Meneliti perjalanan pembangkang di kota belud PKR, PAS, DAP dan
parti pembangkang tempatan seperti STAR di lihat tidak berani
membongkar isu yang berpontensi membakar kepercayaan penduduk kepada
UMNO/BN di daerah ini seperti isu Tanah Adat, pembinaan empangan
tambuoton, pembinaan sekolah sk Tamau Dll peringkat nasional. isu sebegini membolehkan
pembangkang mendapat mandat dari penduduk kota belud khususnya dalam
meneliti perjalanan setiap isu yang di bangkitkan oleh UMNO di daerah
ini. namun di lihat ianya sekadar menjadi habuk papan apabila di sapu
akan berterbangan di sambar angin keredaan.
pembangkang
tidak memanfaatkan kelebihan dengan semaksimum nya di daerah ini,
sewajarnya isu panas itu mendapat perhatian di peringkat nasional.
pembangkang di daerah ini hanya menunggu pemimpin pusat pakatan rakyat
turun dan memberi pidato terhadap permasalahan di daerah ini walhal
mereka seperti ust Awang Laiman (PAS) dan Abd shukor Mumin (PKR) lebih
diutamakan dalam memperjuangkan hak penduduk di daerah ini. dengan itu
murai berkata, pihak pembangkang yang ada di daerah ini tidak konsisten
dalam perjuangan bangsa khususnya.
mengambil contoh
sebagai pembinaan Sk Tamau yang lewat 3 tahun dari tarikh siap
pembinaan tidak mendapat sambutan kepada pembangkang di mana mereka
akan mendapat modal dalam setiap ruang bicara di daerah ini. projek ini
adalah salah satu projek kerajaan Barisan nasional yang GAGAL di
siapkan dan terbengkalai yang melibatkan kemudahan awam yakni sekolah
rendah. wakil pembangkang yang paling dekat dalam isu kelewatan ini
ialah sdr Ust Awg Laiman Ikin (PAS) yang selaku setiausaha agung
perhubungan PAS Negeri. menampakkan isu ini tidak mengundang perhatian
beliau walaupun tempat tinggal beliau hanya sejangkal di ibaratkan.
setiap hari melalui jalan yang mendedahkan kelewatan ini adalah tidak
wajar jika pembangkang khususnya sdr Ust Awg Laiman tidak menjadikan
isu ini sebagai manifesto dalam setiap ceramah perdana yang diadahkan.
saya percaya isu sebegini akan mendapat tempat di peringkat nasional
jika media pro pembangkang memainkan peranan seperti Harakahdaily dan
TVPAS di peringkat pusat pucuk pimpinan.
sewajarnya,
pihak pembangkang perlu bersikap proaktif dalam setiap isu yang timbul
akibat kepincangan dalam pimpinan UMNO Kota Belud seperti isu 250 juta projek Lembu yang di berikan kepada keluarga sharizat di lihat telah berjaya mendapat perhatian pelbagai pihak tak kira UMNO mahupun pembangkang khususnya.
permainan isu itu telah membongkar di sebalik apa yang berlaku dan seharusnya mereka(pembangkang KB) mengambil ikthibar dalam isu hangat itu.kalau
lah isu di kota belud mendapat perhatian pimpinan pusat dan di ajukan
kepada perdana memberi untuk membuat penjelasan, kira nya kota Belud
seperti burung Helang yang menyambar angin kepincangan UMNO.
2 comments:
slam muraikb..satau artikel yg cukup sinonim, baik dan berkesan. Isu yg patut diketengahkan..teruskan..
wslm sdr KM
sekadar perkongsian idea kepada pembaca.
terima kasih.
Post a Comment