Popular Posts

Saturday, February 20, 2010

SABAH MAJU RAKYAT MISKIN KATA MUSLI

Dalam penulisan murai berjudul DS MA bapa pembangunan bkn DSSK telah memberi Satu semangat baru kepada murai untuk terus berkarya, setiap komen para blogger akan memantapkan lagi hujah-hujah murai untuk memberi satu penulisan yang mantap kepada pembaca setia.

Pembangunan sabah boleh di banggakan oleh rakyat nya dengan pelbagai kemudahan telah di wujud kan untuk menjamin keselesaan, penggunaan dan seterusnya menarik pelancong asing untuk datang melawat di sabah khususnya. Pelbagai tempat telah di komersial dan di bangunkan antara nya tanjung simpang mengayau kudat yang telah lama bertapak di atas jasa dan pergorbanan bekas ketua menteri sabah chong kah kiat sewaktu ketika dahulu, sekarang telah menjadi satu mercu tanda baru bagi sabah selain gunung kinabalu dan pulau sipadan.

Namun dalam era pembangunan ini, sdr musli mempertikaikan pembangunan yang di buat oleh DS MA kerana, kerajaan lebih tertumpu dengan pembangunan, masalah kemiskinan terabai sehingga meningkat kepada 23% daripada 18% pada tahun 1994-1999. Bila jawatan ketua menteri di jawat oleh chong kah kiat waktu itu, kadar penurunan rate kemiskinan telah menurun sebanyak 11% ini menimbulkan persoalan kepada sdr ,musli. Sejauh mana kesahihan fakta hanya sdr musli tahu.

Apa guna sabah membangun kalau rakyat nya miskin kata musli dalam komen nya tempoh hari, ungkapan itu ada rasional nya jika di fikir dan di hayati, namun kemana dana kemiskinan yang di salurkan oleh kerajaan BN? Adakah setiap pembangunan yang di buat di ambil dari dana kemiskinan itu? Di manakah hak rakyat di salurkan?

Setiap pengumuman bajet Negara oleh PM, negeri sabah adalah salah satu negeri yang mendapat jumlah terbesar menerima peruntukan, tapi kenapa peruntukan itu tidak di nikmati oleh golongan yang memerlukan sedangkan masalah kemiskinan lebih di beri tumpuan oleh kerajaan BN sekarang. Kemiskinan bukan isu baru di sabah, sebelum BN menapuk kepimpinan di sabah lagi. Masalah ini telah wujud di kalangan rakyat. Justeru itu murai menyokong persoalan ini dengan penuh komitmen, di harap sdr musli mempunyai alasan dan sebab kenapa dan mengapa kadar kemiskinan ini di katakan meningkat dengan tinggi semasa DS MA memegang jawatan ketua menteri sabah sekarang, bukan setakat fakta yang boleh di putar belit oleh sesetengah pihak yang tidak bertangungjawab. Mungkin pembangunan yang di buat ini sangat-sangat di pengaruhi oleh kuasa politik sampai isu kemiskinan terabai atau pembangunan ini untuk kepentingan pihak yang tertentu sahaja?

16 comments:

Pahlawan iranun said...

adui simurai, ko percaya si MO itu, dia itu tin kosong ja bha, mn ada apa2 itu, tembirang adalah.

dlu aku miskin tdk boleh mkn, skrg aku dpt bantuan dr kerajaan bah,boleh idup sederhana sdh, MO saja ckp kdr kemiskinan meningkat, dia mahu populariti saja bah tu. simurai jgn terpedaya dgn dia.

aku bkn dendam dgn MO tp ini kenyataan, dia tin kosong. nasib baik MO potong urat marah dia tau, kalau x hbs aku kena marah..bye simurai.....

Pak Cik Amin said...

Murai Kb..

MO harus membuat pengesahan mengenai maklumat dan data ini..kerana proses urbanisasi yang berlaku biasanya impak kepada rakyat..apa ertinya kalau proses pembangunan pesat tetapi kadar kemiskinan meningkat..?

Saya secara teknikal menyanggah persepsi MO ini, kerana adalah tidak logik berlaku dalam hukum ekonomi pun pembangunan di buat utk mengatasi kemiskinan dan bukan meningkatakn kemsikinan..

Sdr vMO boleh berika contoh negara lain atau negeri lain yang pesat pem,bangunannya tetapi meningkat kadar klemiskinan..?

