Popular Posts

Wednesday, February 17, 2010

MUSLI TIADA CIRI PEMIMPIN RAKYAT

Dalam penulisan murai.kb tempoh hari, menyaksikan sambutan yang begitu membanggakan walaupun ada yang berbidas pendapat antara penulis dan pengomen. Dalam penilitian murai, mengikut cara dan kaedah pengomen iaitu sdr musli, beliau sangat beremosional dalam memberi kritikan walaupun hakikatnya komen itu ada rasional nya.

Pada mulanya murai, menerima kritikan walaupan sedikit tiada persefahaman antara murai dan musli. Murai hanya melayan komen dan kritikan sdr musli berikan itu, tidak di nafikan komen sdr musli memang ada benarnya, dia mengatakan untuk membetulkan konsep ekonomi dan perbandinagn antara DSSK dan DS MA adalah tidak adil murai terimah dengan minda ceria, lagi pun murai hanya mencadang bukan untuk membuat faktah, menghina atau mengaibkan sesiapa, namun kritikan demi kritikan yang di lemparkan oleh musli, memberi 1001 persoalan kepada murai.kb, kerana itu hanya cadangan dan pandangan dari murai untuk membuka minda masyarakat siapakah yang lebih layak di gelar bapa pembangunan.

Namun murai.kb menerima tomahan itu sejujurnya, murai,kb menganggap itu adalah satu prosess kematangan jika terlibat dalam dunia blogger ini. Pada akhir komen sdr musli, murai agak terkilan kerana seorang yang bakal menjadi pemimpin melontarkan kata-kata kesat bodoh,bangang, itu bukan budaya melayu apatah lagi budaya orang kota belud sendiri, pada murai.kb itu bukan cirri seorang pemimpin yang professional kerana jika seseorang itu menjadi wakil rakyat, pelbagai masalah dan kritikan akan di hadapi sebagai pemimpin, namun jika sikap dan tabiat musli sebgini rupa, adakah dia layak di gelar pemimpin rakyat?

Ulasan yang murai.kb post kan tidak berbentuk serangan peribadi kerana sdr musli adalah murai kenali sejak 10tahun yang lalu,murai lansung tidak mempersoalkn kedudukan siapa musli, murai tidak mengaibkan beliau,murai hanya bertukar pandangan kepada beliau yang juga bekas penolong kanan DSSK suatu ketika dahulu itu, murai merasa beliau memang tidak layak di angkat sebagai wakil rakyat. Namun penulisan ini bukan untuk menjatuhkan beliau tapi ini adalah pendapat sejujurnya dari murai kepada masyarakat seterusnya kepada musli sendiri.

Musli oli sangat emosional jika di bandingkan dengan pemimpin yang lain, murai.kb sangat menghargai DSSK walaupan beliau di kritikan dengan dahsyat namun, beliau hanya menghadapi sebagai pemimpin yang berprofesional dan berkaliber. Bukan itu sahaja, TSPA juga kritik dengan hebat, tapi mereka hanya memberi respon yang positif, bukan komen yang keterlaluan seperti musli oli, adakah ini mempunyai ciri seorang pemimpin rakyat? Bagaimana menghadapi masalah rakyat jika perkara seperti ini di katakan serangan peribadi dan melontarkan maki hamun?

Murai berfikir sejenak, jika seseorang itu berbuat baik, masyarakat tidak sangat melihat perkara seumpama itu tapi jika seseorang yang selalu berbuat baik itu berbuat jahat walaupun sekali, sampai akhir hayatnya, masyarakat akan memngingati perkara itu, murai.kb tidak mengatakan musli berbuat jahat, tapi komen itu menunjukkan seseorang sebagai professional atau tidak. Bertauliah atau tidak, pandai berbicara atau tidak, baik budi atau tidak dan sebagainya.

25 comments:

kunyit said...

Salam Murai,
Ada manusia yg samseng dan lebih kurang ajar sebelum jadi pemimpin dan di terima rakyat...Yusop Amat Jamli, MB Pahang sekarang, jgn melebel org terlalu awal..kita tidak tahu apa latar belakang seseorang sebelum dia jadi pemimpin...bye murai

musli oli said...

salam Murai KB,

saya mohon Murai membetulkan ejaan. Saya nasihat penulis hati-hati dengan ejaan, kerana ejaan yang salah menunjukkan kedangkalan ilmu penulis. sebagai seorang penulis, Murai KB kena jaga imej penulisan.

