Popular Posts

Thursday, February 11, 2010

DS MA BAPA PEMBANGUNAN BKN DSSK

Pembangunan di negeri sabah dapat di lihat atas dasar kepimpinan yang di terajui oleh ketua menteri sabah sekarang DS Musa Aman, pembangunan yang teratur dan tersusun ini menjadi simbolik kerajaan barisan nasional dalam menerajui politik di sabah.

DS Musa Aman, adalah bapa pembangunan di sabah, sejak beliau memegang jawatan sebagai ketua menteri sabah, pembagunan mula tumbuh seperti kulat tumbuh selepas hujan. walaupun pun beliau banyak di kaitan dengan masalah kewangan namun jasa dan pemikiran beliau untuk membangunkan sabah sangat di hargai.

DSSK yang di war warkan sebagai bapa pembagunan sebenarya, beliau belum layak mengikut pelgabai aspek yang di perincikan, melihat dari sudut daerah kota belud, beliau sendiri tidak berkemampuan untuk membangunkan daerah yang beliau pernah menjadi ahli parlimen suatu ketika dahulu.

kewujudan 1Borneo menjadi petanda negeri sabah selepas universiti malaysia sabah. suria sabah telah berjaya di siap bagi mengundang pelancong di luar kota mahu pun luar negara. jika jawatan ketua menteri akan kekal di pegang oleh DS Musa Aman pada PRU13 nanti, keberangkalian yang tinggi, bahwa negeri sabah di iktiraf sebagai sebuah negeri membeli bela di malaysia.

namun system politik membuatkan seseorang itu menjadi ibarat sebuah roda, kecekapan dan keakraban dengan pemimpin pusat adalah satu kaedah untuk terus kekal memegang jawatan seperti itu. politik memang di lahirkan untuk menjadi kuasa dan pengaruh untuk seseorang yang terlibat secara lansung dalam dunia kepolitikan ini.

-Murai.kb-

15 comments:

musli oli said...

salam murai KB

Barangkali penilaian amat adil jika tempuh masa memegang jawatan KM Sabah itu sama. SSK hanya 18 bulan. Datuk Musa 7 tahun, sejak 2003 setelah mengambil alih daripada TS Chong Kah Kiat.

Perincian harus dilakukan terhadap keupayaan seseorang pemimpin berdasarkan sasaran pembangunan melihat secara fisikal memang banyak pembangunan privately initiated seperti kompleks2 membeli belah dan hotel. Tapi apakah kesan terhadap pembangunan sebenar? Bagaimana kebajikan rakyat?

Kerajaan BN dibawah pimpinan Musa mensasarkan setinggan sifar dan kemiskinan tegar sifar pada 2010. apakah sasaran itu telah dicapai?

peratusan2 ini harus di kaji dan disiarkan utk sokong hujah-hujah mengatakan Musa Bapa Pembangunan dan bukan Harris Salleh.

Salam MO

Murai.KB said...

salam musli oli

terimah kasih kerna singgah di kandang murai.kb dan seterusnya memberi komen yang bernas. tahniah sy ucapkan.

sdr musli,1st, penulisan murai.kb kali ini ialah menjurus kepada skop pembangunan di sabah,bkn melebarkn kpd isu kemiskinan atau tempoh kepimpinan. murai,kb menegaskn, sejak DS MA memegang jawatan sebagai ketua menteri, beliau telah memberi satu era pembangunan di negeri ini. jalan btgkat, komplek membeli belah dan etc..adlah 1 bentuk pembahruan yg di buat oleh ketua menteri ini.

soal kesan terhadap pembangunan ini tidak perlu di bicara kan dalam konteks pembinaan ini, setiap apa yg di lakukan memerlukan kesan negatif mahupun positif. itu lumrah
sesuatu pembangunan, kerajaan BN adalah sinonim dgn pembangunan, jadi jika di salah kan pembangunan yg di buat oleh DS MA, maka secara langsung sdr musli menyalah kerajaan BN.

dalam soal isu kemiskinan, murai.kb secara jujur sgt serious memandang gejala ini, kemiskinan tegar x dpt di selesaikan jika kelencongan di lakukan, hrp sdr musli fhm apa yg di katakan dgn kelencongan/kebocoran itu. di kota belud sahaja masalah kemiskinan ini adalah masalah utama penduduk di sini,murai.kb berpendapat, DS MA tidak seprihatin wakil rakyat dgn masalah ini akan ttp sebaliknya wakil rakyat yg bertangungjawab menyuarakn maslah ini di pihak atasan, kerana mereka adalah wakil penduduk di setiap daerah. setiap masalah rakyat mereka org pertama yg harus mengambil tindakan.

