Popular Posts

Saturday, February 27, 2010

MOHON PENJELASAN DATUK MUSBAH


satu kejutan besar kepada penduduk kota belud yang membaca posting berjudul ‘musbah juara rakyat kota belud’ dari blog pipit pekepa, penulisan ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah pemimpin BN khasnya kepada datuk musbah. Secara langsung ini akan menjatuhkan jati diri dan kepercayaan masyarakat kepada wakil rakyat. Datuk musbah adalah salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, setiap permasalahan rakyat, beliau sanggup turun padang untuk meninjau masalah itu, bukan itu sahaja beliau adalah perintis projek agropolitan di daerah kota belud sejak beliau menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri. kenapa blogger pipit pekepa mencabar kewibawaan wakil rakyat ini?

serangan peribadi kepada wakil rakyat kota belud oleh blogger pipit pekepa yang melontarkan satu penulisan berbentuk penghinaan kepada pemimpin yang bertubuh sasak ini adalah satu kesalahan besar, Jika kenyataan ini tidak di sokong oleh bukti kukuh, maka kenyataan ini adalah satu fitnah besar kepada datuk musbah haji jamli sebagai wakil rakyat dan pembantu menteri. kenyataan ini harus di di ambil serious oleh datuk musbah kerana ia melibatkan diri beliau dan kepimpinan di daerah kota belud.

“Musbah guna dua broker Cina penipu dari Sarawak, Jason dan Justine, kedua-duanya kawan Musbah dan selalu jumpa di pusat judi jackpot kerana dua orang broker ini kaki judi jackpot. Tugas Justin dan Jason ialah mencari kontraktor untuk memberi wang kepada Musbah!”.

Blogger pipit pekepa harus memikirkan baik buruk penulisan ini kerana, ini boleh di bawah ke muka pengadilan jika tidak mempunyai sebarang bukti, bukan bukti sekadar mendengar dan melihat sahaja. Jika kenyataan ini benar atau tidak, datuk musbah harus turun padang menjelaskan perkara yang membabitkan kepimpinan beliau.

“Kayanya Hj Musbah. Duitnya melimpah seperti banjir di kawasan Kingfisher itu. Rumahnya sebanyak 3 buah bersambung seperti rumah Raja Siam. Kereta bersusun kalah-kalah Sultan Perak.”

Bagi murai ini adalah satu bentuk serangan peribadi dan penghinaan secara terang terangan oleh blogger pipit pekepa, keberanian beliau memberi posting ini murai salut tapi bukan tujuan menghina semacam ini. Maruah dan jati diri datuk musbah sebagai pembantu menteri akan pudar dan hilang jika kenyataan ini berterusan. Pemimpin luar akan memandang serong terhadap beliau dan kepimpinan di kota belud, apatah lagi pemimpin pembangkang yang mula menyusun strategi politik mereka. Di harap datuk musbah tampil beri penjelasan sewajarnya bagi membetulkan keadaan ini.

11 comments:

Pak Cik Amin said...

Salam Muraikb..

Penulisan sebegini wajar dielakkan..apatah lagi menyerang peribadi pemimpin tertentu..

tetapi jika ada bukti sila laporkan kepada SPRM atau dedashkan saja bukti itu dalam Blog..

Datu pitung said...

salam murai.kb

DMHJ adalah pemimpin berjiwa rakyat, tidak patut di perlakukan begitu. kewibawaan DMHJ tidak sepatutnya di rungkai serupa itu. DHMJ mempunyai jasa besar(agropolitan) di kota belud. walaupun DMHJ curang dalam kempimpinan, harus di tegur dengan kebaikan bukan menyiarkan posting entah betul entah tidak.

Murai.KB said...

salam pck amin

penulisan di weblog mesti di tapis, web ini di cipta bukan untuk menyerang peribadi atau menabur fitnah kepada sesiapa. murai bersetuju bahwa penulisan seperti ini mesti di elak kan apatah lagi menyerang peribadi tertentu. pipit pekepa harus bertangungjawab dalam posting ini.

Murai.KB said...

salam datu pitung

ini mgkn kali pertama anda berkunjung ke blog murai. tq.