Sebagai contoh terima bukan 'terimah', fakta bukan 'faktah'. Mohon diperbetulkan.

Memang lumrah hidup saya menegur apa yang SALAH. Menyokong apa yang BENAR. Jika teguran saya dalam paparan terdahulu itu agak kasar dan dianggap kurang ajar maka saya minta maaf dengan Murai KB yang budiman.

Orang yang mengajar ini ada yang kasar dan ada yang lembut. Masing-masing ada style tersendiri. Ramai juga cikgu yang agak kasar dan garang tetapi niatnya mahu membetulkan KESALAHAN. Terimalah dengan baik.

Saya tidak kenal Murai dan Murai sebaliknya kenal dengan saya, maka saya tidak tahu apa lagi kata-kata selain dari mohon maaf.

Salam MO

Murai.KB said...

Salam sdr musli

terima kasih sdr musli atas pembetulan ejaan, murai amat menghargai. itu hanya kesilapan semasa proses penaipan. sdr mmg layak menjadi pendidik, klu ahli politik agak susah sikit.

murai.kb menerima teguran tapi bukan teguran yang tidak berhemah, dan tidak beradap. bodoh, bangang bukan budaya kita. seorang cikgu pun menegur anak murid perlu etika apa lagi seorang pemimpin menegur kroni nya.

bukan lumrah hidup sdr musli seorang, murai pun turut membetulkan sesuatu kesilapan tapi teguran kita berbeda caranya.

bukan mohon maaf murai hendak kan dari sdr musli, sekurang kurang nya kita berbincang dengan lebih terbuka tanpa perkataan yang kesat di dengari oleh telinga bagi seorang yang terbuka minda nya. sdr musli sdh tua, rasa segan bila orang tua mohon maaf. murai harap sdr musli terus cool, jgn terlampau mengikut perasaan bila memberi komen atau teguran.

murai.kb harap, penulisan kali ini sdr musli menganggap ini bukan serangan peribadi dan menjatuhkan emej sdr, ini hanya pendapat dan teguran daripada orang muda.

Murai.KB said...

salam kunyit

nasib baik bukan halia..
yusop amat jamli menjadi MB pahang kerna mainan politik, masakan masyarakat menerima pemimpin samseng seperti kunyit nyatkan itu. begini lah kunyit, adakah ko mahu dipimpin pemimpin samseng? kunyit2..

melebel seseorang bukan tabiat murai.kb. itu hnya pandangan. apa pn murai berterima kasih kpd kunyit kerna sempat singgah ke kandang murai.kb dan seterusnya meninggalakan sebaris pandangan.


-murai.kb-

musli oli said...

cuba murai imbas kembali komen saya...

Pertama saya komen, amat tidak adil bandingkan tempuh musa dan SSK sebagai ukuran siapa bapa pembangunan. akhirnya kamu setuju.

Kedua, saya komen jgn asingkan konsep pembangunan dan kemiskinan kerana ianya memang tidak boleh dipisahkan. Ini adalah konsep economic growth!

Kedua-dua komen ini saya sampai dengan baik..tetapi Murai pula serang peribadi dengan kata-kata saya tidak boleh dijentik, tidak layak jadi pemimpin dan sebagainya. Murai tidak fokus kepada isu sebaliknya serang saya bukan pandangan saya!

Selepas itu barulah saya komen Murai jgn keluarkan hujah yang bodoh dan teori ekonomi yang bangang..saya tidak maksudkan murai bodoh dan bangang! mesti faham konteks ayat saya.

Susah juga ajar budak-budak yang cepat egonya tercalar ini...

salam MO

musli oli said...

salam Murai KB,

Saya ini orang tua dan orang lama dalam penulisan politik. Agaknya saya menulis sejak 1979 mungkin Murai KB belum lahir pada ketika itu atau masih kanak-kanak.

Saya menulis akhbar WATAN dengan nama Khalid Alwalid setiap minggu sebagai kolumnis. Ketika itu saya belajar dalam Fakulti Ekonomi Universiti Malaya.

Selepas itu saya terus menulis rencana dalam Dewan Masyrakat, Widya dan pada 1990 mulai menulis buku politik. Sehingga sekarang beribu artikel politik dan 8 buah buku politik.