Kalau apa yang berlaku..di Sabah nyata jika benar, bermakna pembangunan yg dirancang tidak emmberikan sumber pendapatan kp kerajaan dan peningkatan taraf hidup rakyat..oleh itu berhentikan sahaja pembangunan itu dan berikan duit secara direct kp org kampung..? berangkali itu maksud Sdr MO..

Murai.KB said...

salam pahlawan iranun dan pck amin

pahlawan iranun jgn lah bg komen yang
emosional, klu pn pahlawan tdk myokong hujah sdr musli, sekurang kurangya bg lah komen yang membina.

pck amin, murai menantikan jg pengesahan fakta ini dgn sdr musli, ialah dia kn pakar ekonomi, mn tahu fakta ini tidak di politik kn. apa pun kenyataan pck amin ini juga ada rasional nya dgn murai.kb. dalam komen musli tempoh hari, dia mgatakn sabah membangun tp kadar kemiskinan dan pengangguran meningkat, jika benar, apa lah erti pembangunan itu?

terima kasih pck amin kerna sudi komen yang releven dan logik untuk di fikirkan.

-murai.kb-

Unknown said...

salam Murai KB,
saya cadangkan murai dan Pakcik amin baca buku laporan terkini ekonomi Malaysia. Ada di library. Sabah masih negeri termiskin. lebih miskin dari Kelantan dan kedah.

Teori pembangunan yang tidak seimbang "imbalance economic development" bukan teori yang saya reka tetapi fenomena yang berlaku bila berlaku pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah, bandar dan desa, dan barangkali juga antara rakyat yang berbilang kaum.

Maka itu ujud fenomena seperti di Brazil dan Argentina dimana bandar maju dan pesat membangun berikutan hasil daripada pelancongan tetapi rakyatnya miskin. Yang dibandar menjadi pelacur dan pengedar dadah. Kawasan setinggan tumbuh seperti cendawan. Pembangunan tidak dibawa ke kawasan desa.

Kenapa penganguran meningkat dan golongan remaja berhijrah ke KL? kenapa ramai graduan Sabah menganggur? puncanya kerana pembangunan tidak seimbang.Industri tidak berkembang. Kilang-kilang terlalu sedikit.KKIP tidak dapat beroperasi. Kerajaan gagal mencipta peluang pekerjaan.

Bangunan kedai, supermarket, hotel adalah pembangunan swasta bukan kerajaan. Swasta tidak akan bina kedai di desa tanpa ada sokongan kerajaan.

Statistik saya peroleh daripada buku laporan ekonomi,IDS dan laporan kajian semula separuh penggal. Jika ada antara Murai dan Pakcik amin atau Pahlawan Irranunu boleh memberikan saya angka lain daripada 23% kemiskinan di Sabah, saya akan tunjukkan buku laporan yang ada ditangan saya.

salam MO

Unknown said...

Murai dan terutama Pak cik Amin,

Saya cadang baca buku dan artikel-artikel yang di tulis Prof Di Raja Ungku Aziz dan Dr Jomo Sundram mengenai konsep pembangunan ekonomi desa dan insiden-insiden kemiskinan di Malaysia.

Saya pernah menulis dalam blog saya SEKALI KETUK beberapa bulan lalu mengenai kesan dan impak ekonomi sebenar kepada rakyat jika penggunaan sumber alam yang tidak terkawal.

Akibatnya, kos-kos lain seperti penjagaan kesihatan meningkat. Bil membeli ubat-ubatan bertambah. tahaf kesihatan rakyat menurun bila sungai menjadi kotor kerana pembalakan. Kos rawatan air bertambah .

Kos mengurus kesejahteraan rakyat bertambah dan "offset" kenaikan pendapatan berikutan ekspot sumber asli. Dalam bahasa mudah dipanggil "pulang pokok" sedangkan dalam masa yang sama hasil dari sumber alam sudah habis dan generasi akan datang mungkin bertambah miskin.

Pengurusan pembangunan yang baik ialah seperti negara Jepun, Taiwan dan Singapura sebagai contoh kerana walaupun tanpa sumber alam, negara-negara berkenaan mempunyai kadar pendapatan yang tinggi dan taraf kesehteraan rakyat adalah setanding dengan negara-negara Eropah. Ini adalah contoh Pembangunan ekonomi yang seimbang.

