Popular Posts

Monday, February 8, 2010

JAWATAN KK/JKKK KAJI SEMULA

pada zaman penjajahan british di tanah melayu, system pendidikan ketika itu terhad kepada orang melayu kerana di pengaruhi oleh factor penjajah. Di sabah/ Sarawak turut di jajah oleh british, system pendidikan yang tehad membuatkan penduduk ketika itu di pengaruhi perasaan takut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Dalam suasana penjajahan, tidak ramai ibubapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk keluar ke sekolah. Kesan nya pada sekarang, ramai yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira dengan tepat, sesetengah tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa melayu apatah lagi dalam berbahasa English. Kelemahan pendidkan ini berlaku khususnya di sabah. Jauh nya sesuatu perkampungan itu di pusat Bandar akan menambah kan lagi kebantutan pendidikan..

System pemilihan jawatan ketua kampong dan jawatankuasa ketua kampong harus di kaji semula kerana pengambilan calon tidak mengambil kira gred pendidikan dan kelayakan seseorang itu, kesannya ramai di kalangan kk/jkkk tidak pandai membaca mahu pun menulis, ini menyumbang kekusutan dalam sesuatu pengurusan yang di lakukan. Selain itu, akan menjadikan sesuatu kampong menjadi lesuh layu tanpa pembangunan yang di buat, sedangkan ada peruntukan khas sebagai kk/jkkk untuk memajukan sesuatu kampong itu. Ini kerana kurang nya pengetahuan dalam aspek pengurusan.

Ketua kampong wajib menjaga kebajikan orang yang berada di bawah jagaan nya, namun jika perkara seperti ini tidak di ambil kira, nasib penduduk kampong tidak akan dapat di bela dan jika terdapat sebarang bantuan dari kerajaan kemungkinan tidak akan dapat di salurkan dengan baik. Selain itu, kampong akan menjadi usang tanpa kemudahan – kemudahan asas yang di sediakan. Bekalan air, pondok telefon, pili bomba, parit yang sempurna dan bermacam macam lagi tidak dapat di nikmati oleh penduduk kampong berkenaan.

Murai.kb berpandangan, sesi pemilihan apabila tamat kontrak jawatan ketua kampong dan jawatankuasa ketua kampong mesti melihat pelbagai aspek, jika perlu buat satu sesi temu duga untuk mencari calon yang selayaknya untuk mejamin kehidupan yang lebih selesa di masa akan datang.

No comments:

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.