Popular Posts

Thursday, February 11, 2010

BINA STESEN KERETA PAIRIT


kesesakan lalu lintas bukan perkara baru di pekan kota belud, peruntukan demi peruntukan di umumkan namun masalah ini masih berlarutan. setiap pemandu menanggung tekanan perasaan marah ketika berada dalam kesesakan yang begitu kritikal, setiap keluhan yang di keluarkan tersirat 1001 makna dan kekesalan.

pemantauan murai.kb dengan masalah ini, mendapati, salah satu penyumbang kesesakan di pekan kota belud ini adalah kurang nya tempat letak kereta, selain itu tempat letak kereta yang tidak strategik. ini adalah penyebab kesesakan terlampau, ketidak sempurnaan kereta yang di letak kan akan melembabkan proses lalu lintas itu.

murai.kb tampil memberi pandangan, wajar kah MDKB membina satu tempat letak kereta khas bagi kenderaan pairit dari kampung ke pekan, dan dari pekan ke kk untuk mengurangkan masalah double park, parking di tempat yang di larang, dan sebagainya.

melihat keseluruhan pekan kota belud ini, murai.kb mendapati tiada tempat letak kereta khas bagi kenderaan pairit, jika di wujudkan keberangkalian masalah kesesakan dan parking kenderaan di tempat larangan dapat di kurangkan serta merta selain masalah jalan yang kurang sistematik.

selain mengurangkan kesesakan lalu lintas, ini juga dapat memudahkan orang ramai mendapatkan kenderaan untuk pulang dan pergi dengan tidak bersusah payah mencari kereta yang memberi service tumpangan atau pairit. jika pandangan murai.kb ini wajar dan releven, apa salah untuk di fikirkan bersama bagi menjamin keselesaan umum.


4 comments:

Watababai said...

Ziarah..

buat pengetahuan muraikb, kereta pairit di Kb ini sebenarnya menyalahi peraturan undang-undang..kalau MDKB setuju membina stesen bermakna mereka turut mengiktiraf kewujudan kereta pairit ini..

sepatutnya ia dibenteras..dan wujudkan sistem pengangkutan awam yg lebih efisen supaya pekan KB tidak sesak dan menjadi cth yang baik kepada daerah lain..

Pak Cik Amin said...

Burung Murai..

Isu kereta Pairit ini sukar utk dibenteras kerana isu ini hampir berleluasa sejak 30 tahun yg lepas. Semua perkempungan di KB menggunakan perkhidmatan kereta Pairit ini.termasuklah di kg Tawadakan..

saya mencadangkan supaya ada satu pendaftaran percuma sebagai rekod utk mengumpul jumlah kereta sapu di KB..

Murai.KB said...

salam watababai

thanks sudi ziarah..

untuk pengetahuan watababai, penduduk kota belud majoriti pekerjaan mereka petani, pairit adalah sampingan bagi menambah pendapatan mereka.

kalau tiada kereta pairit macam mana orang kampung nak turun pekan utk beli barang keperluan, adakah kenderaan yang MDKB sediakan utk mengangkut org kampung? fikirkan watababai ku..

mengwujudkan tempat letak kereta pairit ini bukan untuk menjadi geng sekongkol mereka tapi untuk membantu menaik kan pendapatan mereka. kena susun dengan lebih efisien pedaftaran kereta pairit bila wujudnya tempat letak kereta ini.

-murai.kb-

Murai.KB said...

salam pacik amin

thanks kerana singgah sekejap di kandang burung murai.kb ini.

cadangan pacik amin amat saya hargai di persetujui, kereta pairit harus di daftar kan bagi mengelak sebarang masalah akan datang.

-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.