Saya nasihatkan Murai dan anak-anak muda yang ingin menjadi penganalisa politik. Kita mesti ada etika penulisan dan bertanggungjawab terhadap tulisan kita kerana ia bahan yang di dokumentasikan kepada umum.

PENULIS mestilah berlaku adil dalam penghujahan dan mesti disokong fakta. Cuba berada ditengah perbincangan dan jangan memihak!

Jika umpamanya tulisan kita dicabar kesasihannya, kita mesti pertahankan dengan hujah dan jangan ambil tahu siapa orang yang memberi komen dan serang orang yang memberi komen itu. kita patahkan hujahnya bukan orangnya! Kita mesti fokus kepada isu dan bahan yang dibincangkan. Siapa yang memberi komen atau kritikan adalah tidak penting.

Yang penting adalah kritikan dan hujah-hujahnya untuk kita ulas dan patahkan hujah-hujahnya. Siapa orang itu tidak MUSTAHAK kerana yang menilai adalah pembaca dan umum. Mereka adalah hakim sebenar. Mereka tahu siapa yang emosi dan siapa yang tidak!

Harap pandangan orang lama dan veteran Murai KB dengar dan jadikan panduan. Saya memang sengaja masuk dan beri komen dalam blog2 KB kerana ingin membimbing penulis muda. Saya sudah hampir 30 tahun jadi penulis, maka wajarlah ada orang baru yang ada KREDIBILITI sebagai penulis menggantikan tempat saya suatu masa kelak.

Sebenarnya saya tidak perlu pun komen dan baca blog KB kerana saya lebih tertumpu dengan isu politik nasional. namun atas semangat ingin melihat ramai anak KB jadi penulis yang bermaruah bukan penulis upahan maka itu saya kerap memberi komen.

salam MO

PIPIT PEKEPA' said...

Murai-murai, kenapa juga kamu kata Musli tidak layak jadi pemimpin semata-mata kerana dia tidak setuju dengan pendapat Murai.

Belajar Murai KB. Belajar. Ikut macam Pipit. Jangan melenting.

Pipit pun banyak perkara tidak setuju dengan si Musli tetapi dia seorang yang konsisten dengan prinsipnya. Dia bukan pemimpin berjiwa rakyat tetapi pemimpin berjiwa pemimpin kerana suka berterus terang walau pendapatnya tidak di sukai.

Murai.KB said...

salam sdr musli

seperti biasa komen sdr amat murai hargai. harap perbincangan kali ini berada dalam keadaan baik tanpa di pengaruhi emosi.

isu siapa bapa pembangunan dan konsep ekonomi itu mmg murai menganggap komen sdr itu mmg ada releven nya. ego murai tidak seperti ego sdr musli, murai terima teguran dan pembetulan dr sesiapa.

hanya perkataan sdr musli tidak boleh di jentik, sdr anggap itu adalah serangan peribadi dr murai, untuk pengetahuan sdr musli, bkn seorang murai yg mgatakan begitu tp ramai, mereka mengenal sdr musli sejak sdr terlibat dlm politik lg.

mula2 murai hnya memberi komen untuk membidas hujah sdr musli, tp di katakan itu adalah serangan peribadi, murai berfikir sejenak, alang2 menyeluk perkasam biar smpi ke pengkal lengan.

wlupn mcm pn betul lah kata sdr, pembaca dan umum yg mentafsir segalanya, jika komen itu ikhlas tp di anggap serangan peribadi itu hak masing2.

"PENULIS mestilah berlaku adil dalam penghujahan dan mesti disokong fakta. Cuba berada ditengah perbincangan dan jangan memihak!" ini petikn komen sdr musli, untuk pengetahuan sdr musli, buku yg di edar kn semasa kekalahan sdr dlm pemilihan G7 tempoh hari, menurut suara ramai dr kalangan generasi muda, buku konspirasi politik melayu itu adalah BIAS! alasan kerna sdr terlibat secara langsung dlm dunia kepolitikan, dan sdr memihak kpd UMNO. berdasar kn petikn komen sdr itu, penulis mesti berlaku adil dan tidak memihak, buku itu bertentangan dgn komen sdr, knpa perkara seperti itu harus berlaku dgn sdr yg telah menjadi penulis 30thn yg lalu?harap org tua jelas kn kpd org muda supaya tiada tafsiran yg memburukn emej sdr musli.


P/S : dimana murai boleh dptkn karya penulisan sdr tentang politik?

