Pilihan Raya Umum ke 13 telah mula berlegar di bibir setiap
penganalisis politik tempatan mahupun peringkat Nasional setelah Datuk Seri
Najib Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk membubarkan parlimen dalam masa
terdekat ketika memberi ucapan pada perhimpunan gergasi merah UMNO yang ke 66
kali nya. Ramai yang menyifatkan pengumumkan itu berbentuk “ olokan “ daripada
perdana menteri itu setelah melihat kehadiran yang begitu mewarnai pelusuk stadium
dengan berbaju merah.
Kehangatan itu, telah memukau semua pihak terumata di Kota
Belud untuk masing-masing mempersiapkan jentera pilihan raya di daerah ini. Mengumpul
data dan maklumat umum, murai telah mendapati 99.9 % pada pilihan raya umum
nanti, Datuk Rahman akan di gugurkan daripada Ahli parlimen Kota belud dan akan
digantikan dengan pemimpin berstatus veteran iaitu Tan sri Pandikar Amin hj
Mulia sebagai Ahli parlimen baru menjelang pilihan raya kelak. Dan pada
bahagian Dun Usukan pula, Japlin akan di rehatkan buat sementara waktu diatas
skandal nya yang di ketahui kebanyakan umum. Pergantian akan berlaku sekali lagi kepada pemimpin berstatus veteran yang
juga kawan baik kepada TSPA iaitu Datuk Salleh Keruak. Manakala bahagian Dun
Tempasuk 80 % Datuk Musbah di kekalkan kerna permintaan ramai. Tidak mustahil
Najib juga membuat kejutan untuk mencalonkan calon muda di daerah ini seperti
Roslan Manshor.
Dalam menjejaki respon umum yakni penduduk di daerah ini,
ramai yang menolak dua pemimpin veteran ini untuk tidak di beri tempat untuk di
calonkan pada PRU ke 13 nanti kerana rekod yang tertulis dalam sejarah
kepimpinan Kota Belud sangat mengecewakan ramai penduduk. Mengutamakan karier
politik peribadi lebih di utamakan berbanding daripada kebajikan penduduk di
daerah ini. Bukti nya Dun Usukan sewaktu di wakili DSSK dahulu apa yang boleh
di banggakan sangat di usukan? Bermacam-macam masalah yang di pinggirkan oleh
DSSK waktu itu sehingga sekarang masalah seperti bekalan air bersih belum dapat
di selesaikan. Siapa kata DSSK tidak memegang jawatan penting dalam kabinet negeri
sabah? Ketua menteri kerusi nombor satu sabah juga pernah di diami nya. Fikirkan..!
TSPA telah pernah mewakili Tempasuk seperti kawan baik yang juga
musuh politik nya DSSK yang tidak membawa apa-apa kepada bangsa mahupun
penduduk yang di wakili nya. Siapa kata TSPA tidak memegang jawatan terpenting
dalam cabinet Negara. Menteri di jabatan perdana menteri pun sudah dan sekarang
ketua speaker dewan rakyat. Lebih menjelaskan kepada penduduk bila beliau di
gugurkan pada pru 12 bersama DSSK, beliau telah membawa diri ke kota marudu
waktu itu. Dan bersama DSSK menubuhkan
USBO bagi kelangsungkan politik mereka. Adakah ini yang masih mewakili penduduk
Kota Belud? Fikirkan..!!
Murai mendapati, ramai penduduk yakni penyokong Barisan Nasional
dan UMNO di daerah ini mula menunjukan protes bila duan Nama Pemimpin Veteren
di dengari akan kembali mewakili Kota Belud selaras yang di kehendaki oleh
Najib yang mahukan pemimpin yang boleh menang. Protes tersebut bukan lah
berbentuk demonstrasi jalanan tapi kemungkinan mereka ( penduduk ) akan
melakukan “sabotaj” pada undi pilihan raya untuk memberi laluan kepada pihak
lawan untuk menjuarai piliha raya kelak walaupun mereka (penduduk) di umpan dengan wang
ringgit. Kata sekolompok golongan anak muda dan belia.
Apakah kita juga buta melihat taktik dua pemimpin selama ini
yang pernah menjadi ADUN dan Parlimen di Kota Belud? Fikirkan demi
kesejahteraan bangsa akan datang. Kata seorang Ajk Bahagian UMNO kota Belud, “
TOLAK LAH PEMIMPIN SEPERTI ITU DI DAERAH KITA “ bila hadirnya pemimpin seperti
itu bukan untuk menjernihkan tapi akan mengeruhkan lagi scenario politik akibat
pencaturan mereka yang terlalu licik dan bermotif itu. Kita bukan menolak Barisan
Nasional Tapi kita menolak pemimpin seperti ini. Kalau betul kenyataan ini
kenapa kita sebagai penduduk yang bermaruah tidak mengambil pandangan positif
ini untuk melihat generasi kita terbela nasibnya tak kira yang berpendidiakn
mahupun yang tercicir dari dunia pendidikan. Buanglah fikirkan yang taksub
menyokong pemimpin seperti itu bagi menyuluh jalan kepada generasi baru memilih
pemimpin yang baik dan mementingkan rakyat.
No comments:
Post a Comment