Antara peranan dan turun padang para pemimpin budiman di
daerah kota belud ini, Datuk Musbah adalah juara diantara TSPA, DSSK, DJA, DHTL
dan ahli parlimen DARD. Ini bukan lah pencarian publisiti kepada DMHJ tapi apa yang
cuba di paparkan adalah kelebihan budi yang tiada dengan barisan pemimpin
tersebut. Secara harfiah, masyarakat mengenali DMHJ dengan projek jutaan
ringgit Agropolitan dan jelapang padi di daerah ini walaupun diatas kerja keras
pemimpin sebelum nya.
Berbicara tentang kreadibiliti pemimpin Adun N.6 Tempasuk
yang juga sebagai Ahli perniagan yang Berjaya, setiap majlis kampung seperti kenduri kahwin, gotong
royong, dan kematian akan menampakkan batang hidung DMHJ ini di perkarangan
rumah orang kampung. Pemimpin ini di labelkan oleh masyarakat kota belud
sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Mendekati hati luahan rakyat nya adalah amanah
yang perlu beliau dukung sebagai Adun kawasan Tempasuk.
Perbezaan boleh di buat ketika arus kepimpinan TSPA yang
pernah menjulang pemimpin Adun N.6 Tempasuk adalah sangat jauh jaraknya. Kewibawaan
sebagai pemimpin berjiwa rakyat membuatkan DMHJ senang mendekati rakyat nya di
mana-mana sahaja. Beliau sering berpesan kepada penduduk jika kalian hendak
berjumpa saya yakni wakil rakyat anda, jumpa lah bila-bila masa dan jika perlu
saya turun padang saya akan lakukan dan jika ianya permasalahan secara privacy
bolehlah berjumpa di rumah saya di taun gusi ataupun Likas KF. Di sebabkan
kemesraan DMHJ kepada penduduk, kini beliau sering di jemput oleh masyarakat
jika mereka melakukan majlis tertentu.
Sebagai wakil rakyat, diakui memikul tanggungjawab itu
adalah sangat berat dan perlukan kesabaran yang kuat. Mendengar rintihan
penduduk di bawa jagaan nya membuatkan DMHJ rasa terpanggil mendengar luahan
keluarga Tina Samsudin yang tinggal di kawasan kampung nanamun yang juga
sebelum itu TSPA pernah menjadi wakil rakyat namun Tina sekeluarga tercicir
dalam arus pembangunan waktu itu. Kini DMHJ memikul tanggungjawab itu dengan
menemui Tina dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Itulah budi
seorang Ahli perniagaan yang pernah mengalami susah perit seorang penduduk di
daerah ini. Terima kasih Datuk..!!
No comments:
Post a Comment