Popular Posts

Wednesday, February 3, 2010

AKHLAK REMAJA SALAH SIAPA?


Banyak benda dan perkara yang dapat di kaitkan dengan remaja atau nama glamour nya generasi belia, banyak cogan kata yang menimbulkan keghairahan remaja untuk menjadi belia yang berwawasan, namun dalam dunia yang semakin moden, ramai di kalangan remaja yang melibatkan diri dalam jenayah, bukan itu sahaja, BUDAYA BARAT di agung-agung kan oleh golongan ini. salah siapa?

dalam negara yang pesat membangun, remaja kini lebih advance untuk mendapat semua kemahuan tanap mengenalpasti yang halal dan haram di sisi syarak. pergaulan yang tidak terbatas sangat menyumbang kadar jenayah, bukan itu sahaja remaja di kaitkan dengan budaya samseng dan rempit jalanan. salah siapa?

negara khusus nya malaysia perlu ada pelapis kepimpinan yang berkaliber, namun jika remaja awal nya di jajah oleh sifat mazmumah seperti ini, adakah negara bakal mendapat bakal pelapis kepimpinan? salah siapa?

luas nya menerangkan keseluruhan negara malaysia, saya mengambil skop kecil di kota belud, meninjau keadaan di pekan, suasana di penuhi dengan remaja yang berkeliaran dengan gaya yang menjijikan kesucian permandangan mata. mereka seperti tiada hala tuju dalam semua aspek, pergaulan yang begitu rapat menimbulakn perasaan prasangka antara pihak. salah siapa?

ibu bapa berperanan penting untuk mengawal dan menyelidik kegiatan di luar pengetahuan mereka, kerana ini akan menjejas kan imej keluarga khusus nya dan am nya bagi daerah kota belud sendiri, pertubuhan belia harus di wujudkan bagi membendung segala aktivti yang kurang sihat. renungkan untuk generasi belia kota belud.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.