Popular Posts

Thursday, February 4, 2010

UMNO KB BETUL KAH CELARU


Pelbagai tomahan yang di lempar kan kepada kepimpinan di kota belud, mereka mengatakan kepimpinan di kota belud hanya untuk kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat sewajarnya. tomahan seperti itu sering di dengari daripada golongan muda yakni sebagai pemerhati muda senario politik di daerah ini.

ada yang mengatakan sebagai golongan muda hendaklah patuh dan hormat kepada pemimpin yang sedia ada, kerana mereka ini ada tunggak dan hulubalang kota belud,segelintir juga mengatakan pemimpin yang memelihara periuk nasi diri dan keluarga nya tidak pantas untuk kekal dalam dunia politik khusus nya di kota belud.

UMNO KB di katakan bercelaru kerana tiada tunggak asas rumpun bangsa yang di jadikan pegangan dan pautan pemimpin untuk terus memimpin tiga suku bangsa ini, USBO tertubuh bukan untuk penyelesaian suku bangsa tapi di jadikan batu loncatan orang tertentu, kenapa dan mengapa USBO tertubu mesti di kaji semula, kerana kepimpinan dalam persatuan NGO ini di lihat menyimpang jauh dari tujuan asal.

golongan baru terlalu muak dengan permainan politik di kota belud untuk meraih simpati kepada masyarakat, PRU13 akan muncul, pelbagai strategi yang di pasang untuk memancing undi rakyat. Dalam kecelaruan politik kb, tidak di nafikan ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan, manusia seperti ini di anggap sebagai tidak berhati perut.

(relevan atau tidak UMNO KB celaru, saya menantikan respone blogger kelapa mawar)

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.