Kebijksanaan menggunakan sumber sedikit dengan mengutamakan "value added" atau tambah-nilai terhadap produk sebelum di export adalah kunci kepada kejayaan negara-negara tersebut.

Sabah kaya dengan sumber asli namun "down-stream economics" tidak banyak berlaku di Sabah. Kebanyakan proses petroleum dan gas di buat di Trengganu dan Sarawak. Maknanya peluang pekerjaan sepatutnya hasil daripada aktiviti hiliran ini tidak dikecapi rakyat.

Isu-isu sperti ini yang harus difahami Murai, Pahlawan Irranun dan Pak cik amin. Mesti membaca dan berfikir jauh bukan melemparkan tuduhan sesuka hati.

Salam MO

Pahlawan iranun said...

adui kamu orang ini, pcaya dengan MO. tin kosong bah tu, aku pn pndai ekonomi x brani ckp musa aman tertumpu dgn pembangunan, merepek saja bah si MO tu, mcm mn dia tahu musa aman kasih abai itu masalah kemiskinan,pck sy bah baru2 ini tersenarai di ekasih. dia mahu populariti saja bah tu, kn PRU13 x lama sdh, mesti dia kasih nampak dengan orang kprihatinan dia sbagai bakal wakil rakyat. faham2 lah kamu orang ni.

dia kasih banding dgn negara luar, mcm orang sini x ble mkn sdh, sabah ini bkn besar, buat apa kasih banding dgn negara luar, dia kasih kabur mata kamu orang saja bah tu. jgn terpedaya. nasib baik dia potong urat marah dia tau..bye MO..

Pak Cik Amin said...

Sdr Musli Oli..

mungkin data itu ada kebenarannya tetapi bukan bermakna kerajaan harus memberhentikan pembangunan kerana kemiskinan yang meningkat..jika itu yang berlaku maka sampai bila pun Sabah akan terus mundur..

Kepastian data dan pencapaian ekonomi sesebuah negeri tidak harus dil;ihat berdasarkan laporan tahunan bahkan sekurang-kurangnya dalam 5 tahun berikutnya..itupun peningkatan ekonomi akan perlahan

kerajaan telahpun merancang beberapa pembangunan untuk mengurangkan kadar kemiskinan

tumpuan utama akan hendaklah diberikan kepada Agenda
Pembangunan dan Kemajuan Negeri Sabah secara menyeluruh.
Agenda Pembangunan Ekonomi
Bagi meningkatkan kekuatan dan kestabilan ekonomi negeri, agar ia tumbuh secara mapan, sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan akan diberi
keutamaan.
Pertama, sektor pertanian perlu dipermodenkan untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran produk, menjana lebih banyak produk-produk nilai tambah, meningkatkan mutu produk, di samping mengurangkan kebergantungan
kepada bahan-bahan makanan import. Konsep penzonan yang lebih efektif dari segi pengeluaran produk juga akan diperkenalkan.
Sektor ini perlu diperkembangkan hingga ia menjadi sumber utama dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri Sabah. Dalam konteks ini, proses pertanian perlu dipermodenkan, dari peringkat penanaman hingga pemprosesan sesuatu produk serta pemasarannya.

Pak Cik Amin said...

Kedua, sektor pelancongan akan diperkembangkan lagi agar sumbangannya
kepada KDNK negeri menjadi lebih besar. Selain menarik bilangan pelancong
yang lebih ramai melalui pemasaran yang lebih strategik, usaha-usaha ke arah
meningkatkan infrastruktur, produk-produk baru yang sesuai dengan pelanggan
dan nic baru akan menjadi sasaran utama

Ketiga, di sektor perusahaan peranan dan sumbangan SMI dan SME akan
diberi perhatian. Selain meningkatkan kekurangan infrastruktur bagi membantu
SMI dan SME, mereka juga perlu memodenkan perusahaan mereka.


Walaupun kemajuan ekonomi negeri diberi keutamaan, namun komitmen
terhadap keperluan sosial tidak boleh diketepikan. Pembelaan rakyat termiskin dan mereka yang berada di luar bandar akan terus mendapat perhatian. Program sosioekonomi bagi menangani masalah kadar kemiskinan yang agak tinggi dan penyediaan infrastruktur, kos rumah rendah dan sederhana akan terus dipergiatkan. Sebagai contoh, Jawatankuasa Kerja Kemiskinan akan diaktifkan semula untuk menyelaraskan dan memantau kejayaan program. Penyediaan tapak dan perumahan yang sesuai akan disediakan agar kaum bumiputera tidak terpinggir daripada kawasan bandar. Langkah ini juga akan mengurangkan masalah setinggan di kawasan bandar.