angka sifar(0)kpd setinggan adalah mustahil, tp hakikatnya perumahan setinggan telah berkurangan (fokus kpd kk shaja).

sdr musli, knp murai.kb memberi hujah bahwa DS MA adalah bapa pembangunan, buktinya skrg ini, keselesaan kemudahan di kk yg sdr kecapi itu adalah salah satu buktinya, aspek kesesakan lalu lintas dpt di kurgkn dgn pembinaan jln btgkt, kompleks yg sempit di besar dgn pembinaan 1borneo,suria sbh, tanjung aru di iktiraf sbgi pekan hijau, etc..

hal seumapama ini tidak perlu di jelaskan kpd sdr musli lagi, DSSk telah mentdbir kepimpinan politik di kota belud boleh di katakn bekurun lama nya, tp hasilnya kota belud hnya sekadar pekan kota belud, masalah bekalan air dr kampung ke kampung pun tdk dpt di selesaikn. apa lgi dgn konteks pembangunan. soal tempoh memegang jwtn ketua menteri selama 18bulan adalah bkn satu kekangan, pengaruh DSSK di pihak atasan ibarat tdk lapuk di telan zaman kepolitikan. dan sbb itu juga murai.kb memberi peratusan kpd DS MA sbgi bapa pembangunan di sabah, selain tempoh jawatan, beliau mewarnai pembangunan di negeri ini.

sdr musli, kta membidas hujah seseorang bkn untuk kepentingan peribadi atau pn untuk meraih populariti dan simpati,tp sewajarnya membidas biar yg releven untuk di bicara oleh minda yg merdeka drpd jajahan politik, tdk di nafikn sdr musli juga seorang yg berpengaruh tp itu bukan modal untuk menjadi kebal di mata rakyat.

-murai.kb-

musli oli said...

murai kb,

kita fokus membicara topik dan isu bukan soal siapa Musli Oli. saya tidak kata saya kebal.

Hanya saya kata lebih adil membuat penilaian jika perbandingan itu lebih adil. membandingkan Musa dan SSK tidak adil kerana Musa 7 tahun dan SSK 18 bulan sebagai KM.

Barangkali adil jika Harris Salleh dan Musa dibandingkan kerana Musa 7tahun dan Harris Salleh 8 tahun 3 bulan.

Saya hanya katakan SSK dalam tempuh 18 bulan telah berjaya membawa pembangunan persekutuan membina UMS dan lebuhraya Kota Belud dan Ranau By Pass.

Mungkin byk dapat dilakukan di KB atau Sabah jika tiada penggiliran ketua menteri Sabah dan SSK berpeluang memegang jawatan lebih lama.

Mengenai jalan bertingkat dan lain-lain di Kota Kinablu itu diakui satu kejayaan Musa aman tetapi saya persoalkan kenapa sasaran pembanguanan tidak berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sedangkan Kerajaan Pusat memberi berbilion peruntukan? kemana wang itu disalurkan?

Kadar kemiskinan pada 1994 sebelum BN memerintah ialah 18%. Pada tempuh 5 tahun pertama pemerintahan BN (1994-1999) kadar itu turun kepada 13% iaitu termasuk tempuh SSK sebagai KM Sabah. Pada tempuh 2000-2003 ia juga berkurangan kepada 11% ketika TS Chong Kah Kiat.

Tetapi kenapa semasa Musa aman kadar kemiskinan meningkat 23%? statistik tidak berbohong. Ini adalah angka rasmi.