DMHJJ adalah pemimpin prihatin kpd rakyat. tidak seharusnya pipit pekepa menabur kata yang boleh menjatuhkan air muka seorang pemimpin. murai bukan menjadi back up kpd DHMJJ namun jika ada betulnya knpa tidak saja di laporkan kpd SPRM seperti pck amin nyatakan. rakyat akan memandang serong dgn DMHJJ jika pekara ini tidak di perbetulkan.

-murai.kb-

PIPIT PEKEPA' said...

murai sudah kah baca posting terbaru saya mengenai Datuk Musbah melawat China?

sudah banyak laporan kepada SPRM terhadap Musbah! TV dan Bernama pun siarkan. Hanya tunggu masa untuk bawa ke mahkamah.
sekarang tidak di bawa ke mahkamah kerana BN masih tidak cukup majoriti 2/3. Sabar je akan ada by election DUN Tempasuk.

PIPIT PEKEPA' said...

Mimpi Musbah ada idea agropilitan. Dia hanyalah menepel dalam program agropolitan itu. Musbah sendiri tidak faham apa itu agropolitan mcmmana pula jadi idea dia? Itu idea SEDIA yang di kejar untuk ampit persen..$$$% setelah sanggup membohongi rakyat tentang baiknya agropilitan. Selepas ini TIADA RM1,000.00/bulan kepada rakyat peserta Agropolitan! Siapa BOHONG Bukan Musbah kah? Tiada perumahan kepada peserta? BOHONG lagi Musbah. Sanggupkah kamu berpemimpinkan pembohong!??

rojokobog said...

Salam Murai,
Saya pun mohon agar YB Datuk Hj Musbah Hj Jamli, selaku Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk agar tampil untuk memberi penjelasan yang ikhlas dari hati sanubari beliau, mustahil YB Datuk Musbah tidak tahu yang segala tuduhan, tomahan yang dilemparkan terhadap beliau didalam blog Pipit tidak sampai ke pengetahuannya atau kah pura-pura buat tak tahu, saranan Pak Cik Amin agar penulisan yang mencemuh seseorang wajar dielakkan ada juga betulnya, tapi ini melibatkan pemimpin, kalau YB Datuk Musbah dapat menjelaskan dgn sejelas-jelasnya mungkin isu ini selesai, kalau takut dilamun ombak buat lah rumah diatas bukit, tapi atas bukit kalau angin ribut meniup habis juga...akhir kalam, kepada YB Datuk Musbah harap dapat menyatakan pendirian beliau terhadap semua kritikan...tq

Hussin Lampoyang said...

muraikb..


ini semua cerita bohong..jangan kau percaya itu si Pipit suka mati kebuluran sbb tidak mahu itu jelapang padi..dia mahu makan gandum

Murai.KB said...

salam pipit pekepa

ya murai ada membaca posting anda, namun Datuk musbah belum memberi respon nya. murai mgharap sgt beliau tampil memberi penjelasan yang sewajarnya untuk membetulkan keadaan ini.


-murai.kb-

Murai.KB said...

salam rojokobog

murai pun berpendapat seperti sdr, biar lah isu ini di tangani dgn tulus oleh datuk musbah sendiri, tampil untuk menerangkan adalah satu langkah yang dinamik unutk di bicarakan, tp jika hanya mendiamkan diri, adakah isu ini selesai? malah akan bertambah kecoh jika tidak di bendung.

Murai.KB said...

salam husin lampoyang

bohong atau benar bukan soal untuk di bicara kan sekarang tapi hanya datuk musbah sendiri yg boleh menentukan bahwa cerita ini rekaan atau kebenaran. beliau mesti tampil memberi penjelasan kpd rakyat bukan hanya berdiam kan diri. kerna murai khuatir isu ini akan di jadikan sebagai batu loncatan pihak tertentu untuk mencapai kepentingan peribadi.




-murai.kb-

PERHATIAN

MURAI.KOTA BELUD TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DIUTARAKAN MELALUI LAMAN SOSIAL INI. IA PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN YANG TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKAN PRINSIP BLOGGER MURAI.KOTA BELUD. SEMUA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DI SIARKAN MENAJDI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKUAN ITU SENDIRI.