(sedutan ucapan Musa Aman )

Pak Cik Amin said...

Apakah agenda kERAJAAN negeri ini baGI Sdr MO adalah sekadar retorik yang tidak terlaksana..?

Apakah SDR MO masih sangsi dengan langkah-langkah pembangunan ekonomi oleh BN..?

Apakah cadangan yg diutarakan oleh MO utk membasmi kemiskinan di Sabah..?

Jangan hanya bercakap tentang data tetapi langsung tidak memberikan cadangan..

Unknown said...

Pak cik amin minta saya beri contoh negara yang membangun tetapi rakyat miskin. Saya sudah beri contoh, Brazil dan Argentina. Malah saya juga beri contoh negara membangun yang rakyat tidak miskin (Taiwan dan Singapura.

Saya tidak pernah buat cadangan pembangunan di hentikan. Saya hanya kata perancangan pembangunan mesti seimbang. Antara wilayah (bandar dan desa) dan antara sektor (perindustrian dan pertanian). Kalau setakat petik dan sedut ucapan Musa Aman memangnya semua baik. Belum pernah ada KM yang buat ucapan mengatakan rakyat bermasalah.

Dasar Kerajaan Sabah memang baik melalui Halatuju yang di umum KM Sabah yang mengutamakan 3 sektor: Pertanian, Pelancongan dan Perindustrian. Saya tidak mempertikai pendekatan kerajaan negeri.

Pokok pangkal Murai KB mengeluarkan posting "SABAH MAJU RAKYAT MISKIN" dan petik sebagai saya yang berkata sebenarnya diambil out of context. Hujah sebenarnya bermula daripada posting Murai KB "Musa bapa pembangunan bukan DSSK".

Saya berhujah pembangunan harus dilihat secara menyeluruh. Ternayata berdasarkan statistik yang ada Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia, bagaimana Murai mendakwa Musa sebagai Bapa Pembangunan?

Murai menjawab, pembangunan dan kemiskinan dua perkara berbeza! saya tidak bersetuju hujah itu kerana bercanggah dengan konsep ekonomi. Pembangunan adalah termasuk kesejahteraan rakyat. Ini kerana tidak ada erti Sabah maju jika rakyat miskin. Pengangguran tinggi dan sebagainya.

Maka petikan itu diambil sebagai tajuk walhal jika di ambil secara keseluruhan ia tidak bermaksud saya menentang pembangunan. Malah saya setuju dengan dasar kerjaan negeri, hanya saya tidak setuju title "Bapa Pembangunan" kerana Sabah masih terlalu miskin secara relatif dengan Sarawak dan loain-lain negeri di Semenanjung.

Salam MO

Murai.KB said...

salam semua.

murai sangat berterima kasih dengan pak cik amin dan musli kerna memberi respone. rasa nya sdr musli terasa tercabar dgn komen yg bernas dr pak cik amin.

sdr musli, jgn cuba berselindung di kain yang nipis, komen sdr sangat jelas maksud nya, apa guna ada pembangunan jika rakyat miskin dan pengangguran meningkat, adakah ini yang sdr katakan sdr setuju dgn pembangunan sedang sdr mengatakan yang sedemikian.

mcm mn sabah maju rakyat miskin out of context daripada komen sdr musli? posting DS MA bapa pembangunan bkn DSSk,sdr mmg tidak setuju tapi sdr kata kan apa erti pembangunan yg di buat klu rakyat miskin, adakah ini tidak sama dengan posting sabah maju rakyat miskin? sabah semakin membangun dan kadar kemiskinan sdr katakan meningkat, adakah tidak sama dgn posting murai ini, sedangkan ini berdasarkan komen sdr.

jika ini tiada kaitan, sdr bkn seorang yg berpegang pada kata2. jika begitu benar lah kata pahlawan iranun sdr hanya tin kosong.untuk pengetahuan musli jg murai tidak katakan sdr menentang pembangunan, tp sdr mempertikaikan pembangunan yg wujud, baca balik posting murai.