Hujah2 akademik begini yg saya mahu untuk sokong kenyataan kita bukan semata-mata sokong kerana apa yg kita lihat. Bangunan indah, hotel mewah tetapi bangsa kita hanya layak jadi security guard, bersih tandas, tapi kadar pengangguran bertambah. Kadar jenayah meningkat dan miskin semakin ramai. apakah bangsa kita hanya sekadar jadi penonton dan tidak dapat kecapi kemewahan dibumi sendiri?

sebagai orang tua, saya mohon murai jgn cepat emosi jika tulisan Murai di tegur dan diberi kritikan. anggaplah ia satu proses pembelajaran.

salam MO

Murai.KB said...

salam musli oli

murai.kb tdk bersifat emosional seperti sangkaan sdr musli. setakat ini komen murai.kb tdk menyoal siapa musli oli? murai.kb tdk mgaitkn isu ini dgn sdr musli, hrp diberi penelitian yg wajar.

sdr,penulisan murai.kb mengenai pembangunan bkn kemiskinan. konteks peningkatan kadar peningkatan kemiskinan tdk bsgkt paut dgn perbincangan ini. sdr jgn kaitkn isu kemiskinan dgn pembangunan, itu dua isu yg berbeza, basmi kemiskinan mempunyai peruntukan khas begitu juga dgn pembangunan.soal kemana peruntukan itu adalah masalah yg berbeza dgn isu yg murai.kb bawa kn ini..

murai.kb menyatakan td, masalah kemiskinan ini dpt di kaitkn dgn masalah KELENCONGAN/KEBOCORAN. itu perlu di fhmkn. sdr musli, keadilan adalah di mata rakyat bukan fakta yg boleh di putar belitkn. mmg benar dssk hnya memegang jwtn ketua menteri slama 18bln, tp itu bkn tempoh yg sgkt utk sesuatu pembangunan.

wlupn begitu,kta berbalik ke isu yg utama, isu yg murai.kb post kn adalah DS MA adalah bapa pembangunan bkn DSSK..adakah sdr musli bersetuju dgn ungkapan ini berdasarkan dgn fakta dan realiti yg ada? klu pn murai.kb berlaku tdk adil dalam perbandingan ini,adakah harris salleh layak di gelar bapa pembangunan sabah? fikirkn sdr..

sdr musli, klu isu politik di akademik kn akan terjadi ketidak telusan disitu. penilaian yg tepat hnya pd rakyt yg setia kpd pemimpin.

musli oli said...

murai kb,

kalau pembangunan dan kadar kemiskinan tiada hubung kait saya pun tidak tahu di mana Murai belajar sabjek ekonomi. Dalam teori economic growth, pembangunan di nilai berdasarkan pemilikan rakyat dan pendapatan bolehguna atau disposable income.

Saya belajar ekonomi selama 8 tahun dan tidak pula ada pengasingan antara econmic development dengan kesejahteraan rakyat..tak tahulah kalau Murai belajar dari universiti luar negara!

apa erti pembanguan jika 23% rakyat adalah miskin dan pengangguran pada kadar tinggi. Apakah ertinya kekayaan hanya dinikmati sebahagian kecil rakyat?

Saya lebih bersetuju Harris Saleh adalah bapa pembangunan bukan Musa Aman. Banyak GLC ditubuhkan sewaktu Harris yang mencipta peluang pekerjaan dan meneroka bidang baru. Apoa bidang baru yang musa terokai?

Murai mesti buat dan lakukan kajian terperinci jgn tulis hantam sahaja jika membabitkan isu yang agak akademik. Imej penulisan mesti di jaga agar kita tidak kelihatan kurang arif dalam bidang yg kita tulis. lebih baik tulis politik biasa jgn bidang teknikal.

salam MO

musli oli said...

Salam Murai KB,

apakah itu pembangunan? bagaimana kita mengukur pembangunan?

Pembangunan diukur melalui pendapatan, pengeluaran dan perbelanjaan negara. Pengiraan secara makro dan mikro. Pendapatan negara dan pendapatan isi rumah sentiasa diambil kira dcalam menilai kadar pertumbuhan dan pembangunan negara.Kedua-dua elemen ini tidak boleh dipisah dan tidak boleh di asingkan seperti yg Murai KB kata itu.

Pendapatan isi rumah inilah yang menjana pendapatan negara. Kerana itu di zaman tun Mahathir kerap diberikan peruntukan premtif kepada MP untuk menjana pembangunan dalam satu-satu daerah. Umpamanya pernah diberikan RM7 juta setiap kawasan parlimen yang perlu dibelanjakan dalam tempuh yang singkat.

Wang ini akan menjana ekonomi rakyat kerana kontraktor kelas F akan mempunyai wang dan ekonomi daerah akan hidup dan semua secara tidak langsung akan beroleh pendapatan.


akan berlaku apa yang dipanggil dalam ekonomi sebagai "trickle effect" atau ketirisan. restoran akan laku, penjual ikan akan beroleh pendapatan dan seterusnya....

musli oli said...

untuk makluman Murai KB,

Saya salah seorang panel yang berdialog dengan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN, Tan Sri Amirsham, membincang secara tertutup mengenai Model Ekonomi Baru yang dilancar PM pada hujung Februari ini.