Murai.KB said...

pipit? nasib baik bukan helang..

kita sentiasa belajar, tk kira sesaat atau pn seminit. belajar ttp belajar tp itu bkn soal nya belajar atau tidak.

pipit, soal murai mgatakan musli tdk layak ciri pemimpin itu mmg benar, masakan ada pemimpin yg mengeluar kn kata2 seumpama itu. DSSK, TSPA,DARD,DHMHJ,DJA pun blm pernah murai mendengar perkatan seperti itu keluar dr mulut mereka.

pipit pipit, klu musli bkn berjiwa rakyat buat apa, bgus cari yg lain, apa guna berjiwa pemimpin klu klu pemimpin sahaja yg dia urus. pemimpin untuk rakyat bkn untk pemimpin. pipit seharusnya belajar, tiada pemimpin yg lahir untuk memimpin pemimpin, seharusnya pemimpin harus berjiwa rakyat untk turun padang bagi mendengar masalah rakyat.

terima kepada pipit kerna sudi singgah, wlu pn kandang kita berbeda, anda pipit, sy murai tp pipit sudi juga akhirnya, tahniah murai ucap kn. harap kita dpt bertukar pendpt bkn bertkr emosi.

-murai.kb-

kunyit said...

Salam Murai,
Datuk Japlin Hj Akim pernah mengatakan Dato Mukhriz Tun Mahathir Biadap..kerana Dato Mukhriz menegur PM ketika itu Pak Lah...
utk makluman Murai, Yusop Amat Jamli sprt komen pertama saya bukan MB pahang, sila baca dgn teliti, ada tanda koma bah Murai.maksud saya MB pahang ialah Adnan.

musli oli said...

dedlypsalam murai, saya fikir murai tidak baca habis bab 1 hingga bab 5 buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU yang membicarakan secara terperinci permasalahan politik Melayu secara umum tanpa memihak kepada mana-mana parti.

Murai baca dan buat komen. Jangan heresay atau dengar cakap orang.

Bab 1: Politik wang dan Bab2: Pilihan raya 2008: Mandat untuk Perubahan? Kedua-dua bab itu begitu jelas membincangkan kelemahan UMNO disemua peringkat kepimpinan.

Bab 3: Mandat kepada parti pembangkang? dan bab 4: Berjayakah Anwar menjadi Perdana Menteri? Adalah dua bab yang membincangkan peluang parti pembangkang.

Amat adil kerana dua bab membincang UMNO dan dua Bab membincang peluang parti pembangkang.

Bab 5: Mampukah Najib meneruskan Legasi Tun Razak - secara umum membicarakan politik Najib dan Tun Razak, Tiada ayat yang mengampu sebaliknya kritikan membina. Tun Razak menekankan kepentingan Melayu dengan penubuhan FELDA, RISDA, FELCRA dan Dasar Ekonomi Baru manakala Najib lebih kepada semua kaum melalui konsep 1Malaysia.

Bab 5: Parti perkauman VS Berbilang kaum: sistem dua parti di Malaysia - secara membicarakan masa depan politik negara bila ada persaingan antara BN dan PR.

Dan Bab 7:Konspirasi Politik Melayu adalah intipati sebenar buku tersebut. Membicarakan betapa "hodohnya" politik orang Melayu baik dalam ataupun luar UMNO,

Bermula Bab 8: Memilih pemimpin atau Malaysian Idol dan bab-bab seterusnya, saya sebagai ahli UMNO mengulas Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO sempena Mesyuarat Agung UMNO.

Bermakna buku itu secara keseluruhannya telah membincang semua parti politik yang ada dalam negara.

Untuk makluman Murai KB, buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU diterbitkan di KL dan hampir 15,000 naskah laku tidak termasuk daripada pengedar-pengedar buku utama di seluruh Semenanjung.

Yang di agihkan di Sabah termasuk di KB adalah versi Sabah yang nipis kerana versi original lebih tebal dan warna warni.

Harap maklum.

Salam MO

Murai.KB said...

salam sdr musli

terima kasih dgn penjelasan yg bernas tntg buku konspirasi politk melayu itu. murai ada membaca tp hnya smpi bab3, bila turun kn niat nak sambung baca, ramai yg membebel buku itu BIAS! setahu murai juga, sebelum murai terlibat dgn blog ini, murai selalu membaca blog menerusi seorang kwn di KB. ada satu blog yg mgatakn buku itu bias dan memihak kpd politik umno, klu murai tidak lupa blog kelapa mawar(betulkn jika slh).


knpa versi sbh nipis dan simple? mn yg ori?