-murai.kb-

Unknown said...

murai kata saya tin kosong atau apa saja katalah...saya rasa memberi komen dalam blog murai ini seperti menuang iar ke daun keladi dan saya tidak akan kunjungi lagi blog ini.

saya sudah katakan mana mugnkin pemimpin yang mengetuai sebuah negeri yang termiskin di Malaysia kita katakan BAPA PEMBANGUNAN?

Sewaktu Harris salleh di gelar bapa pembangunan, Sabah adalah negeri kedua terkaya selepas Perak. Pada masa itu Selangor dan sarawak negeri ketiga dan keempat terkaya. Harris layak digelar Bapa Pembangunan!

Saya rasa perbuatan sia-sia berkongsi ilmu dengan blogger dan pengikut yang prejudis suku kaum dan tidak menghormati pandangan orang.

Teruskan berkarya namun ini adalah komen terakhir saya dan saya tidak akan masuk lagi blog ini kerana ianya tidak akan menambahkan khazanah ilmu sebaliknya menimbulkan sentimen kebencian. Biar pembaca menjadi hakim terhadap tulisan Murai.

Murai.KB said...

salam sdr musli

sdr menegur murai, murai terima dgn baik, knpa bila murai menegur sdr, sdr marah pula? hairan bin ajaib.

klu sdr tidak mahu masuk ke blog murai, itu sdr punya pasal lah, murai tidak memaksa sdr untuk masuk pun, itu semua depends dgn orang.terima kasih lah kerna sudi bagi komen sebelum ini.

PIPIT PEKEPA' said...

MURAI O MURAI!

kenapalah kau bodoh sangat. Cuba kau baca ayat "Apa ertinya negeri maju kalau rakyatnya miskin" kau baca sebanyak 50 kali. apakah ini bermaksud Musli suruh pembangunan berhenti? Palui juga kau ini!

Pipit tidak membela Musli yang memang tembirang itu tetapi dia ada point dan fakta yang pembangunan mesti seimbang. Sama juga soalan "apa erti merdeka jika rakyat masih dibelengu kemiskinan?"

"Apa erti negeri kaya, hotel banyak, supermarket banyak tapi rakyatnya MISKIN?" KAU BACA BALIK-BALIKLAH MURAI NGOK.

kenapalah kau kecil-kecil tidak sekolah? hiss ngamlah musli tidak layan blog kau!

PATUT KAU BUAT PERBANDINGAN KENAPA MUSA BAPAK PEMBANGUNAN BUKAN BAPAK RASUAH! KENAPA 16 JUTA DUIT SINGAPURA DUIT MUSA DI DIHONGKONG DI BAWA OLEH MICHEAL CHIA?

Maruf Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Maruf Ismail said...

Maaf saya terpaksa delete komen terdahulu kerana kesilapan ayat.

Salam Semua,
Pertama sekali saya rayu pada semua bloggers supaya lebih adil, relevan dan menggunakan ayat-ayat yang baik dalam memberikan komen dan bukan memaki hamun orang sesuka hati berselindung disebalik nama macam mee disebalik udang. Mahu tapuk last-last dimakan juga.

Saya telah merujuk semula posting Saudara Murai bermula daripada "DS MA BAPA PEMBANGUNAN BKN SSK", MUSLI TIADA CIRI PEMIMPIN RAKYAT" dan "SABAH MAJU RAKYAT MISKIN KATA MUSLI". Semua komen juga telah saya rujuk sebelum memberikan komen supaya ia lebih berpaksikan pada fakta.

Sabah adalah antara negeri yang miskin di Malaysia, itu fakta yang kita tidak boleh nafikan.

Bercakap, diumumkan dan ditenderkan secara terbuka memang mudah. Tapi bagaimana pula dalam proses merialisasikannya?

Pada mulanya Pak Cik Amin telah meminta Saudara Musli memberikan contoh negara luar dan apabila Saudara Musli memberikan contoh keadaan makin tidak betul apabila Pak Cik Amin masih tidak bersetuju walhal Saudara Musli telah memberikan fakta.

Saya tidak mahu menulis panjang kerana saya tidak mahu dituduh berat sebelah atau sebaliknya. Adalah lebih baik jika kita membaca berulang-ulang kali atau meneliti maksud ayat bagi mengelakkan kesilapan dalam memberikan komen.

Salam MI.

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.