Bagi Muraikb sendiri, peringatan itu haruslah bersifat telus dan tidak memihak kepada sesiapa pun baik yang cenderung kepada parti BN ataupun kepada PR.
Namun yang mengecewakan muraikb ialah apabila pengarah itu sendiri yang melanggar nasihatnya, ibarat kata pepatah, lebih sudu dari kuah,dan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Ini terbukti apabila muraikb sendiri ternampak Jame alip di majlis kempen BN/UMNO di Kg taun Gusi semalam. Jika diambilkira, waktu kerja pejabat, bermakna jame Alip menghadiri majlis kempen tersebut waktu beliau bekerja antara pukul 2.00 hinggalah PM Datuk Seri najib diumumkan tidak dapat menghadiri majlis berkenaan ekoran cuaca buruk di Bongawan yang tidak mengizinkan helikopter yang membawa rombongan Najib berlepas dari daerah pedalaman itu.
Sebagai kakitangan awam, pengarah pelajaran negeri Sabah adalah terikat dengan etika dan pekeliling yang sedia ada. pekeliling perkhidmatan awam terpakai kepada semua jawatan tanpa mengira fahaman politik. Justeru, walaupun kehadiran Jame Alip dalam majlis itu dikatakan atas jemputan ekoran kehadiran PM, Datuk Seri najib, namun beliau harus dapat membezakan antara majlis rasmi dan majlis kempen.
Apakah Jame Alip tidak terfikir, apa kata guru-guru di KB apabila melihat Pengarah pelajaran sendiri turun padang dalam majlis kempen BN/UMNO? Kalau selepas ini, ada guru-guru yang ikut sama berkempen jangan ula disalahkan. Ibarat bapa borek anak rintik dan murid kencing berdiri, guru kencing berlari.
5 comments:
murai kau tidak faham dengan statement beliau...
dia kempen? buduh juga kau ni...dia dijemput hadir...takkan dia menolak...
lalung ka wata....
Muraikb...mm nama pun Murai...cakap tak fikir....Pengarah hadir urusan rasmi bah....tolong siasat cari fakta yangg betul dahulu...mohon buat laporan yang TELUS....kata org paku serpih....:)
If you're trying to burn fat then you need to start following this brand new tailor-made keto plan.
To create this service, licenced nutritionists, fitness couches, and professional cooks united to develop keto meal plans that are powerful, suitable, economically-efficient, and satisfying.
Since their launch in January 2019, hundreds of clients have already remodeled their body and health with the benefits a professional keto plan can provide.
Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-certified ones offered by the keto plan.
Post a Comment