Pahlawan iranun said...

salam simurai dan semua..

pahlawan iranun datang untuk memberi komen..

MO ini tembirang bha org dia, sbb itu ramai masyarakat kota belud yg x suka dia. sikit2 dia bangga dgn diri dia, tgok ni di blog simurai, sempat lg bgtau dia penulis lah, pakar ekonomi lah mcm2 lg lah, mcm org x tahu siapa dia. agak2 lah bha kn.

simurai pn 1 dia lyn org mcm ini, klu sy biarkn dia komen nti org yg baca kasih tentu. sy pun setuju MO x layak jd pemimpin rakyat di kota belud, atas sbb apa..fikir kn bersama...ramai lg yg lyk selain dr dia.bye simurai..

musli oli said...

murai,

Pahlawan irranun ini marah saya kerana pernah pinjam duit tapi saya tidak dapat bagi kerana dulu dia pernah pinjam tapi dia tidak bayar..masa saya tanding wakil 7 tahun 2008, dia banyak ambil duit tapi tidak kempen, dia enjoy di kota marudu.

Sudahlah tun pahlawan yang merosakkan nama bangsa irranun. ada masa kol saya nanti saya bagilah duit sikit tidak perlulah pinjam. OK?

Murai KB,

Buku Konspirasi Versi sabah nipis dan diterbit oleh sdra kibin hj samad, blogger Sabahkita kerana terpaksa kita cetak di KK. Yang di KL tidak dapat bawa ke Sabah kerana kos pengangkutan yang tinggi.

Datuk Musa aman ada beli versi original sebanyak 500 unit tetapi telah diagih-agihkan dikalangan orang-orangnya.

Lain kali baca sampai bab 5 dan baca bab teralhir.

salam MO

Pahlawan iranun said...

hahahuhuhahahuhu..rasa lucu bila MO ckp sy pnjm dan ambik duit dia, mcm lah duit dia byk btl. MO terima lah ko ni angkat bakul sendiri, org x puji ko byk duit, ko ckp juga ko byk duit. org x tnya ko pndai ekonomi ko ckp juga, org x tnya ko penulis atau x, ko ckp juga..ya la siapa lg klu bkn diri sendiri yg puji kn.

sy ambk duit sbb hak sy sbgai rakyat, itu hak rakyat bha. mmg sy x kempen sbb ko mmg x lyk jd pemimpin..jgn mrh bha MO..kta kwn jg bha..bye MO..

musli oli said...

salam Murai dan Pahlawan Irranun,

Saya manalah pandai marah, urat marah saya sudah potong. Yang tinggal urat shawat dan urat saraf je...memang pun saya pakar ekonomi. takkan saya kata bukan..di KB tu selain dari Salleh Lamsin yang graduate ekonomi dari UM tahun 1978. selepas itu saya juga dari UM tahun 1981, amir awid dari London School of economics 1982. Itu diperingkat awal. sekarang sudah ramai anak-anak KB, Bajau, Irranun, Ubian dan Dusun mempunyai ilmu ekonomi...

saya tidak kata pandai menulis cuma saya kata sudah 30 tahun menulis. tidak semestinya pandai hanya sudah lama.

salam MO

Pahlawan iranun said...

ngam lah mcm tu klu ko sdh potong urat marah ko tu. memang benar lah ko tahu tentang ekonomi tp setakat ini tiada orang tanya bha, simurai pn rasa sy tiada dia tnya. tp ko angkat bakul sendiri ja bha, jgn rsau tda jg yg curi bakul ko itu.

ko ingt masa ko bg duit rm200 di kb lodging semasa pemilihan g7 tempoh hari, masa itu sy lansung xsempat hdr tuk ambk, hnya sebahgian kwn kta sahaja yg dtg. lg pn buat apa itu semua, kn kalah juga akhir hya, menang biar bermaruah bah bkn menang sbb duit..

musli oli said...

pahlawan irranun...saya menanglah! takkan kamu tidak ingat. saya nomkbor yang ketujuh. kamu tidak sokong tapi ramai orang dusun sokong.

Beri saya 1 nama yang bertanding wakil 7 UMNO dan tidak bagi duit dan menang?