Insyallah pada Rabu ini jika semua berjalan lancar saya juga akan menjadi salah seorang panel dalam rancangan Astro Awani membincang Model Ekonomi Baru.

Saya jemput Murai KB melihat paparan/artikel ekonomi dalam blog Sekali Ketuk utk mengetahui lebih lanjut.

Salam MO

Pak Cik Amin said...

Muraikb..

saya rasa ada kebenaran apa yg sdr MO katakan itu..Datuk Haris Salleh lebih banyak menyumbang pembangunan ekonomi dan infrastruktur di sabah daripada pemimpin lain .Tidak tahulah pula pada masa akan datang...

Murai.KB said...

slm semua

mgkn penulisan murai kali ini tdk mdpt reaksi positif mlh di beri tomahan kerna tdk tdk berlaku adil kpd kenyataan musa aman bapa pembangunan sbh.

kpd sdr musli, murai berterimah kasih atas komen sdr yg agak akademik tu, murai myangka sdr ini seorg yg profesional, rupa seorg yg emosional. di jentik sedikit terus melenting, murai masih mengingati slh seorg penduduk kb mgtakan, jika melihat kekuatan musli oli, cabar peribadi beliau, kamu akan melihat kejaguhan nya.
ternyata, ungkapan itu adalah realiti.

namun penulisan kali ini murai harus mgkaji dgn teliti bg mdpt reaksi yg positif dr blogger semua. mgkn selepas penulisan ini, murai kan memberi satu posting mengenai sabah maju dan rakyat miskin, hrp org pertama yg memberi komen adalah sdr musli.

akhir skali, terimah kasih kpd sdr musli krna menjemput murai utk myaksikn rancangan sdr itu. wlu mcm mn pn sdr musli sempt utnk mencari populariti mempromosi dirinya di blog murai kb untuk menaikn nama nya kelak.tahniah,

-mura.kb-

Abdul Maruf Ismail said...

Salam Saudaraku,
Ini kali pertama saya layari dan memberi komen dalam blog saudara.

Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak. Masa Datuk Seri Salleh jadi Ketua Menteri lebih singkat berbanding Datuk Seri Musa Aman.

Tapi dalam temph 18 bulan itu, Datuk Seri Salleh berjaya buat lebuhraya KB by pass dan Ranau by pass.

Oleh kerana dasar penggilaran jawatan Ketua Menteri dimana limite menyandang jawatan itu 2(dua)tahun.

Jika saya jadi Ketua Menteri dalam tempoh 2 tahun pun mungkin parit atau pagar rumah saya sahaja yang saya mampu buat.

Saya kawan rapat dengan Datuk Seri Osu, dalam tempoh 2 tahun pun tak banyak yang boleh dia buat.

Bangunan One Borneo retak-retak. Mozek dia pun retak-retak juga. Takut saya shopping disana.

Saudara perlu fokus kepada isu sebenar jangan serang peribadi dan orang yang beri komen.

Salam Takzim.

musli oli said...

salam Murai KB,

Kamu serang peribadi saya tidak kisah..ini blog kamu suka hatilah apa nak buat pada orang yang ikhlas memberi komen utk membetulkan kesilapan kamu mengenai konsep ekonomi.

Untuk menentukan kadar pembangunan biasanya kita merujuk kepada KDNK atau GDP. Dan pendapatan rakyat dinilai berdasarkan pendapatan perkapita.

Penilaian konvensional ini kadang-kadang tidak adil kerana gagal melihat jurang pendapatan. dalam ilmu ekonomi di kira melalui Geo-coefficince iaitu mengkaji kadar income gap antara yang kaya dan yang miskin.

Saya harap Murai KB baca dan belajar basic ekonomi dulu sebelum mengolah artikel tentang ekonomi. jangan sampai ada yang mempertikai hujah Murai sebagai hujah bodoh dan tidak berasas. Belajarlah jangan marah kalau ditegur. Jangan ego tidak bertempat kalau ilmu hanya panjang sejengkal!

Saya hanya tidak setuju Murai KB mengasingkan isu pembangunan dan kemiskinan. Soal Murai sokong Musa Aman itu hak kamu sebagai pengampu politik. Saya juga tidak membela SSK, hanya saya kata "kurang adil" perbandingan yang Murai buat tu kerana tempuh yg tidak sama.

