Kawasan Dun Usukan yang di katakan kawasan " panas " politik di Sabah telah meramalkan calon yang merangkul kembali tahta kepimpinan lama sebagai Adun di Usukan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 ini. sumber dapatan maklumat tempatan dan nasional telah memberi satu info yang boleh di percayai bahawa Datuk Salleh akan kembali menakluk kawasan ususkan sebagaimana yang di analisa oleh para penganalisis politik Kota Belud. persoalan nya tiada muka baru kah dalam UMNO KB yang mampu menandingi kehebatan DSSK di usukan? Tokoh ini bukan memperjuangkan rakyat akan Tetapi karier politik peribadi nya. apa lagi yang Datuk Salleg impikan di negeri sabah terutama di daerah Kota Belud yang kecil ini? bermacam-macam jawatan telah pernah beliau pegang Tapi apa yang terjadi kepada daerah ini? murai tdk mengulas panjang strategi politik DSSK di Kota Belud akan tetapi penduduk yang berjiwa merdeka mampu membezakan yang kilauan intan dan kaca.
Bagi Kawasan Dun Tempasuk pula, telah di beritakan seorang rakan murai mendakwa TSPA tidak akan di pertandingan di Dun ini begitu juga Datuk Musbah yang di ramalkan oleh ramai penganlisis politik Kota Belud akan setia pada kerusi Dun Tempasuk ini pada PRU13 nanti. makna nya Dun ini akan mencari muka baru dalam UMNO KB untuk di turunkan dalam medan pilihan raya umum nanti. seperti yang di wartakan oleh seorang rakan murai dari suruhanjaya pilihan raya, antara nama yang tersenarai dalam mengisi kekosongan adalah sdr Roslan Manshor. beliau di katakan di dalam perhatian Datuk Seri Najib untuk di pertandingkan di Dun tempasuk diantara kawasan panas selepas Dun Usukan itu. jika ini dibenarkan oleh Najib dalam PRU maka sdr Roslan seharusnya mempersiapkan diri dalam memerangi pihak lawan di Dun Tempasuk.
jika ini, di realitikan oleh Najib, maka satu masalah lagi yang harus dalam perhatian Najib untuk menggugurkan Nama DSSK dalam senarai di DUN Usukan untuk mengelakkan ramai ahli UMNO melakukan "sabotaj" dalam proses pengundian nanti. dan di khabarkan oleh blogger Kelapa Mawar, Datuk Musbah akan di pertandingan di kawasan parlimen seterusnya menyingkirkan Datuk Rahman dari Kota Belud.
1 comment:
murai oh murai
bagaimana pula roslan jadi calon di tempasuk padahal dia punya keluarga tidak sokong roslan jadi wakil rakyat. kalau Ds Najib pilih roslan bertanding di tempasuk, pilihan najib salah sebabkan kompom kalah roslan di tempasuk.
Post a Comment