sekitar tahun 80 an, kehebatan kepimpinan yang wujud di daerah kota belud bukan perkara biasa atau omongan kosong para pendeta politik dahulu dan sekarang. perebutan kerusi DUN dan Parlimen semakin hangat di debat kan. apatah lagi menjelang pilihan raya umum akan datang semakin terasa. pelbagai spekulasi di keluarkan oleh penyokong-penyokong juga tidak terkecuali kepada pemimpin sedia yang merasa jiwa tidak lagi bertahta di hati rakyat nya juga mengeluarkan fatwa bahawa bakal calon ini berpontensi mengganti duduk di kerusi DUN atau Parlimen mendatang. sehinggakan DS panglima Tan sri Pandikar Amin telah menyatakan formula 2:1:1 di daerah kota belud bagi menyusun dan mengatur strategi kepolitikan bangsa di kota belud. namun adakah susun atur sedemikian mampu mengikat prinsip bangsa untuk mengamal konsep sedemikian itu?
Bangsa irranun adalah bangsa minority di daerah ini. akan tetapi, tidak salah saya mengatakan, kepahlawanan dalam memperjuangkan nasib bangsa ini sangat menyerlah berbanding dengan yang lain. ada yang mengatakan setiap zuriat yang di lahirkan adalah berdarah pejuang bangsa. namun adakah irranun mampu mengubah corak perintah di daerah kota belud akan datang? dengan kelibat pentadbiran politik yang masih di lihat mengamalkan konsep dikriminasi kepada bangsa lain, adakah isu ini mampu di transform oleh pejuang bangsa dari suku ini atau akan ada pejuang dari bangsa lain mengubah destini pemikiran politik di kalangan suku bangsa?
ideologi pemimpin tertentu bukan senang untuk di raih apatah lagi di amati, akan tetapi apakah metologi sebenar menjadi pemimpin di daerah ini? adakah untuk diri sendiri? atau rakyat? saya berani menyatakan, tiada seorang pemimpin yang lahir di kota belud mampu menggegarkan dunia perjuangan bangsa. TSPA? DSKK?DMHJ?DJA?DHTL?DARD?. jawapan kepada pemimpin di atas adalah "AIR KOTA BELUD".
dengan itu, irranun belum cukup perkasa untuk mengubah landskap politik di daerah kota belud, jika masih di tapuk pemikiran yang lama dan masih bernaung dengan gelagat pemimpin terdahulu yang hanya mementingkan darjat durjana. generasi pemimpin baru mesti ada wawasan kepada bangsa bukan wawasan membolot harta bansga. ada juga mengatakan politik irranun masih politik 'kedai kopi'. peratusan juga membenarkan kenyataan itu, namun irranun telah lama lahir ahli fikir akan tetapi ianya mati tapi tanpa berpusara. bagaimana irranun melahirkan zuriat kepimpinan jika irranun juga yang memalapkan cahaya kepimpinan?
DS Panglima Tan Sri PAndikar Amin telah membuka ruang jalan kepimpinan irranun untuk terus memperjuangkan hak bangsa, akan tetapi ramai di kalangan irranun mengeluarkan kata-kata bahawa, DS Panglima Tan sri Pandikar Amin juga yang menutup jalan yang luas. mengapa dan kenapa? jika itu benar maka adakah timbul atau lahir satu kolompok pemberontak bangsa kepada Tokoh ini di masa akan datang sebagai tanda protes? jika tidak benar, adakah irranun sendiri menjatuh hulubalang bangsa sendiri? secara 'logical' bangsa tidak akan berpatah -arah jika kepimpinan masih di yakini dalam konteks memperjuangkan nasib bangsa.
dahulu, landskap politik kota belud semakin berkecamuk antara rakyat dan pemimpin. rakyat menunjukan kemahuan dan pemimpin menunjukan kedegilan. namun sejak kebelakangkan, pemimpin dan rakyat ibarat seperti 'semut dan gula'. siapa semut dan siapa gula? jawapan ada pada anda..!
1 comment:
AMUH!!!
Post a Comment