Teori mana kelencongan/kebocoran? mungkin kamu belajar di tingkatan 2 barangkali...kebecoroan memang ada dalam "Perbelanjaan Rumahtangga" bila wang yang sepatutnya ditabung dan dilaburkan tetapi disimpan dalam bentuk simpanan beku seperti membeli emas atau simpan dibawah tilam. Dalam ekonomi dipanggil"kebocoran" kerana wang itu keluar daripada pusaran wang dalam masyarakat.

Tapi "kelencongan" tiada istilah bangang seperti itu...maaflah saya dedahkan kebodohan murai dalam bidang yang saya tahu sangat-sangat.

Salam MO

Murai.KB said...

salam semua..

menyerang peribadi bkn tabiat simurai, disini murai melihat sdr musli TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN ATAU WAKIL RAKYAT. beliau sgt emosional. itu bkn sifat seorang pemimpin yg berwawasan.

murai dpt risikn musli ini akan bertanding di PRU13 nti, jd pakat2 kta jgn undi dia, klu dia jd wakil rakyat itu akan mengeruhkan keadaan politik di KB lg.

semua komen sdr itu, murai.kb terimah dgn profesional, mgkn ada benarnya, tp sdr musli tdk septt nya mgeluarkn kata yg kurang ajar kerna itu akan memcalarkan imej sdr sbgai bakal pemimpin kelak. murai.kb tdk kisah klu penulisan kali ini di beri kritikan yg dasyat dr sdr musli. kerana setiap pandangan individu adlah berbeda.
jgn sombong dan bongkak dgn ilmu yg kita perolehi.

wlupn begitu hrp sdr sentiasa cool, jgn mrh2 tdk baik utk kesihtan, sdr sdh tua, umur bkn kta jaga. di harap di maafkn jg jika komen murai.kb sdr rasa adalah serangan peribadi dr murai.kb.

terimah kasih kerna sudi memberi komen agak akademik itu.

musli oli said...

salam murai,

terima kasihlah...kalau saya mahu popular tentu yang SALAH pun saya kata BETUL. Tapi saya bukan jenis begitu. Yang salah tetap ditegur. Yang benar tetap saya sokong.

Kalau berkata benar itu Murai bawa pakat-pakat tidak undi tidak apa. saya berterima kasih sekurang2nya saya membetulkan kesilapan Murai mengenai konsep ekonomi.

Terima kasih banyak kerana menerima pandangan orang tua seperti saya.

salam MO

Murai.KB said...

salam sdr musli

komen dan kritkan sdr amat murai hargai, mgkn murai salah buat penulisan, mgkn atas sebab tempoh yang berbeda.

namun, ungkapan, bodoh, bangang tidak seharunya keluar dari mulut seorang yg bakal jadi pemimpin. sdr mmg tidak pantas untuk menjadi pemimpin. DSSk pn di kritik hebat, apatah lagi TSPA, tapi mereka memberi respon yang profesional.bkn mcm sdr musli.

murai tidak mengasingkan pembangunan ekonomi dengan kemiskinan, yang murai tegaskan penulisan murai hanya kepada skop pembangunan.

sdr musli, kita berbicara biar berhemah, murai tidak mgatakan bahwa idea sdr bodoh dan bangang, kesilapan harus di perbetulan bukan pembetulan maki hamun sdr.

sdr seorang yang bertauliah, masakan perkara seumpama itu di keluarkan dan dibacakan kepada orang ramai, ini ciri seorang pemimpin?

maafkan murai jika penulisan tidak menepati perkara sebenar dan terimah kasih juga kerana sudi memberi komen.

Murai.KB said...

sdr kita hnya bertukar pendapat bukan berbahas dan memaki hamun, komen yang sdr berikan banyak murai pelajari.

murai merasa terkilan bila mana ulasan murai di kata kan serangan peribadi, ini tidak masuk akal, selama ulasan murai, tidak pernah rasa nya memmperikai kedudkan musli, siapa musli, knapa dan magapa musli. yang murai tegaskan hanya soal penulisan murai dan respon murai berdasarkan komen sdr.

murai harap sdr musli tidak mengulangi ungkapan yang tida profesional itu keran itu akan memgeruhkan keadaan lagi.

-mura.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.