Popular Posts

Wednesday, February 24, 2010

REALITI POLITIK KOTA BELUD

sistem politk di kota belud di katakan berantakan seperti beruk di bedil belacan, dalam dunia politik seseorang itu harus mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk menangkis sepak terajang politik musuh. Namun bukan semua pemimpin dapat menangkis dan mengelak dengan profesional setiap serangan musuh secara terang terangan mahu pun serangan hendap musuh.

Politik global selalu di kaitkan dengan “kuasa dan kepimpinan”, namun berbeza dengan ungkapan politik di kota belud, system politik di kaitkan dengan “kuasa dan wang”. Dalam politik kota belud dua perkataan ini sangat mempengaruhi gerak geri politik yang ada. Pemilihan calon tertentu sangat di pengaruhi kuasa dan wang, kepimpinan seseorang tidak di lihat secara menyeluruh, akibatnya hak rakyat tidak terbela dengan sewajarnya.

“pak turut” adalah istilah politik di kota belud sejak turun temurun, sebelum di lantik wakil rakyat, seseorang itu mesti mendengar dan menuruti segala kata dan perintah orang yang berkuasa, bagi meraih sokongan dan bantuan untuk melonjak kan nama dan kepimpinan di peringkat nasional. Adakah ketirisan ini di warisi oleh golongan muda masa kini?. “jajah dan perintah” adalah kunci minda untuk orang yang berkuasa, pengaruh minda akan lebih bertahan berabad abad lamanya dengan hanya bermodal kan kunci minda penjajah berbanding dengan undi simpati yang hangus di telan zaman.

Pemimpin muda di kota belud di katakan sukar untuk melepasi lingkaran api pemimpin veteran politik, jika ingin melepasi jurang api, harus lah memohon restu sebelum ke pentas politik. Ramai pemimpin muda hilang dan pudar kepimpinan nya dengan agenda restu dan di restui oleh pemimpin lama ini. Ada yang mati tapi tidak berpusara, dan ada yang hidup tapi sebagai bangkai bernyawa. Justeru kepimpinan muda di kota belud sukar dan lumpuh tanpa melepasi garisan restu para pemimpin. Kegiatan politik yang cantas mencantas bukan perkara yang luar biasa tapi ini adalah realiti politik di kota belud.

Kenapa dan mengapa politik sebegini lahir dalam keadaan yang memilukan di kota belud? kerna ini kah politik di kota belud dikatakan berkecamuk? Di mana kewarisan politik di perturun kan? Siapa kah pemimpin yang layak di restui pemimpin veteran? Adakah restu menjamin pemimpin mesra rakyat? Adakah pemimpin yang direstui menjadi “pak turut” kepada yang merestui? Persoalan demi persoalan di lontarkan kepada pemimpin lama tapi persoalan tetap menjadi persoalan dan misteri..

2 comments:

PIPIT PEKEPA' said...

murai murai, tulisan yang teruk. lain kali baca banyak-banyak bahan politik baru menulis! adakah cakap cantas mencantas. siapa di cantas!

itulah ada orang ajar tetapi berlagak pandai. susah sgt orang bodoh sombong ni!

Murai.KB said...

pipit pipit, bkn tulisan murai yg teruk tapi kau yg teruk. mcm mn pipit tahu tentang politik sedangkan kau di sawah padi saja, kasih hbs padi orang kampung. teruk nya pipit ni. tidak apa lah kta satu spesis jg, tp murai besar sikit dr pipit, jd hormat sikit lah sbb klu murai gigit leher kau, patah itu. mulut murai bukan sembarang ni..heboh satu kota belud dibuat nya.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.