.
si pagari ramilkhan ban malandi amama tapi jubur yan nyadu.
orang muda tidak sehaluan dengan orang tua. orang muda dengan style baru malah orang tua dengan style lama. mmg susah di padankan.
Post a Comment