
satu kejutan besar kepada penduduk kota belud yang membaca posting berjudul ‘musbah juara rakyat kota belud’ dari blog pipit pekepa, penulisan ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin BN khasnya kepada datuk musbah. Secara langsung ini akan menjatuhkan jati diri dan kepercayaan masyarakat kepada wakil rakyat. Datuk musbah adalah salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, setiap permasalahan rakyat, beliau sanggup turun padang untuk meninjau masalah itu, bukan itu sahaja beliau adalah perintis projek agropolitan di daerah kota belud sejak beliau menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri. kenapa blogger pipit pekepa mencabar kewibawaan wakil rakyat ini?
serangan peribadi kepada wakil rakyat kota belud oleh blogger pipit pekepa yang melontarkan satu penulisan berbentuk penghinaan kepada pemimpin yang bertubuh sasak ini adalah satu kesalahan besar, Jika kenyataan ini tidak di sokong oleh bukti kukuh, maka kenyataan ini adalah satu fitnah besar kepada datuk musbah haji jamli sebagai wakil rakyat dan pembantu menteri. kenyataan ini harus di di ambil serious oleh datuk musbah kerana ia melibatkan diri beliau dan kepimpinan di daerah kota belud.
“Musbah guna dua broker Cina penipu dari Sarawak, Jason dan Justine, kedua-duanya kawan Musbah dan selalu jumpa di pusat judi jackpot kerana dua orang broker ini kaki judi jackpot. Tugas Justin dan Jason ialah mencari kontraktor untuk memberi wang kepada Musbah!”.
Blogger pipit pekepa harus memikirkan baik buruk penulisan ini kerana, ini boleh di bawah ke muka pengadilan jika tidak mempunyai sebarang bukti, bukan bukti sekadar mendengar dan melihat sahaja. Jika kenyataan ini benar atau tidak, datuk musbah harus turun padang menjelaskan perkara yang membabitkan kepimpinan beliau.
“Kayanya Hj Musbah. Duitnya melimpah seperti banjir di kawasan Kingfisher itu. Rumahnya sebanyak 3 buah bersambung seperti rumah Raja Siam. Kereta bersusun kalah-kalah Sultan Perak.”
Bagi murai ini adalah satu bentuk serangan peribadi dan penghinaan secara terang terangan oleh blogger pipit pekepa, keberanian beliau memberi posting ini murai salut tapi bukan tujuan menghina semacam ini. Maruah dan jati diri datuk musbah sebagai pembantu menteri akan pudar dan hilang jika kenyataan ini berterusan. Pemimpin luar akan memandang serong terhadap beliau dan kepimpinan di kota belud, apatah lagi pemimpin pembangkang yang mula menyusun strategi politik mereka. Di harap datuk musbah tampil beri penjelasan sewajarnya bagi membetulkan keadaan ini.