Popular Posts

Wednesday, May 9, 2012

PENDUDUK N.8 USUKAN MESTI BIJAK PILIH PEMIMPIN

KG Tanjung Batu Kota Belud Salah satu Kg dlm Dun Usukan.
Menziarahi kawasan yang di katakan "PANAS" suasana politik nya sejak era kepimpinan Tun Mustapha hingga sekarang telah membuka mata semua pihak bahawa kawasan yang "PANAS" bukan sahaja senario politik nya tapi pembangunan di kawasan tersebut terlalu "PANAS" sehingga ada kawasan kampung yang belum cukup kemudahan awam seperti bekalan air dan jalan tidak berturap yang sekian lama di perintah oleh pemimpin celik dan pandai.

Dun Usukan "PANAS" kerana menjadi rebutan para pemimpin di daerah ini. Dun Usukan juga telah banyak melahirkan pemimpin bertaraf global. TAPI apakah infrastruktur nya sehebat pemimpin yang mampu  menundukkan kehebatan pihak lawan waktu itu? jawapan nya ada di kawasan Dun Usukan sekarang yang puluhan tahun di jajah oleh pemimpin UMNO. Datuk Japlin Akim selaku Adun Kawasan Usukan juga tidak jauh beza dengan pemimpin no 1 kota belud DSSK. menjaga karier politik lebih penting berbanding menjaga kebajikan penduduk yang berada di bawah jagaan nya.

sudah sampai masanya penduduk Usukan MESTI menolak pemimpin AYAM MATI yang hanya sibuk menjaga kreadibiliti kelangsungan politik nya tanpa mendengar keluh kesah penduduk di situ. siapa kata Dun Usukan membangun? siapa kata Dun usukan lengkap infrastruktur nya? dan siapa kata Dun Usukan tidak mahu pembangunan?

DSSK di dengari sekali lagi mengambil alih tapuk kepimpinan usukan pada pilihan raya akan datang. adakah ini wajar kepada penduduk usukan untuk menerima kembali pemimpin seumpama ini yang membiarkan kebajikan penduduk terbiar dan terbengkalai. kini sudah tiba masanya penduduk mesti mencuba kepimpinan baru bukan dari pimpinan lama yang telah meninggalkan kesan dan parut diatas kepincangan sewaktu bersama dalam Adun N8 Usukan.

cukup tidak wajar bila DSSK di calonkan kembali dan penduduk memberi peluang menerajui kembali kepimpinan sebagaimana sebelum nya. ingat kesan mungkin bukan pada generasi kita sekarang TAPI akan melarat dan dirasai kepada negerasi ANAK-ANAK dan CUCU-CICIT kita kelak nanti. fikirkan lah wahai penduduk yang budiman PILIH LAH PEMIMPIN YANG MAMPU MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA GENERASI AKAN DATANG...!!

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.