Popular Posts

Thursday, February 4, 2010

MARKAS PKR KB GUGAT UMNO


Pembinaan Markas baru PKR di kota belud berhadapan dengan bangunan pasar besar kota belud di katakan bakal mengugat kewibawaan kepimpinan UMNO KB menjelang PRU13 nanti, pergerakan PKR di susun atur dengan bijak, tertubuhnya markas ini akan merancakan lagi senario politik di daerah kota belud.

pelbagai tafsiran bila PRU13 menjelang nanti, parti perikatan rakyat ini kononnya akan membuat satu kejutan besar buat daerah kota belud, menyelami kegagalan DMHJJ di kg TAMAU pada pilihan raya yang lalu, menguatkan lagi andaian para penganalisis politik di kota belud.

TSPA dikatakan akan melepaskan jawatan sebagai yang dipertua speaker dewan rakyat parlimen dan akan bertanding pada PRU13 atas tiket parti bebas. tafsiran ini mendapat sokongan para penganalisis politik terutama blogger KM. PKR pada umum nya tidak lah sehebat UMNO yang sudah lama bertapak di kota belud sejak zaman tun mustapah lagi yang dahulu nya di kenali sebagai USNO.

Kini PKR mecipta sebuah markas bagi meraih pengaruh dan kepercayaan penduduk di sini, kehebatan penyokong PKR di semanjung tidak dapat di pertikai kan lagi, pengaruh kepimpinan DS ANWAR akan di perturunkan di daerah untuk mendapat sokongan yang hebat, walaupun hakikat nya UMNO di KB lebih kuat berbanding dengan parti lain.

perbezaan rakyat dahulu dan sekarang adalah ILMU. kerana ilmu rakyat mengenalpasti kecurangan dalam politik, dan kerana ilmu juga rakyat di angkat martabat nya. kini rakyat percaya bukan lah wakil rakyat yang memberi perubahan pada sesuatu daerah itu tapi rakyat lah yang memandu perubahan itu. pemimpin harus sedar kuasa dan pengaruha mereka diatas dokongan dari rakyat. Murai.KB.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.