Saya kata tahu ilmu ekonomi kerana menjelaskan kepada Murai KB mengenai konsep pembangunan dan kemiskinan tidak boleh dipisahkan. cuba baca komen awal bah tuan pahlawan.

Yang engkau dendam pasal duit 200 tu kenapa? aku boleh bagi sekarang. kau datang Hyatt jam 4 atau 5pm.

Pahlawan iranun said...

stkt rm200 tu sy boleh cari bha, bkn sy tda kerja. menang pn stkt nombor 7 buat apa, tp sebaliknya wang hbs kena bagi2.

org dusun sokong sebahagian kecil saja, bkn semua, klu semua tentu ko menang kn. kota belud bah ni, bila2 masa penyokong boleh berpatah arah.

x pyh lah ko bg duit rm200 itu, bgus simpan beli gula, skrg kn gula di kota belud kurang sdh. ya la ko lah pandai ekonomi bha, ssh juga klu x kasih iya.

kelapa mawar said...

Salam sdr Murai, Pahlawan Iranun dan MO..

maaf sebab ada sebut nama saya..berkaitan dgn buku sdr MO yang diedarkan di KB..

sila lihat kembali pendapat Kelapa Mawar mengenai hal ini..

harap maklum

Murai.KB said...

salam sdr musli dan semua

murai terkejut dan terkilan bila balik ke pejabat hbs mkn tengah hari td bersama kawan membaca ulasan pahlawan iranun dan sdr musli.

ruang komen blog murai ini bukan untuk pentas serangan peribadi, bukan untuk menghina sesiapa, bukan untuk mengaibkan sesiapa, jangan kotori blog murai dengan komen seumpama itu. murai mohon kpd pahlawan iranun dan sdr musli.

kita orang kota belud, harus beradap dengan orang. kalau pahlawan iranun tidak berpuas hati alangkah baik berjumpa dan berbincangn dgn sdr musli di luar sana bkn di sini pentas nya.

harap kedua dua jgn beri komen berdasar kn penulisan asal murai.

-murai.kb-

musli oli said...

tak apa murai pahlawan irranun tu kawan saya...biasa sudah sparring! kalau dengan TSP sayalah puncing bag beliau.

Jangan risau kami tidak sampai gaduh besar.

Jadikan blog ini meriah..cuma lain kali saya minta Murai KB jgn terlalu awal membuat penilaian terhadap seseorang.

PIPIT PEKEPA' said...

murai, saya ingat kalau musli tidak komen dalam blog kau paling banyak komen blog kau 1 atau 2. jadi jgnlah terlalu berlagak mengata orang terlalu awal. tenguk kiri kanan.

saya juga tidak rapat dengan musli ni tapi selalu juga mengikuti tulisan beliau. kau komen apa pun dia akan jawab dan terus menjawab. begitulah spesis orang ini.

janganlah kau larang mereka gaduh di blog kau. kalau dia orang tidak masuk, kau ingat meriah kah blog kau? tulisan bukan ada kelas.

murai-murai si mulut murai

Pahlawan iranun said...

ini lagi satu ekor pipit "bangang"(pnjm ayat MO)

tulisan simurai mmg x kelas, sy pn mcm tu, MO pn begitu, apa lg ko pipit. yg bagi kelas org bkn ko. ko hnya pipit yg kasih hbs padi org kampung. sy bkn sokong simurai tda faedah, bgus aku sokong Datuk salleh.

MO kta biasa rupa nya sparring ni, klu MO pancing TSP, sy batang dia.
skrg ckp apa yg kamu org ckp. MO x pndai mrh sdh, dia potong urat marah dia. bgus kn org begitu.

Murai.KB said...

salam pipit

soal penulisan ada kelas atau tiada itu bukan ko seorang yg tentukan, kalau setakat komen itu 1 atau 2 itu terpulang dgn blogger, komen atau tidak murai lg suka. buat apa bagi meriah blog murai kalau komen kurang ajar yang di lemparkn. buat malu kota belud sahaja.

kalau orang mcm pipit ini 10org ada di kota belud, murai rasa tidak aman daerah ini, sepatutnya bagi orang yg berakal harus menghentikan pergaduhan bukan menyokong atau memihak. itu nampak betul pipit tidak profesional.

pahlawan iranun tidak sokong tidak apa, murai bukan sesiapa juga. terima kasih lah atas komen nya.

-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.